Cerita ini buat anak-anak tapi tiada salahnya orang dewasa mengambil pelajaran. Ibrah boleh dikutip di mana-mana bagi sesiapa juga yang mencari hikmah dalam kehidupan.
Di pagi yang cerah, di antara rendangnya pepohonan, kelihatan seekor burung helang sedang bermalas-malasan berehat di dahan sebatang pokok. Selama beberapa hari burung helang berulang kali hinggap di dahan pokok yang sama kerana tertarik memerhatikan kegiatan sekumpulan lebah yang sibuk bekerja bersama-sama membuat sarang yang berjuntai di dahan sebatang pokok.
Kelihatan seekor lebah terbang hinggap di antara bunga-bunga hutan yang mekar, menghisap madu, dan terbang lagi ke dahan memberikan madu ke sarangnya dan begitu seterusnya. Burung helang dengan tidak sabar menegur lebah tersebut yang terbang berhampirannya, “Hai lebah kecil, kamu sibuk terbang dari bunga ke sarangmu berulang-ulang kali. Apa yang sedang kamu buat?”
Lebah pun menjawab: “Aku dan kawan-kawan sedang membuat sarang.”
“Untuk apa kamu semua membuat sarang sebesar itu? Umur lebah kan sangat pendek. Sudahlah…, tidak perlu susah-susah bekerja! Santai-santai saja dan nikmati kehidupan kamu yang singkat itu.”Demikian burung helang menasihati si lebah.
“Umurku memang tidak sepanjang umurmu, burung helang. Tapi justeru kerana pendeknya waktu yang aku ada, aku tidak boleh mensia-siakan nya. Aku harus bekerja kuat dan lebih rajin agar sarang kami dapat disiapkan sesingkat umur kami,” jawab lebah.
“Untuk apa sarang kamu harus disiapkan cepat-cepat kalau kamu memang akan mati dengan segera? Buat penat sahaja, tapi kamu tidak dapat menikmati sarang yang telah dibuat dengan susah payah.”
“Hahaha, tuan helang yang gagah dan berumur panjang, kasihan sekali cara kamu berfikir. Kerana umur kami yang singkat inilah maka, harus kami hargai dengan sungguh-sungguh. Kami memang makhluk kecil dan berumur pendek tetapi kami bangga dan bahagia kerana dapat memberi manfaat kepada makhluk lain iaitu dengan memberikan semua hasil kerja keras yang telah dilakukan seumur hidup kami. Itulah erti kewujudan kami di dunia ini,” jawab sang lebah kecil sambil terbang berlalu.
Mendengar ucapan lebah kecil itu, burung helang terdiam. Ia tidak mampu berkata-kata lagi dan bersombong diri. Ternyata di balik penampilan makhluk yang kecil dan berumur pendek, kehidupan mereka pun memiliki erti tersendiri.
Pencari Hikmah:Kisah Binatang
*********
Di 'blog junior' Ate catatkan pelajaran. Di sini yang membacanya orang dewasa lagi cerdik pandai. Fikir-fikirlah...
"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain."
"BE LIKE THE BEE"
apakah keropnya blog junior itu?
ReplyDelete"Kami memang makhluk kecil dan berumur pendek tetapi kami bangga dan bahagia kerana dapat memberi manfaat kepada makhluk lain"
ReplyDeleteterima kasih kak Ann untuk kisah ini..
terima kasih bee..
:)
sebab itulah lebah menjadi antara haiwan yang diberi keutamaan oleh Allah agar manusia mengambil pelajaran dengan diwujudkan surah Lebah (An-Nahl)...
ReplyDelete@KOG: Nanti kita call @ sms adek eh.(serious).
ReplyDelete@Norh:Akak pun suka kata2 tu ;). Sama2.
@GB: Benar bagai dikata.