Pages

Search This Blog

Showing posts with label IBRAH. Show all posts
Showing posts with label IBRAH. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

PELAJARAN DARI SEORANG LELAKI TUA PENARIK BECA

Di dalam kuliah nya  baru-baru ini, Kak Bayu bercerita tentang seorang lelaki tua bernama Bai Fang Li. Mendengar cerita Kak Bayu tentang kesungguhan dan keikhlasan Bai Fang Li dalam memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim, walau dia sendiri berada dalam kesusahan dan hidup serba kekurangan, menarik minat Ate untuk mengenali lebih lanjut lagi akan kisah kehidupan Bai Fang Li.
       Siapakah Bai Fang Li? Bai Fang Li adalah seorang penarik beca yang berasal dari Tianjin, China. Ketika usia Bai Fang Li 74 tahun dia terpandang akan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang sibuk menawarkan khidmat mengangkat barang-barang yang dibeli oleh para pelanggan di pasar untuk mendapatkan upah. (Pemandangan ini biasa juga di lihat di Pasar-pasar di negeri Sabah). Tubuh kecil budak itu kelihatan terhoyong hayang ketika mengangkat barang-barang tersebut. Setiap kali memperolehi upah atas 'khidmat'nya dengan tersenyum senang di simpan wang upah itu di saku. Apa yang menghairankan Bai Fang Li, kanak-kanak itu juga mengais-ngais tempat sampah untuk memungut makanan lalu makan dengan penuh selera. Sedangkan dengan wang upah yang diperolehi, boleh sahaja dia membeli makanan yang sewajarnya. Ketika ditanya, ternyata kanak-kanak tersebut tidak mau 'mengusik' wang hasil susah payahnya, untuk membeli makanan buat mengisi perut sendiri kerana wang itu akan di gunakan untuk membeli makanan buat dua orang adiknya yang berusia 3 dan 4 tahun. Mereka bertiga hidup bersama di pondok yang kumuh setelah kedua orangtua mereka hilang entah ke mana.
       Bai Fang Li tersentuh mendengar kisah budak tersebut. Seorang anak kecil berusia 6 tahun sanggup berkorban, mengenepikan kepentingan diri sendiri semata-mata kerana kasih buat 2 adik tercinta yang masih terlalu kecil. Bai Fang Li menghantar kanak-kanak itu pulang. Setelah itu dia membawa ketiga kanak-kanak itu ke rumah anak-anak yatim piatu di mana di sana ada ratusan anak yang diasuh. 
       Sejak saat itu, bermula pada tahun 1986, tanpa cuti selama 365 hari setahun, tanpa mengira terik panas matahari atau dingin salji yang membeku dalam perubahan cuaca yang silih berganti, Bai Fang Li mula mengikut jejak budak berusia 6 tahun itu, dengan memberikan hasil susah payahnya buat rumah anak-anak yatim, manakala untuk diri sendiri dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Setiap hari dia menghabiskan waktu dari awal pagi hingga ke malam dengan mengayuh beca untuk mendapatkan wang. Wang penghasilannya setelah ditolak sewa pondok buruk yang hampir roboh, membeli dua potong roti kismis untuk makanan siangnya dan sepotong kecil daging serta sebutir telur untuk makan malamnya, di sumbangkan ke rumah anak yatim tersebut. 
        Dia hidup 'seadanya'. Setelah lelah bekerja sepanjang hari mengayuh beca, dia berehat di pondok kecilnya dengan merebahkan badan di sehelai tikar tua yang telah koyak disekeliling penjuru. Kelengkapan dipondoknya hanyalah sebuah kotak yang berisi beberapa helai baju dan sehelai selimut tipis tua yang telah bertampal-tampal. Ada satu pinggan dan satu 'cawan ayan' serta satu lampu minyak tanah. Untuk pakaian dirinya, diambil dari tempat sampah.
       Adalah suatu kemewahan yang luar biasa apabila dia berjaya mendapatkan pakaian yang koyak tapi masih boleh dipakai yang di perolehi di tempat pembuangan sampah. Dijahit dan ditampal baju tersebut lalu di pakai. Malah menjadi kebiasaan bagi dia memakai stokin yang berbeza warna. Anak perempuannya, Bai Jin Feng, menceritakan: "Dia menderita sepanjang hidup. Berjimat cermat terhadap makanan dan minuman. Menjahit dan menampal terus menerus pakaiannya." Apakah benar dia menderita dengan cara kehidupannya? Tidak. Tidak sama sekali, malah dia menikmati kehidupan itu dengan penuh kebahagiaan. Dia merasa sangat bahagia sekali melakukan semua itu, ditengah kesederhanaan dan keterbatasan dirinya.
  
“Tidak apa-apa saya menderita sedikit, yang penting biarlah anak-anak yang miskin itu dapat makanan yang layak dan dapat bersekolah. Dan saya bahagia melakukan semua ini…,” katanya bila orang-orang bertanya mengapa dia berkorban demikian besar untuk orang lain tanpa peduli dengan dirinya sendiri. Wang yang dia sumbangkan ditujukan kepada semua anak yatim piatu yang memerlukannya. Dia tidak pernah mengharapkan penghargaan, pujian apatah lagi balasan. Dia tidak pernah meminta nama-nama anak yatim yang menerima bantuannya. Dia hanya pernah sekali bergambar bersama dengan beberapa anak-anak yatim tersebut.
       Saat ditanya harapan yang dia miliki terhadap anak-anak yatim piatu itu, dia menjawab dengan rendah hati :’Saya hanya ingin mereka rajin belajar, mampu bekerja, menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada negara.”
Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, sehingga hampir 20 tahun Bai Fang Li mengayuh becanya demi memperoleh wang untuk menambah sumbangannya pada rumah anak yatim piatu di Tianjin itu. Ketika usianya 91 tahun, dia memberikan sumbangan terakhirnya sebesar 500 Yuan (sekitar RM200). Kepada pengurus dan guru-guru di rumah anak yatim tersebut Bai Fang Li berkata “Saya sudah terlalu tua dan menghadapi masalah kesihatan. Saya sudah tidak dapat mengayuh beca lagi. Saya tidak dapat menyumbang lagi. Ini mungkin wang terakhir yang dapat saya sumbangkan……” Bai Fang Li meninggal dunia pada tahun 2005. Dia meninggal dalam kemiskinan dan tidak menyisakan wang maupun harta benda lainnya untuk dirinya sendiri. Dia hanya memiliki keikhlasan, kesungguhan dan kemurniaan kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemergiannya di tangisi oleh lebih dari 300 anak yatim yang pernah disentuh dengan sifat pemurah Bai Fang Li.

       Apa pelajaran yang dapat kita perolehi dari kisah seorang lelaki tua berhati mulia bernama Bai Fang Li ini? Cuba lihat diri kita. Pekerjaan, rumah dan kenderaan kita. Makan minum kita setiap hari. Pakaian yang kita miliki. Masihkah ada rungutan gaji kita tidak mencukupi. Kemanakah habisnya wang kita? Bagaimana pula infak dan sedekah kita? 
"Bagaimana nak bersedekah? Untuk kehidupan kita sendiri pun belum mencukupi." 
"Tiap hujung bulan nak tunggu gaji, poket dan dompet kita dah sakarat, bagaimana nak 'memberi'."
"Allah tahu, saya tak mampu. Saya bukan orang kaya. Hidup pun cukup makan aja."
Inilah realitinya kebanyakan kita. Memberi hanya bila 'ada wang lebih'. Kesusahan kita yang selalu kita fikikan. Sering merasa belas kasihan dan bersimpati pada diri sendiri. Kerana kita tidak pernah mensyukuri dengan apa yang kita miliki. "Dan (ingatlah juga), tak kala Tuhanmu memaklumkan;"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih." (Ibrahim:7)


Friday, March 25, 2011

BE LIKE THE BEE

Cerita ini buat anak-anak tapi tiada salahnya orang dewasa mengambil pelajaran. Ibrah boleh dikutip di mana-mana bagi sesiapa juga yang mencari hikmah dalam kehidupan.

Di pagi yang cerah, di antara rendangnya pepohonan, kelihatan seekor burung helang sedang bermalas-malasan berehat di dahan sebatang pokok. Selama beberapa hari burung helang berulang kali hinggap di dahan pokok yang sama kerana tertarik memerhatikan kegiatan sekumpulan lebah yang sibuk bekerja bersama-sama membuat sarang yang berjuntai di dahan sebatang pokok.

Kelihatan seekor lebah terbang hinggap di antara bunga-bunga hutan yang mekar, menghisap madu, dan terbang lagi ke dahan memberikan madu ke sarangnya dan begitu seterusnya. Burung helang dengan tidak sabar menegur lebah tersebut yang terbang berhampirannya, “Hai lebah kecil, kamu sibuk terbang dari bunga ke sarangmu berulang-ulang kali.  Apa yang sedang kamu buat?”
Lebah pun menjawab: “Aku dan kawan-kawan sedang membuat sarang.”
“Untuk apa kamu semua membuat sarang sebesar itu? Umur lebah kan sangat pendek. Sudahlah…, tidak perlu susah-susah bekerja! Santai-santai saja dan nikmati kehidupan kamu yang singkat itu.”Demikian burung helang menasihati si lebah.
“Umurku memang tidak sepanjang umurmu, burung helang. Tapi justeru kerana pendeknya waktu yang aku ada, aku tidak boleh mensia-siakan nya. Aku harus bekerja kuat dan lebih rajin agar sarang kami dapat disiapkan sesingkat umur kami,” jawab lebah.
“Untuk apa sarang kamu harus disiapkan cepat-cepat kalau kamu memang akan mati dengan segera? Buat penat sahaja, tapi kamu tidak dapat menikmati sarang yang telah dibuat dengan susah payah.”
“Hahaha, tuan helang yang gagah dan berumur panjang, kasihan sekali cara kamu berfikir. Kerana umur kami yang singkat inilah maka, harus kami hargai dengan sungguh-sungguh. Kami memang makhluk kecil dan berumur pendek tetapi kami bangga dan bahagia kerana dapat memberi manfaat kepada makhluk lain iaitu dengan memberikan semua hasil kerja keras yang telah dilakukan seumur hidup kami. Itulah erti kewujudan kami di dunia ini,” jawab sang lebah kecil sambil terbang berlalu.
Mendengar ucapan lebah kecil itu, burung helang terdiam. Ia tidak mampu berkata-kata lagi dan bersombong diri. Ternyata di balik penampilan makhluk yang kecil dan berumur pendek, kehidupan mereka pun memiliki erti tersendiri.
Pencari Hikmah:Kisah Binatang
*********
Di 'blog junior' Ate catatkan pelajaran. Di sini yang membacanya orang dewasa lagi cerdik pandai. Fikir-fikirlah...

"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain."
"BE LIKE THE BEE"

Sunday, March 13, 2011

PELAJARAN DARI SEORANG 'BIBIK PENJUAL POPIA'


“Sedap popia gemuk bersambal awak.  Kita suka sangat. Awak buat sendiri?” 
"A' ah, tapi sambalnya tokey yang buat”
“Ohh..awak kerja ngan orang? Gaji ikut hari ke? Kerja dari kul brapa sampai kul brapa? Satu hari brapa gaji? Cuti ari apa?" (Menyoal orang macam polis pencen Interrogation).
"Gaji..(tuutt). Dari pagi sampai petang. Tak ada cuti. Tokey kata bila dia mati baru saya boleh cuti. Hahaha” (Huh?? Dasatnya tokey bibik ni.  Dia plak bole happy jer cerita). 
"Sikit jer ek, awak dapat. Pas tu tak penat ke kerjaaa aja tak ada cuti?"  (Haloo..sesedap mulut jer mengeluarkan kata2).
"Alhamdulillah..disini rejeki ;) saya. Sikit tak apa asal berkah. Penat? Mestilah penat. Nak cari rezeki buat anak-anak belajar...kena rajin kerja, tak bolehlah cuti-cuti Malaysia."
"Betul ke awak tak ada cuti? Habis kalau sakit, kerja jugak?" (Macam tak cayaaa jer)
"Alhamdulillah Allah beri saya sehat. Sakit sikit-sikit tu masih bolehlah kerja. Saya makan jamu dari muda, biar badan kuat."
"Brapa umur awak?" (Isshhh...tak puas hati lagi tu..masih nak soal siasat)
"46."
"Untung awak ya, di beri Allah kesehatan yang baik. Saya ni, umur muda sikit dari awak tapi selalu sakit2."
"Syukur Alhamdulillah, saya masih kuat dan sehat. Tapi...orang Malaysia memang macam tu..tak kuat macam kita orang Indonesia."
Duhh..Bibik ni macam nyindir aku jer. 
*******
Pagi itu..dari seorang 'bibik yang bekerja sebagai penjual popia' Ate belajar tentang:
1. Konsep Syukur.
2. Rezeki sedikit tak mengapa yang penting berkah. 
3. Harus rajin bekerja dan berusaha baru Allah beri rezeki, jangan asyik fikir nak berehat dan cuti aja macam Ate. 
4. Penting kita menjaga kesehatan tubuh badan sedari muda kerana sebagai seorang Islam kita  harus memiliki daya tahan tubuh yang kuat (Qawiyyun Jism) sehingga dapat bekerja dan melaksanakan amal ibadah dengan lebih produktif. Sehat tubuh badan itu kan suatu nikmat. Bahkan lebih dicintai oleh Rasulullah saw sebagaimana hadis riwayat Muslim: “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah”. 
5. Dalam meniti hidup banyak Ibrah yang boleh kita perolehi. BELAJARLAH MENGAMBIL HIKMAH DARI SIAPA SAJA, walaupun orang itu lebih muda dari kita atau tidak punya pangkat kedudukan di mata masyarakat mahupun berpelajaran rendah...mungkin ada pengalaman hidup mereka menjadikan mereka lebih 'berfikiran' dari kita.  Seperti pada pagi itu...Ate belajar dari seorang 'bibik penjual popia'.