"Oh ibu. Usia mengejarku..semakin hari usiaku semakin lanjut. Mengapa belum datang barang seorang pun pemuda malamar ku? Apakah aku akan menjadi Andalusia* seumur hidupku?" Begitulah kira-kiranya, keluhan seorang wanita Mekah dari Bani Ma’zhum yang kaya raya bernama Rithah al-Hamqa.
Luluh dan sedih hati sang ibu, mendengar rintihan anak kesayangan. Maka sang ibu pun sibuklah ke sana ke mari, berusaha berbagai cara untuk mencarikan jodoh buat anakanda tercinta. Ramailah Bomoh bin Pawang yang ditemuinya, tah berapa tempayan air bunga telah di mandikannya dan banyak sungguh wang yang di belanjakan dalam usaha mencarikan jodoh buat si anak. Namun, segala usaha sang ibu masih belum menampakkan apa-apa hasil. Ternyata semua janji-janji manis yang di taburkan oleh para Bomoh bin Pawang itu hanyalah kebohongan semata-mata. Masa terus berlalu. Setelah sekian lama menunggu tak seorang pemuda pun datang melamar.
Maka bertambah sedihlah Rithah. Semakin hari semakin merana. Setiap hari bermuram durja, makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena menanti jodoh yang tak kunjung tiba. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba.. pada suatu hari, ibu saudaranya yang berasal dari luar negara daerah lain datang, memperkenalkan Rithah dengan seorang pemuda bujang trang tang tang belia, yang kacak lagi bergaya untuk dijodohkan dengannya. Sukanya Rithah bukan kepalang, penantian jodohnya berakhir juga. Maka menikahlah Rithah yang telah berusia dengan pemuda belia tersebut.
Tapi sayang seribu kali sayang, pemuda kacak lagi bergaya itu, mempunyai niat yang tak baik (aku dah agak dah). Pernikahannya dengan wanita Bani Ma'zhum yang berusia itu ternyata ada udang di sebalik mee batu. Rupa-rupanya pemuda tersebut hanya bercita-cita untuk mendapatkan harta kekayaan Rithah. Setelah berjaya memperolehinya, pemuda itu pun pergi meninggalkan Rithah terkontang kanting seorang diri. Malang sungguh nasib Rithah. Menanggis tak berlagu lah Rithah, sedih tak terperi, mengenang akan nasib diri. Hilang suami, hilang harta. Hidup sepi tak lagi bermakna.
Melayani kesedihan dan kemurungannya, Rithah membeli beratus-ratus gulung benang untuk dipintal (ditenun) dan setelah jadi hasil tenunannya, dia menguraikannya semula menjadi benang. Kemudian di tenun lagi dan di uraikan lagi, berulang-ulang kali, dan lagi dan lagi. Begitulah seterusnya dia menjalani sisa-sisa hidup.
Al Qur’an mengabadikan kisah gadis Bani Ma’zhum ini dalam surat An-Nahl:92: “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya, yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi bercerai-berai kembali…” Yang dimaksud di dalam Qur’an tentang ‘wanita pengurai benang yang telah dipintal’ itu tidak lain tidak bukan adalah Rithah Al-Hamqa. Dalam ayat tersebut, Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh.
Banyak ibrah yang dapat kita petik dari sepenggal kisah gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut. Kisah Rithah mengajarkan kita, bahwa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari walaupun pada waktu kita belum menginginkannya dan begitu juga sebaliknya. Jodoh tidak dapat dikejar walaupun ketika itu, kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasulullah telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita, maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang.
Episod Rithah juga mengajarkan kita untuk berikhtiar dan berusaha dalam menanti kehadiran jodoh. Berbagai usaha boleh dilakukan asal tidak melanggar syariat dan hukum Allah. Kalau ibu Rithah berjumpa dengan berbagai Bomoh bin Pawang agar anaknya bertemu jodoh, tapi bagi kita, tentu lah meminta itu hanya kepada Allah Maha Pengabul Doa. Allah telah berfirman: “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada-Ku…” (2:186)
Dengan ayat tersebut, Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya kepada kita, bahwa setiap doa yang disampaikan kepada Nya pasti akan dikabulkan. Allah tidak mungkin memungkiri janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasululullah bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa.”
lbrah seterusnya yang dapat kita petik ialah, memupuk sifat sabar dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah pun sampai date line semakin senja. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, yaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya.”
Sabar dan solat akan menjadikan kita 'kebal' dari desakan orang sekeliling yang kurang memahami dan membentengi diri kita dari godaan syaitan yang sentiasa berharap agar kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini sering ditanggung oleh ramai wanita yang sudah layak menikah namun belum ada lagi lelaki yang baik dan soleh datang meminang. Ini merupakan ujian yang sesuai dengan ketetapan Allah.
Di samping itu, kita juga harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Jangan kerana usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekeliling menjadikan kita terburu-buru menikah dengan sesiapa sahaja yang masuk meminang. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islam yang sakinah mawaddah wa rahmah (samara) yang kita harapkan. Ini kerana kekukuhan rumahtangga kita adalah seiring dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat dia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.
Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman setelahnya, bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah hanya akan diberikan kepada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan di pertanggungjawabkan. Ketika kita belum dikurniakan amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa berbaik sangka (husnudzon) kepada Nya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. “Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)
Terakhir, kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat dia ‘gila sasau’. Bagi kita, tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah). (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah, Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.
Wallahua’lam bissawab.
Petikan dari Learn Something by Tomy dan diolah mengikut perisa AteNoMoto.
Note: ANDALUSIA (Meminjam istilah Magika: Anak dara lanjut usia)
salam akak..
ReplyDeleteterima kasih utk info ini..
kene bersabau dlm mendapatkan jodoh..heehe
jodoh urusan Dia..ujian Dia buat kita..
ReplyDeleteandai ada kesabaran, kita lalui..
pabila hati tak kuat, menangislah..
kita cuma insan yg lemah...
tentang cinta, tentang jodoh. hanya Allah yang lebih mengetahui. kita hanya berusaha & merancang, tetapi yakinlah perancangan Allah untuk hambaNya adalah yang terbaik. belajarlah untuk menerima takdir dan ketentuan Allah dengan hati terbuka dan ikhlas. asalkan kita tahu menjaga batasan dan maruah diri..semoga diberikan ganjaran syurga-Nya. InsyaAllah.
ReplyDeletesatu waktu dulu ada sorang makcik kpd kawan saya pernah meluahkan rasa hati dia. katanya "kalau macam ni lah perangai & tingkah laku lelaki-lekaki bujang zaman sekarang & banyak benar onar dan budaya sumbang yang mereka buat makcik rela anak perempuan makcik tak kawin". bila mendengar kata-kata makcik tu saya cuma terdiam dan berfikir...berfikir...dan terus berfikir sampai sekarang. jom kita pakat fikir sama-sama.
Ann..
ReplyDeleteakak punya ibu saudara yg tetap membujang hingga akhir hayatnya. selalu dia bagitau akak bahawa dia redha dengan ketentuan Allah kerana katanya hidup yang kekal adalah disyurga dan beliau positif bahawa di syurga nanti beliau boleh memilih bidadara syurga untuk menjadi pasangannya....
Alhamdulillah... mmg akak sanjungi 'positif mind' beliau....
saya terkesan sebab saya pun tak nampak bayang jodoh saya di mana lagi, padahal umur dah 30 ni. hu~
ReplyDeleteto stay positive is not easy, dat's why a positive circle of friend are needed.
@Cik Ceria: Yup, betul tu..Sabau dan ceria selalu ;)
ReplyDelete@norh: Betul tu norh (betul lagi).Itulah misteri jodoh sesungguhnya hanya Allah yang Maha mengetahui. Kesabaran itu penting tapi sokongan dan dukungan dari keluarga terdekat serta teman-teman juga diperlukan agar tidak merasa 'terasing' dan sepi.
ReplyDelete@As-Syams: Tu lah zaman sekarang susah nak cari 'lelaki bujang yang baik dan soleh'. 'Pompuan dara yang baik dan solehah' ramai..nape ek? Jom kita fikir..(err..bukan ke patutnya org lelaki yg kena fikir? Hehehe)
ReplyDeleteThanks for sharing...
@Ibu n abah: Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita mengenai mak cik akak. Moga semua 'ANDALUSIA' yang masih bersabar menanti jodoh dapat terus berfikiran positif dan ceria-cerialah sentiasa.
ReplyDelete@GB: 30 ok lagi tu. Adik ipar akak menikah masa umur dekat 33. Allah izin dapat suami (adik lelaki akak)muda 4 tahun dari dia.
ReplyDeleteTapi apa yg GB cakap tu betul (betul lagi)untuk terus bertahan berfikiran positive memerlukan positive circle of friends. Sebagai manusia ada kalanya kita lemah dan memerlukan sokongan and seperti kata norh menanggislah kalau itu dapat melegakan perasaan.
entry yang menarik ...
ReplyDeleteyer kita ambil ibrahnya
>>___<<
good job ate!
ReplyDelete(baca n3 ni teringat artikel mihwar)..
apa pun Allah tak pernah zalim pd hamba2NYA.. mg sahabat2 blog yg belum ditemukan jodoh tetap tabah, sabar n sentiasa menjaga diri..
serta segera di'kurniakan' jodoh yang 'dinanti2'..amiin...
@Frodo: Jommm..ramai2 amik ibrah baik buat diri sendiri mahupun di kongsi bersama.
ReplyDelete@Mama Kasih: Amin.
ReplyDeleteTQ mama.
Ada entri ni kat Mihwar ek? Tak ingatlah plak.
hidup ini penuh dugaan. usaha ikhtiar jangan jemu. rakan2 yg menghadapi masaalah sebegini, saya mencadangkan untuk berjumpa seorang pengamal perubatan yang mengatasi masaalah jodoh ini secara Islamik, berdasarkan ayat2 Al-Quran. Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar ni guru agama. bertugas di sekolah agama Daerah Pontian, Perawakannya pun sederhana. Sepanjang pengetahuan beserta saudara mara & sahabat handai menemui beliau nampaknya belum pernah perubatannya mengguna kemenyan atau benda2 kotor. Alamatnya : kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Saya teruja melihat rakan kita dapat rakam beberapa foto perubatan beliau dalam :
ReplyDeletehttp://my.opera.com/saharaaban/albums/
http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
Muğla
ReplyDeleteSamsun
Eskişehir
Sakarya
Kars
CY2TH1
adıyaman
ReplyDeletesakarya
yalova
tekirdağ
amasya
CZUA
ankara parça eşya taşıma
ReplyDeletetakipçi satın al
antalya rent a car
antalya rent a car
ankara parça eşya taşıma
W7ARO
Kocaeli Lojistik
ReplyDeleteUşak Lojistik
Osmaniye Lojistik
Çorlu Lojistik
Kocaeli Lojistik
O6D
izmir evden eve nakliyat
ReplyDeletemalatya evden eve nakliyat
hatay evden eve nakliyat
kocaeli evden eve nakliyat
mersin evden eve nakliyat
GLHİV
ordu evden eve nakliyat
ReplyDeletebursa evden eve nakliyat
konya evden eve nakliyat
osmaniye evden eve nakliyat
bitlis evden eve nakliyat
PXOTZ
9ED31
ReplyDeleteUrfa Evden Eve Nakliyat
Balıkesir Parça Eşya Taşıma
Altındağ Fayans Ustası
AAX Güvenilir mi
Tekirdağ Evden Eve Nakliyat
Aydın Parça Eşya Taşıma
Afyon Evden Eve Nakliyat
Eskişehir Şehirler Arası Nakliyat
Zonguldak Şehirler Arası Nakliyat
3B2BE
ReplyDeleteNevşehir Şehirler Arası Nakliyat
Tekirdağ Evden Eve Nakliyat
Kırıkkale Parça Eşya Taşıma
Karaman Lojistik
Mardin Şehirler Arası Nakliyat
Sinop Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Mutfak Dolabı
Etlik Boya Ustası
Niğde Şehirler Arası Nakliyat
E2A65
ReplyDeleteOrdu Evden Eve Nakliyat
Binance Referans Kodu
Kırklareli Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Oto Elektrik
İzmir Şehir İçi Nakliyat
Coinex Güvenilir mi
Kilis Şehir İçi Nakliyat
Bingöl Şehir İçi Nakliyat
Kırşehir Şehirler Arası Nakliyat
98D9F
ReplyDeleteEdirne Parça Eşya Taşıma
Etimesgut Boya Ustası
Tokat Şehir İçi Nakliyat
Burdur Parça Eşya Taşıma
Burdur Şehirler Arası Nakliyat
Siirt Şehir İçi Nakliyat
Bingöl Lojistik
Silivri Cam Balkon
Hakkari Parça Eşya Taşıma
8C382
ReplyDeletemalatya sohbet siteleri
kızlarla canlı sohbet
siirt canlı sohbet odaları
parasız sohbet
tamamen ücretsiz sohbet siteleri
bilecik sesli sohbet sesli chat
afyon yabancı görüntülü sohbet siteleri
kadınlarla rastgele sohbet
bayburt canlı sohbet et
1A48D
ReplyDeleteCoin Kazma Siteleri
Kripto Para Üretme
Yeni Çıkan Coin Nasıl Alınır
Youtube Beğeni Hilesi
Likee App Beğeni Hilesi
Coin Kazanma
Bitcoin Kazanma
Görüntülü Sohbet Parasız
Binance Borsası Güvenilir mi
4EB0C
ReplyDeleteSoundcloud Dinlenme Satın Al
Twitter Trend Topic Hilesi
Twitch Takipçi Satın Al
Twitch İzlenme Satın Al
Twitch İzlenme Hilesi
Görüntülü Sohbet
Loop Network Coin Hangi Borsada
Youtube Abone Satın Al
Ort Coin Hangi Borsada