Pages

Search This Blog

Saturday, July 23, 2011

BERKAHI KAMI YA ALLAH, HINGGA SAMPAI RAMADHAN.

Assalamualaikum wr wb.
Hari ini, Sabtu 22 Sya'ban 1432. Mari kita duduk sejenak muhasabah akan diri kita. Setiap hari kita disibukkan dengan pelbagai urusan dunia...sibuk dengan kerja, sibuk dengan politik, sibuk dengan business, sibuk dengan blog, sibuk main game di fesbok, sibuk mengejar target pekerjaan, sibuk memikirkan kenaikan pangkat, gaji, prestasi dan pelbagai lagi kesibukan duniawi.
Namun, kita tidak sibuk mengingat Allah, tidak sibuk berzikir, tidak sibuk bertaubat, tidak sibuk wirid, tidak sibuk selawat, tidak sibuk tilawah Al Quran, tidak sibuk qiyamul lail, tidak sibuk ibadah sunah, tidak sibuk istighfar, tidak sibuk bertasbih, tidak sibuk bertahmid, tidak sibuk bertakbir. Hanya ketika santai, hanya ketika menunaikan solat wajib 5 waktu (itu pun mungkin selesai sahaja memberi salam, bergegas kita menyambung semula kesibukan urusan duniawi) atau hanya ketika pada waktu-waktu luang barulah kita mahu mengingat Allah. 
Betapa lalai dan lemah jiwa kita…
Tiba-tiba Ramadhan sampai. Tiada kesiapan jiwa memasukinya.
Tidak semua manusia dapat bertemu Ramadhan dengan sepenuh kehadiran jiwa. Sya’ban semakin meninggalkan kita. Tak sampai beberapa hari lagi datanglah bulan yang teramat istimewa, Ramadhan. Di antara manusia ada yang telah dipanggil menghadap Allah sebelum sempat menikmati Ramadhan berikutnya. Bahkan ada yang meninggal sehari sebelum masuk bulan Ramadhan. Kita tidak tahu apakah kita akan dapat menjumpai Ramadhan tahun ini. Untuk itulah kita di ajarkan untuk berdoa, memohon agar dapat menjumpai Ramadhan lagi dengan sepenuh cinta.
Namun, untuk apa kita perlu bertemu dengan bulan yang bernama Ramadhan ini? 
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, dengan sabda baginda: "Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya." Justru itu kita perlu bertemu Ramadhan untuk mendapatkan berbagai keistimewaannya. Agar dapat menemukan segala rahsia keindahan Ramadhan yang ia berikan kepada kita. Sepenuh jiwa kita berharap limpahan rahmat, berkah, ampunan, kehidupan yang taqwa, akhir hidup yang mulia, akhirat yang bahagia.

Menghitung hari, menjelang Ramadhan, marilah berharap  kita dapat melaluinya dengan sepenuh keberkahan dariNya. Isikan hari-hari kita dengan aktiviti yang penuh berkah, Insyaallah kita akan dapat sampai ke Ramadhan dengan kesiapan jiwa untuk menikmatinya. Dapat berenang pada samudera kerahmatan Ramadhan yang teramat luas tanpa batas. Berkahi kami ya Allah…Berkahi kami…Hingga kami sampai ke Ramadhan dengan sepenuh ketulusan dan kesiapan jiwa….

Resepi Pak Cah di bumbu oleh Ate No Moto
Photo Ehsan Sheikh Google

16 comments:

  1. Den tahun ni berpuasa di Mekah 2 minggu....tah mcm ne rasa nya....

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ate, cik ina pun cam tu terasa lalai je. Satu yang cik Ina suka di bulan Ramdhan , cik ina boleh berjimat. Setengah orang kata bulan ramadhan belanja tinggikan , pada cik ina bulan ramadhanlah cik ina dapat mengurangkan perbelanjaan. Perkongsian yang baik Ate, semoga jadi pedoman setiap insan sebelum menyambut Ramadhan yang bakal menjelma.

    ReplyDelete
  3. - peringatan buat diri yg lupe...tq Ate...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Atie,

    Terima kasih atas tazkirah yang baik ini. Semoga kita semua dipanjangkan umur dapat melakukan ibadah lebih kuat lagi dalam bulan Ramadhan nanti.

    ReplyDelete
  5. Assalam Ate...


    Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk memanfaatkan kelebihan Ramadhan yg bakal tiba nt...

    ReplyDelete
  6. @jeBateja: Beruntung kamu berpeluang berpuasa di Mekah. Mesti 'meremang bulu roma' bila solat terawih di masjidil haram. Dengar plak 'live' imam Sudais...ahhhh...jealous Ate. Mg dapat memaksimakan amal ibadah di sana nanti.

    ReplyDelete
  7. @Cik Ina: Time kasih Cik Ina berkongsi pengalaman di bulan Ramadhan. Seharusnya itu yg terjadi lebih berjimat ketimbang boros.

    ReplyDelete
  8. @Kunang-kunang: Waalaikumussalam wr wb kak. Mudah2an kak. Amin.

    ReplyDelete
  9. @Cik Shinju: Amin. Terima kasih dik.

    ReplyDelete
  10. saya tak sabar nak tunggu Ramadan..mudah2 Allah berkati kita umat Islam seluruh dunia.. :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdullilah..sentiasalah kita ingat mengingati..

    ReplyDelete
  12. @Ati Hime: Amin. Jom..kita menanti Ramadhan.

    ReplyDelete
  13. @Hanidebumelukut: Ya cikgu. Macam surah Al Asr kan.

    ReplyDelete