Setahun yang lalu, di suatu malam yang gelap gelita, seorang mokcik telah mengajak anak saudaranya Smile, yang ketika itu berusia 4 tahun untuk menemani dia keluar sebentar.
Smile
"Smile, teman Ate keluar kejab. Hari dah malam ni."
"Ate takut? Kappe (kenapa) Ate takut? Ate takut gelap? Bukak lampu, teranglah."
"Ate, tak takut gelap, tapi Ate takut keluar sorang-sorang."
"Ate takut? Kappe Ate takut? Allah kan ada..." (Dia memang suka ulang-ulang soklan)
Ate memandang Smile. Smile memandang Ate, tersenyum....
Tiba-tiba Smile bertanya, "Ate, Allah ada katne (di mana)?"
Sambil mata terkejip-kejib terkebil-kebil Ate menjawab dengan penuh tak confident, "Allah ada dimana-mana kita berada, nak."
Masih tersenyum Smile bertanya lagi, "Abiz tu, kappe Ate takut?" Gulp...Tercekik Ate nak menjawab.
Beberapa hari kemudian..Ate bercerita kepada Mamad, anak saudara sulung Ate tentang kisah di atas. Dengan tersenyum Mamad berkata, "Ate, jawapan Ate tu tak salah, tapi kurang tepat. Jika kita jawab Allah berada di mana-mana, anak kecil akan fikir, ohhh...Allah tu banyak. Jadi jawapan yang tepat seharusnya, Allah berada di atas langit (sambil jari telunjuk Mamad menunjukkan ke atas) atau lebih tepatnya Allah bersemayam di atas Arsy. Dalam ayat quran surah Thaha ayat 5 Allah berfirman "Ar Rahmanu 'Alal 'Arsys Tawa. Allah Yang Maha Pemurah bersemayam di atas Arsy." Pertanyaan, tentang Allah itu di mana, berkait rapat dengan aqidah, Te. Menanamkan aqidah pada usia anak kecil...bla,bla,bla... Menurut ahli tafsir..bla,bla,bla..." Ate dah tak mendengar lagi apa yang Mamad cakap, merenung wajah Mamad yang dengan tenang membacakan ayat-ayat quran, dalil tentang di mana Allah berada, siap dengan penerangan yang begitu jelas, ada rasa haru dan sebak di dada Ate ketika itu. Ya Allah, 20 tahun yang lalu, anak inilah yang ketika dalam dakapan aku, aku lantunkan bacaan surah-surah lazim dan dodoikan dengan alunan zikir saat menidurkan dia. Anak inilah yang aku ajarkan membaca, menulis, tertatih-tatih membaca Iqra' A Ba Ta Tsa... kini dia pula sedang mengajarkan aku tentang aqidah dan dia pula yang dengan lancar melantunkan ayat-ayat suci Al Quran kepada aku. Besar dah 'anakku'.
Uppsss...Ate telah terlalu jauh dibawa perasaan. Lari dari tajuk. Maaf, Ate ni memang emotional banget. Berbalik kepada persoalan anak-anak tentang Allah di mana, Ate memang telah silap ketika menjawab soalan Smile. Astaghfirullah hal azim. (Tak pandai rupanya Ate ni). Tapi Ate belajar.... Dan hari ini kalau ada lagi anak yang bertanya di mana Allah berada tanpa ragu-ragu Ate akan berkata: "Allah itu ada di atas Arsy, sayang. Di atas langit, di atasnya, di atasnya, di atasnya sampai langit ke 7, di sanalah Allah bersemayam. Dan ketika kita masuk syurga barulah kita dapat bertemu dengan Allah. Kerana tu kita mesti rajin solat, suka berbuat baik, tolong mama, bantu orang susah, bersedekah...baru kita boleh masuk syurga. Di syurga, apa sahaja yang kita mahu, kita akan dapat, dan dengan masuk syurga kita dapat berjumpa Allah."
Wallahualam.
yer betul, saya juga bersetuju bab berhati2 dalam memberi jawapan & pengetahuan kepada anak2 kecil agar pemahaman yang mereka terima adalah tepat
ReplyDeletebetul jugak kan, takut kalau kita tersilap bagi penerangan & imaginasi si kecik tu menerawang fikir macam2.
ReplyDeleteTerima kasih Ate. Satu penerangan yg baik bukan saja untuk Smile tapi untuk sesiapa saja
ReplyDelete- Penerangan yg sgt baik dan mudah anak2 nk paham...
ReplyDeleteterhibur dan bernas.
ReplyDeletete,sgt terharu dgn kata2 ni
ReplyDelete'Anak inilah yang aku ajarkan membaca, menulis, tertatih-tatih membaca Iqra' A Ba Ta Tsa... kini dia pula sedang mengajarkan aku tentang aqidah dan dia pula yang dengan lancar melantunkan ayat-ayat suci Al Quran kepada aku.'
guru kita sungguh pelbagai, n learning process never ends....
Masih banyak yang kena dipelajari. Terima kasih untuk catatan Ate ini. :)
ReplyDeleteKalau nak diberi penerangan ada anak-anak kecil tidak semudah memberi penerangan pada yg dah boleh berfikir panjang. Apa lagi anak-anak tidak tahu apa itu arasy, zat Allah dan sebagainya....
ReplyDeleteBanyak yg kita kena belajar bab-bab akidah & tauhid kan...
penulis datang melawat, follow dan komen blog kamu
ReplyDelete;-)p
betul..waktu baca cerita Ate sy pon dh rs jawapan Ate salah..tp kan Ate mesti rs bahagia sgt kan Mamad anak saudara yg Ate besarkan tu jd anak yg soleh..
ReplyDeletep/s: Ate mmg jaga anak saudara ya?
tetiba di sini cik ina rasa bahagia dan tersenyum hari ni. terima kasih Ate.
ReplyDelete@ eelobor: Peringkat usia balita (bawah lima tahun) adalah peringkat anak-anak suka bertanya. Menjawab soalan mereka harus berhati-hati jgn sampai tanpa sadar kita 'menipu' mereka dengan jawaban yang tidak logic.
ReplyDelete@ Dinas Aldi: Ya, betul tu cikgu. Sebagai guru, cikgu pun tahu budak-budak mmg mempunyai imiginasi yang tinggi, yang penting kita beri info yg benar. Dengan semakin meningkatnya usia mereka akan dapat membezakan antara logic dan imiginasi. Berkenaan dengan perkara yg terkait dengan aqidah dan alam ghaib mmg sulit utk menerangkan kepada anak-anak. Tapi berbalik kepada perkara asas di atas...yang penting info itu benar..so dlm soal aqidah, info mesti berdalilkan AQ dan sunnah. Wallahualam.
ReplyDelete@ Kunang-kunang: Ate pun belajar dengan anak sedara kak, so share bersama di sini.
ReplyDeleteAl: Sepertinya susah nak terangkan pada anak-anak perkara berkaitan aqidah ni, tapi bila 'Mamad' explain dengan panjang lebar baru Ate tahu mcm mana nak menjadikan ianya mudah dan boleh di terima pakai oleh pemikiran anak kecil.
ReplyDelete@ Zue: Terima kasih moga sama2 memperolehi manfaat.
ReplyDelete@ Puding Karamel: Yup, you're absolutely right, Say.(Ate preferred guna perkataan Say.. kependekan bagi perkataan Sayang:))Pembelajaran adalah sesuatu yang tak kan berakhir selama kita masih bernafas di muka bumi ini. Dengan Doktoi Puding pun banyak yg Ate belajar. Jazakillah hu khairan kathira, Say.
ReplyDelete@ KakCik: Sama-sama kasih, sama-sama berbagi Kakcik ku sayang. (Hari ni asyik nak bersayang aja...hehehe)
ReplyDeletenama sebenar saya Asrul Sany, iLham tu nama gelaran masa hi skoll,..
ReplyDeleteAsrul Ilham Sany pula nama pena saya dalam bidang sastera kanak2...
thanks ya sb sudi singgah balik, nanti harapnya kita saling berkomunikasi nanti ;D
memang banyak ilmu lagi yang perlu kita pelajari kan
ReplyDeleteselalu HKL jawab kalo budak2 tye:.Allah kat atas langit sane..kite x nampak Dia,tapi Dia nampak kite....
ReplyDeletebile bace entry Ate ni,ade jwpn yg lebih bagus utk memberitau pd budak2...:)
Betul tu kak, banyak lagi yang perlu kita belajar khususnya yang melibatkan aqidah. Tapi ttg mengajarkannya pada anak-anak, kita belajarlah dari apa yg dicontohkan oleh Rasulullah saw sebagaimana baginda menanamkan aqidah dan mengajarkannya kepada Ibnu Abbas ketika beliau masih kecil.
ReplyDeleteWallahualam.
@Asrul: Terimakasih sudi singgah dan follow.
ReplyDeleteAte juga telah menjengah 'rumah' Asrul dan membaca profile Asrul...wooowww, Ate kagum dg bakat kamu.
@ Kak Zakie: Sorry Kak Zakie...komen di atas yg sebut pasal Rasulullah mengajar ibnu abbas tu adalah untuk reply komen Kak Zakie. Tapi lupa plak nak tulis nama akak. Sorry yaaa..
ReplyDelete@ Cik Betty : Awk pun dari awal lagi dah tau jawaban Ate salah ek? Hehehe...teruk Ate ni kan. Benda basic ttg aqidah pun tak tahu. Ternyata banyak yg Ate kena pelajari. Alhamdulillah, Ate cukup bahagia bila solat dapat berimamkan anak2 sedara, bila tilawah ate baca salah mereka betulkan, bila tak tahu tentang ayat quran atau hadis, mereka tolong jawab, bila sakit sms mereka, mereka doakan, bila ada masalah diskusi bersama, mereka memberikan pandangan dan menguatkan Ate, bila lelah atau penat, mereka picit...biarlah mereka tidak sehebat anak orang lain, asal mereka tahu menghormati dan ingat kat kita org yg lebih tua...itu sudah cukup membahagiakan.
ReplyDeleteA'ah Ate tak ada 'keluarga sendiri' so menjaga, mendidik dan menumpang kasih anak-anak sedara. Lagi pun dulu Ate ada taska dan tadika.
@ Cik Ina: Sama-sama..(walau Ate tak tahu kenapa Cik Ina berterima kasih). Asal Cik Ina bahagia dan tersenyum Ate pun bahagia sama :).
ReplyDelete@Asrul Sany: Ok time kasih atas penjelasan pengenalan diri. Tapi Ate tetap suka nama Ilham (degil tul lah mok cik ni...:)).
ReplyDeleteAwk ada buat buku sastra kanak-kanak tajuk apa? Terbitan siapa? Ate sgt tertarikkkkk dg info ini.
@Sahrom: Banyak yang perlu dipelajari dan blog sahrom antara yang banyak memberi ilmu baru.. terima kasih.
ReplyDelete@ HKL : Good. 2 thumbs up. Jawapan yang mudah tapi bernas. Ceh wahhh...Ini hantu bukan sebarang hantu, ini hantu sgt berpendidikan tinggi. Ate bangga berteman dengan Hantu yg satu ini (pedhal Ate paling takut apa2 yg berkaitan dg hantu...)
ReplyDeleteErrr..Ate pikir2, Ate nak pegi 'Kelang' cari HKL bawak paku. Nak pacak kat tengkuk HKL biar HKL jadi AKL..Angel Kak Limah...kihkihkih.
(Pecaya tahyul ke Ate? Dimanakah salimun aqidah kamu itew??)