Hari ini, Ate ada baca satu Entry yang menarik dari Gadis Bunga (GB). Ada pelbagai rasa ketika Ate membacanya... ada rasa manis, pahit, kelat, pedas dan masin. Bila Ate gaulkan semua perasaan itu, di aduk dengan berbagai bumbu pengalaman kehidupan dan ditambah pula perisa peluh Ate No Moto, akhirnya jadilah ia suatu adunan yang hebat seperti di bawah ini: Jeng, jeng...
Photo Ehsan: Pokcik Google
Hahaha...Ate sedang kemaruk cinta dengan Volvo C30. Ok, ok, sorry. Sila abaikan 'kegilaan Ate' ini. Kita berbalik kepada topic asal...Entry Gadis Bunga yang berkisar tentang topic terhangat di kalangan Bunga-bunga yang belum tersunting atau terpetik lagi, iaitu Soal Jodoh. Sebenarnya semua soalan-soalan lazim yang ditanyakan kepada mereka yang belum kawin di Entry GB itu telah pun GB jawab dengan baiknya. Cuma Ate ingin menambah sedikittttt lagi serbuk perisa Ate No Moto, dengan 3 kisah benar berdasarkan pengalaman, mahupun apa yang dipandang dan yang di dengar tentang golongan yang bergelar ANDALUSIA (Anak dara lanjut usia).
Kisah 1: Gelaran Andalusia akhirnya berakhir di usia 33 tahun.
Anisah (bukan nama sebenar) seorang wanita solehah berusia 29 tahun. Di lamar oleh Salleh (bukan nama sebenar), lelaki seusia yang soleh. Sebelum Salleh berangkat ke luar negara untuk menyambung pelajaran peringkat PHD, dia datang menemui ayah Anisah. Ayah Anisah agak keberatan hendak melepaskan anak gadisnya, untuk dinikahkan dengan Salleh, kerana ayah Anisah mendapat tahu bahawa Ibu Salleh kurang berkenan dengan Anisah (bukan calon menantu pilihan, dengan alasan kenegerian dan paras rupa yang tidak rupawan berbanding Salleh yang tampan).
Redha Ibu di utamakan.
Kepada Salleh, ayah Anisah berkata, "Pergilah kamu melanjutkan pelajaran terlebih dahulu. Jika ada jodoh kamu berdua, pasti tak kan ke mana. Siapa tahu mungkin ibu kamu berlembut hati dan bisa menerima kekurangan Anisah. Soal jodoh ini kita serahkanlah kepada Allah. Berdoa sahajalah." Ternyata setelah 2 tahun, pandangan ibu Salleh tentang Anisah masih sama, "Ibu memang kurang berkenan dengan Anisah, tapi kalau kamu nak juga menikah dengan dia, terserah kamu lah." Mendengarkan kata-kata itu, Salleh merasakan, masih ada harapan baginya untuk menyunting Anisah sebagai suri di hati. Ke rumah Anisah dia bertemu lagi dengan ayah Anisah. "Pak cik, ibu tak menghalang walau masih belum bersetuju sepenuhnya. Apakah pak cik sudi menerima saya sebagai menantu?" Ayah Anisah diam seketika sebelum berkata, "Nak, redha ibu kamu itu penting. Kalau dia berkata begitu, bererti dia belum redha. Hubungan suami isteri boleh terlerai dengan satu lafaz cerai, tapi hubungan ibu dan anak kekal selamanya, nak. Anggaplah di antara kamu berdua sudah tiada jodoh."
Kesedihan ayah Anisah mengatasi kepiluan hati Anisah. "Ayah mana yang tak sedih. Telah datang seorang lelaki soleh meminang anak gadisnya, tapi terpaksa di tolak demi kebahagiaan kamu jua, nak. Pernikahan, bukan sekadar ikatan dua hati, tapi juga ikatan diantara dua keluarga. Mana mungkin kamu bahagia jika pernikahan kamu tidak direstui oleh ibu suami kamu." Maka 'terbazirlah waktu 2 tahun' Anisah menanti di satukan dengan Salleh sebagai suami isteri. Tak sampai setahun kemudian, Anisah mendapat kabar, Salleh telah menikah dengan gadis jelita lagi rupawan dan berasal dari negeri yang sama, sebagaimana impian ibu Salleh. Anisah tidak kesal atau meratap tangis akan nasibnya kerana dia tahu 'menikah bukan lah matlamat utama dia di hidupkan'. Hidup dijalani dengan penuh optimis. Akhirnya di usia 33 tahun Anisah menikah dengan seorang lelaki soleh berkerjaya professional. Anisah juga menjadi menantu kesayangan bukan kerana paras rupa tapi kerana kesolehah dan baik budinya menjadi kebanggaan mertuanya. Kini lebih dari 20 tahun dia melayari alam rumahtangga..bahagia di samping suami dan 4 anak lelaki yang pintar, taat dan soleh.
Ini bukan keluarga Anisah. Tapi rumahtangga keluarga ini juga telah melebihi dari 20 tahun.
Apa pelajaran yang pembaca dapat dari Kisah 1 di atas?
Buat para Bunga di luar sana yang masih belum tersunting, bersabarlah.
Dalam penantian jodoh ambillah ibrah dari kisah di atas dan kisah dari Rithah.
Apa? Kisah ke 2? Nantilah..kita sambung lagi ek. Kalau Ate rajin.
*******
Ya Allah....seringkali kekhawatiran kami akan masa depan,
mengalahkan keyakinan kami akan pertolongan-Mu.
SHL
assalamualaikum..
ReplyDeleteperubahan dari solo ke berpunya belum tentu menjanjikan kebahagiaan
Ate...
ReplyDeletebercinta bagai nak rak juga bukan menjanjikan ke jinjang pelamin...
bagai yang telah ALLAH tetapkan...
dah moto akak sewaktu masih anak dara trang-tang tang dulu.... - auuuuwwwww
KUN FAYAKUN....
hihi. punye la banyak bende nak consider pasal hal kawen ni kan ate? dah la gb ni bukan jenis cantik jelita juga. wuwuwuwu~
ReplyDeletemmg tersentuh kisah ni ate
ReplyDeletemcm penah ku dengar jak cerita ini tapi di mana ya..apapon doa yg terbaik utk jodoh kita..ada org kata "hang jangan duk pilih2 sgt satgi org tak mau baru tau!" ada gak org bepesan "jodoh ni jgn duk kejar2 makin kita kejar makin lari" ada gak org cakap "kalu ada org masuk minang terima je..nanti tolak jodoh xmai dah"..org bisa berkata apapun tapi soal jodoh itu semuanya di tangan Allah..Syukur yg tak terhingga ats jodoh kurnia Allah...
ReplyDeleteMacammane plak dgn bunga yg menolak jodoh?
ReplyDeleteCer Ate kupas sket..heheh..
Ade kawan kpd kakak yun dah tolak berpuluh2 lamaran...tp bukan dia xde nafsu terhadap lelaki..
xtau nape ngn dia...manjang ade bf tp bila diajak kawen dia blah... :D
Semoga kalian mendapat jodoh suami yg soleh dan membahagiakan dunia dah akhirat.
ReplyDeletesetiap kali baca entri Ate..asyik la saya nak komen terima kasih..TERIMA KASIH,Ate utk entri ni..heheheh
ReplyDeletekadang2 sabar..kadang2 jadi tak sabar..hu hu
ReplyDeleteAte cik ina setuju sangat pernikahan itu bukan ikatan dua hati je tapi antara dua keluarga . selamat berhujung minggu ate.
ReplyDeletekisah yg blh dijadikan tauladan utk para gadis yg belum menikah..selalunya andalusia ni blh je terima keadaan cuma org sekeliling yg buat nmpk mcm mereka desperate nk cr pasangan..pdhal yg empunya diri okeh-okeh aje..
ReplyDeletesuka catatan yg kat bwh tu..kita salu runsingkan masa depan pttnya kita kena yakin dgn Allah ..
tersentuh dgn cerita pasal jodoh ni...itu sebabnya akak pegang kuat pada jodoh itu ditentukan Allah..cuma kitalah yg kena berusaha berdoa dn bertawakkal muga mendapat jodoh yg baik.
ReplyDelete@Sahrom: Waalaikumussalam wr wb.
ReplyDeleteAnda benar.
@Ibu&Abah: Moto akak masa ank dara trang tang tang tu sgt lah kellasss. Moto itu masih lah malar hijau dan boleh di guna pakai selamanya, walau akak kini telah menjadi Ibu Top tip letop.
ReplyDelete@GB: Ye dik. Bnyk yg kena di timbang dlm soal kawen ni, bukan sekadar berat badan jer...:)
ReplyDelete(Allah tak nilai rupa dik..peduli kan apa kata dunia. Kita tidak minta syurga dari mereka, tapi dari Allah. Kerana itu nilai dan redha Allah yang harus kita peduli)
@Ratu Kebaya: Ate juga tersentuh...BTW, nape lama tak dengar citer Uzair.
ReplyDelete@Gumiho: Shhh...kalo pernah dengar pun buat2 tak pernah dengar...;)
ReplyDelete@Cik Shinju: Org mcm tu kena mandikan ngan 10 kolah air mata air dan beri dia minum setempayan air yassin...biar dia insaf akan khilaf diri yang lari dari sifat tanggungjawab. Org yg hanya nak bercinta tapi tak nak kawen tu adalah org yg tak nak terikat dengan tanggungjawab. (Hehehe..ttg mandi air mata air dan minum air yassin tu sekadar gurauan aja)
ReplyDelete@Yunus Badawi: Amin dan Terima kasih YB.
ReplyDelete@Ati Hime: Terimakasih juga buat Ati yg sudi membaca dan meninggalkan komen.
ReplyDeleteOh ya..Ate tak boleh masuk blog Ati. Ati sedar tak blog Ate kena malware. Ate ni mcm dah tobat kena malware ari tu.
@Norh: Sama lah kita...namanya pun anak manusia.
ReplyDelete@Cik Ina: Ya, cik Ina. Ikatan perkahwinan bukan sekadar ikatan dua hati..Terima kasih Cik Ina.
ReplyDelete@Cik Betty: Perasan plak awak ek note kat bawah tu. Thanks Cik Betty.
ReplyDelete@Nyanyi sunyi: Terima kasih atas komen yang menambahkan 'pencerahan hati.'
ReplyDeletesalam akak...rindu akak...walopun kite xpenah berjumpe..tp ditalian tepon kite mesra..arap dpt berjumpe ngan akak suatu ari nanti..ehheheh
ReplyDelete@CikCeria:A'ah kena jumpa awk gak sblm awk ehem..ehem. Hehehe.
ReplyDelete