Pages

Search This Blog

Friday, July 22, 2011

IBU KHILAF, MAAFKANLAH IBU. ALLAH, AMPUNILAH DOSA KU.

Assalamualaikum wr wb.
Lama sungguh Ate tak bersiaran. Sepanjang minggu ni Ate sibuk dengan segala perkara-perkara berbangkit menjelang Ramadhan. Business bermusim jual kurma aka buah tamar. Pada waktu yang sama, Allah izin, Ate kurang sihat. Badan asyik letih dan tak larat. Jadi agak terbiarlah blog ni tanpa perhatian dan kasih sayang. 

Sebut pasal kasih sayang ni, teringat Ate akan kisah anak-anak gadis yang hamil luar nikah di satu pusat perlindungan. Bijan bercerita, terharu dia melihat wajah-wajah mereka ketika dia beri talk tentang bagaimana menjaga kandungan ketika hamil. "Terharu saya tengok mereka memicit dan membantu sesama sendiri ketika saya menunjukkan exercise prenatal. Terus rasa beruntungnya saya, ada suami di sisi khususnya saat melahirkan. Tapi mereka...hidup terasing dan 'berjuang' sendirian." 
Kak Bayu yang terkenal dengan ke cengeng an nya pula telah menjadikan pusat tersebut sebagai tempat limpahan airmata ketika dia menyampaikan tazkirah. "Bertaubatlah kepada Allah dan percayalah akan janji Nya. Ampunan, rahmat dan kasih sayang Allah terbentang luas buat hamba-hambaNya yang bertaubat. Rasulullah SAW bersabda: "Allah Yang Maha Suci dan Tinggi telah berfirman: "Hai anak cucu Adam. Selama kamu berdoa dan memohon kepada Ku, pasti Aku ampuni dosa-dosa kamu dan aku tidak peduli. Hai anak cucu Adam! Seandainya dosa mu mencapai awan di langit, kemudian kamu memohon ampun kepada KU, pasti Aku ampuni dosa-dosa mu dan Aku tidak peduli. Hai anak cucu Adam! Sesungguhnya seandainya kamu datang kepada Ku dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi, kemudian kamu menjumpai Ku dengan tidak menyekutukan Ku dengan sesuatu, pasti Aku mendatangi kamu dengan ampunan sepenuh bumi pula." Ingatlah, Allah menyayangi anda semua. Biarlah seluruh manusia menyisih dan memencilkan kita, biarkan sahaja, asal Allah tidak memalingkan wajah Nya dari kita." 

"Anda semua beruntung kerana 'terpilih' menjadi seorang ibu. Segala sakit dan penat lelah ketika hamil serta melahirkan nanti adalah merupakan suatu jihad. Ada ganjaran pahala di sisi Allah. Anak yang di dalam kandungan anda tidak bersalah. Usaplah perut anda dan katakanlah "Wahai anakku, maafkanlah kesalahan ibu. Sebagai manusia, ibu khilaf. Maafkanlah ibu, maafkanlah ibu. Jangan sampai kita nanti, saling membenci kerana dosa yang pernah ibu lakukan." Beberapa orang penghuni yang memakai 'pilis' di dahi (menandakan baru bersalin dan masih dalam pantang) tunduk sayu sambil mencengkam erat dada, penuh sebak dan tak lama kemudian bergemalah suara esak tangis hampir kesemua penghuni rumah perlindungan itu. 
Ketika bersalam sebelum pulang ada di antara mereka memeluk Kak Bayu sambil menangis teresak-esak, "Ustazah, saya rindu anak saya." "Ustazah, dada saya bengkak susu. Sakit." "Ustazah, saya takut nak melahirkan." "Ustazah, dulu saya membenci anak yang di kandung ini, bila dia semakin membesar di dalam rahim saya dan saya dapat merasakan gerakan-gerakan dia, saya mula menyayangi dia. Tapi saya tahu, saya tak boleh sayang dia, kerana kami akan dipisahkan bila dia lahir nanti. Apakah ini hukuman atas dosa yang saya lakukan ustazah?" Pelbagai lagi kata-kata yang menyayat hati di bisikkan di telinga Kak Bayu sehingga terjadilah lagi episod tangis penuh sendu. 

Pulang dari Pusat Perlindungan tersebut, Kak Bayu jadi 'murung'. Dulu waktu dia pulang dari ceramah di Penjara Wanita, Kak Bayu tak sesedih sepulangnya dia dari Pusat Perlindungan itu. "Kita, sepatutnya kena lebih giat lagi berada di medan amal seperti ini. Lebih baik lagi kalau kita boleh buat Pusat Perlindungan sendiri. Tapi tu lah, berkata memang mudah, melaksanakannya tidak semudah itu." 

Dan Ate pun turut menjadi 'murung.'

Belajarlah dari kesalahan orang lain, karena kita tidak dapat hidup cukup lama untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri. Cukuplah kesalahan orang lain menjadi pelajaran dan peringatan. (SHL)
*******
Note: Syarat perjanjian untuk tinggal di pusat tersebut, anak yang dilahirkan tidak boleh di ambil oleh keluarga sendiri atau ibu yang melahirkan. Pusat Perlindungan akan menguruskan urusan pengambilan anak angkat. Ibu akan dipisahkan dari anak, itu syaratnya.

Photo: Ehsan Google.
Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 5. Hadis Nombor 3608




20 comments:

  1. - moga mereka terus insaf agar tidak lagi melakukan khilaf...

    ReplyDelete
  2. saya pun sayu baca kesah ni

    huhuhu

    ReplyDelete
  3. @Al: Ya, moga mereka menyesali akan khilaf yang pernah di lakukan.

    ReplyDelete
  4. ibu² muda 'dihukum', bapanya ke mana agaknya... harap bukan me-rekrut lebih ramai ibu untuk dihimpun di situ

    ReplyDelete
  5. salam sayang ate..
    sedihnya hingga bergenang airmata bila baca kisah yg ate tuliskan..ada sesuatu yang meyentuh hati kak ida tntg kisah ini yg mana ianya sgt berkait rapat dgn kak ida dan hingga kini tetap menjadi rahsia hidup kak ida..biarlah ia tetap rahsia,(mungkin silap kak ida juga dulu)...jika ada yg tahu pun mungkin bukan dr mulut kak ida sendiri...hidup kak ida tk pernah terhenti menerima dugaan namun Allah beri kekuatan sejak dulu hingga kini..alhamdulillah..mudah2an gadis2 diluar sana yg pernah tersasar akan insaf dn kembali kepangkal jalan, dan mudah2an ada tangan2 mulia yg akan jd pembimbing mereka.

    ate jga kesihatan ye..mudah2an ate kembali sehat dan cergas menjelang Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  6. murung jugak =(
    i wish i cud be there,lama tak jumpe adik2 manis tu...
    kalo sy ada musti sy pon menangis jugak huhu

    ReplyDelete
  7. ...setiap insan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. sebagai insan juga kita tidak selayaknya menghukum dan menghina mereka....kerana....Allah lebih tahu, Allah maha pemberi rahmat...sapa tahu...dipenghujung nyawa esok...insan yg diuji dan dihina itulah ahli syurga...dan kita...belum tentu...kerana belum tentu lagi hidayah & rahmat Allah akan sentiasa bersama kita...Allahuaklam...

    ReplyDelete
  8. moga kita sama2 terus dilimpahi rahmatNya..

    ReplyDelete
  9. Sejujurnya saya pernah terlibat dengan beberapa kes/program sebegini 2,3 tahun dulu.

    Banyak kisah belakang tabir yg saya sempat tengok sendiri. Malah saya sendiri pernah tengok tempat tinggal malah cerita2 dari mulut merea.

    Lama-lama saya sudah tidak sedih lagi, tapi simpati tanpa perlukan airmata...

    Apalah Maknanya..

    ReplyDelete
  10. @KOG: Lelaki yg melakukan perbuatan sehingga 'ibu2 muda itu dihukum' bukanlah bapa bagi anak-anak yg bakal dilahir mengikut hukum Islam. Malah anak tersebut halal di nikah oleh 'bapa' itu.

    Namun hukuman tentang berzina jelas....tapi di negara kita tidak melaksanakan (belum??? Mudah2an satu hari nanti??). Di dunia mungkin mereka lepas, di akhirat itu pasti.

    ReplyDelete
  11. @ Eyee Nee: Sedih...antaranya mereka terpaksa dipisahkan dari anak yg telah mula mereka sayangi.

    ReplyDelete
  12. @Nyanyi sunyi: Terimakasih Kak Ida. Terharu baca komen akak. Moga akak terus tabah dalam menerima apa jua dugaan dari Allah. (Personally Ate kagum dg Kak Ida).

    ReplyDelete
  13. @Puding Karamel: Awk pandai nangis gak eh? Bukan ke doktor kurang pandai nangis, pasal dah immune dg benda2 cam ni? Hehehe...gurau jer.

    ReplyDelete
  14. @Matahari: Benar. Ate suka komen awk ni. Terima kasih Syam.

    ReplyDelete
  15. @AA: Pengalaman AA menarik utk Ate pelajari..:)

    ReplyDelete