Saya pergi ke Sendai seorang diri, untuk berjumpa kawan di Universiti Tohoku. Hajat bertemu rakan tercapai, tapi rancangan perjalanan pulang ke Tokyo dengan menaiki kereta api laju Shinkansen dari stesen JR East Sendai tidak kesampaian. Saya tersadai di tepi jalan selepas tiba-tiba jalan raya bergegar selama beberapa minit dan merekah, sehingga teksi yang dinaiki melanggar batu jalan. Pemandu teksi, seorang warga emas meminta saya jangan keluar dari kenderaan.
Beberapa jam kemudian baru diketahui, Sendai yang indah dan aman itu menerima penangan paling teruk akibat gempa dan tsunami. Tokyo yang terletak dua jam perjalanan kereta api dari situ turut terkena serangan gempa.
Saya tidak ingat berapa minit gegaran berlaku, tapi memang cukup lama dan cukup kuat sampai berdengung telinga. Semua macam orang mabuk, tidak boleh berdiri dan berjalan dengan betul. Saya melihat ramai orang lari keluar dari bangunan dan berkumpul di tempat lapang serta di tengah-tengah jalan raya.
Tingkap bangunan pecah berderai dengan bermacam-macam bunyi siren kedengaran. Banyak bangunan rosak, ada yang terbakar tetapi tidak kelihatan pula yang runtuh.
Pada mulanya terasa apalah malang nasib ini kerana mengalami saat cemas bencana sambil di kelilingi orang-orang yang kita tidak kenal sama sekali. Kalau nak mati pun, biarlah dapat melihat muka orang yang saya kenal.
Tapi kemudian perasaan itu hilang apabila kami mula bantu membantu satu sama lain. Melihatkan saya bukan orang Jepun, ada yang datang bertanya, saya OK atau tidak. Saya bersama beberapa orang lain, turut membantu mencarikan anak seorang wanita yang hilang, serta membawa turun seorang OKU dari tingkat tiga sebuah bangunan pada waktu gegaran susulan melanda.
Saya juga melihat seorang peruncit menolak troli dengan berpuluh-puluh botol air mineral dan snek untuk di agihkan kepada orang ramai dan sekumpulan kanak-kanak pra sekolah yang berkumpul di depan kedainya. Sebuah kedai elektrik yang di tinggalkan tergesa-gesa dalam keadaan terbuka juga tidak menjadi sasaran pencuri. Saya tabik orang Jepun, mereka tetap ada harga diri walaupun dalam situasi bencana."
Petikan E-mel dari seorang pelajar Malaysia kepada Saudara Zuhairi Ali yang di hantar beberapa jam selepas bencana Gempa dan tsunami. Sebelum menutup e-melnya pelajar tersebut menyatakan keinginannya untuk menumpang bilik sewa rakannya di Sendai. Dia sudah terperangkap. Semua sistem pengankutan darat dan udara sudah lumpuh. Sdra Zuhairi cuba mendapatkan cerita lanjut tetapi e-mel tidak berbalas. Moga dia selamat dan sama seperti warga kota Sendai yang lain moga dapat menggunakan pengalaman menghadapi bencana ini untuk bangkit menjadi lebih kuat.
(Cas Bateri:KOSMO)
*******
Membaca kisah di atas teringat Ate akan orang-orang Malaysia yang majoritinya MELAYU ISLAM dan dua Peristiwa yang terjadi baru-baru ini:-Pesta Duit Syiling Di Lebuhraya
-Kutip Beras dari Lori Terbalik
Agak-agaknya bagaimana lah rupanya sikap orang Malaysia kalau negara kita di timpa bencana ya? Minta di jauhkan, tapi kuasa Allah siapa yang tahu. Ada rasa ngeri dan ngilu bila mengingatkan sikap rakyat Malaysia. Moga nilai kemanusiaan dan ehsan masih ada....
(Waktu untuk` bekerja' dan tiada masa tuk berpangku tangan lagi).
insaff kanns.. uhuhu, salamm singgah jer
ReplyDeleteYa, japanese memang berdisiplin dan berakhlak tinggi..malu kita di sini yg kononnya Islam, tapi gaya hidup mengalahkan or kafir
ReplyDeletejika tiba kemusnahan yg ditimpakan oleh ALLAH swt, kita sebagai manusia tak mampu nak melawannya walau sudah menyediakan mcm persiapan....
ReplyDeleteSubhanallah..... baru sedikit dari kemusnahan hari kiamat nanti...
Sangat menginsafkan...
Mekasih en_me,dokter dan akak..Sorry, line 'tenet' kita asik hang...susah nak reply comment.
ReplyDeletekagum dgn semangat orang jepun...
ReplyDelete