Pages

Search This Blog

Tuesday, March 29, 2011

'DIA' YANG SERING HILANG DARI DIRI INI

Ate selalu hilang 'dia'. Sebaliknya Kak Non (seorang sahabat Ate), selalu menemui 'dia' dalam apa jua situasi. Bila Ate hilang 'dia', dada Ate akan berombak, nafas jadi cepat dan tidak teratur. Bila berada dalam keadaan begitu, dalam tenang dan senyumnya Kak Non selalu berusaha mengembalikan 'dia' kepada Ate. 
"Sabar, Ann. Senyum, senyum."
"Dah hilang dah sabar saya, kak. 2 jam kita menunggu, dia buat bodoo aja. Sabar tu ada batasnya, kak"   
"Jom kita cari." 
"Cari apa kak?"
"Laa.. tadi kata dah hilang Cik Sabar, jom lah kita cari." Senyum pun terukir.
Melihat Ate telah menemui semula 'Cik Sabar', Kak Non meneruskan kata-katanya. 
"Sabar tu sepatutnya tiada batasan, dik. Sabar hanya ada dua aja. Sabar atau tak sabar. Jika sabar tu ada batas tertentu, itu bukanlah sabar namanya." 
Dan Ate pun berfikir dan terus berfikir....

Benarkah sabar itu seharusnya tiada batasan?
Menumpang di bumi Allah, berkongsi hidup dengan manusia yang berbagai ragam, pastilah mengalami berbagai ujian yang menguji kesabaran. Dari yang sebesar-besar dan seberat-berat perkara, seperti kehilangan seseorang yang kita cintai, sehinggalah sekecil-kecilnya seperti mengakses internet di berukband broadband yang slow giler bagai kura-kura, bahkan beratur menunggu giliran di public toilet pun, semua itu memerlukan kesabaran tanpa batas.
Kesabaran seharusnya tiada batasan, karena ujian kesabaran pasti ada dalam tiap langkah kaki kita. Sabar di perlukan agar kita boleh berdiri teguh di tengah hempasan ombak kehidupan, menjadikan kita seorang pemenang dalam pertarungan, melawan ego dan nafsu diri sendiri dalam menjadikan kita seorang hamba yang bersyukur. 

Sabar itu bukan sekadar mengurutkan dada sambil mengucap Astaghfirullahal Azim. Sabar juga bukan bererti menerima segala sesuatu dengan pasrah tanpa berusaha terlebih dahulu. Sabar itu adalah kalimat aktif dan dinamis bukan pasif. Sabar, bererti mengerahkan segenap kemampuan dan menyerahkan hasilnya kepada ALLAH SWT. Sabar itu mampu menahan diri untuk tidak cepat marah dalam menghadapi sesuatu. Boleh menahan diri sehingga tidak terbawa oleh emosi. Sabar itu berarti menyatukan badan dan fikiran dalam satu waktu. Sabar, bererti menyelaraskan frekuensi diri kita dengan orang lain dan alam semesta. Sabar itu bererti hidup pada saat ini, bukan esok dan kemarin.” (Arvan PradiansyahThe 7 Laws of Happiness)

Sabar merupakan kata yang berulang kali disampaikan oleh Allah SWT di dalam Al Quran dan ini menegaskan betapa pentingnya kesabaran tanpa batas bagi manusia.
Berkata memang mudah, melaksanakannya yang payah. Ate yang selalu kehilangan sabar menemui tips untuk bersabar.
Ada lima hal yang harus  dilakukan agar kita memiliki kesabaran tanpa batas:
1.    Ikhlaskan niat hanya karena ALLAH
2.    Banyak tilawah Al-Qur’an
3.    Perbanyakkan puasa sunnah
4.    Mengingat-ingat tujuan hidup. Dan kita perlu tahu bahwa tujuan hidup kita adalah menggapai syurga.
5.    Banyak baca buku yang berkisah tentang orang-orang yang sabar

Moga kesabaran tanpa batas seperti yang dicontohkan oleh Nabi Ayub, akan kita temui dalam diri kita. Sesungguhnya sabar tanpa batas, berujung di pintu syurga. 

10 comments:

  1. Ann...
    ALHAMDULILLAH...
    sesuatu yg sangat baik untuk akak renungi dan mehasabah diri...
    kdg2 akak rasa akak dah tau..tp sebabkan kealpaan akak sendiri.. bila Ann tulis mengenai SABAR dientry ini... terasa amat berguna utk panduan akak sendiri... terima kaseh Ann ...

    ReplyDelete
  2. nice entry, Ann.
    Dunia ni hanyalah pentas ujian shj buat kita so bykkan bsabar. yg baik n yg t.baik smuanya dtg drNya.
    Saya pun msia lmah, t.sabar juga :(
    thanx sharing d tips ;D

    ReplyDelete
  3. Ann, sabar tu penting dalam kehidupan kita.Kalau tak sabar macam-,macam perkara buruk boleh berlaku dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  4. @Ibu n abah: Entry tu sbg peringatan buat diri saya yg selalu hilang sabar. Kita ni kan kak, mmg pelupa. Bkn tak tau tp nak kena ingatkan slalu. Sbb tu dlm AQ, ayat-ayat Allah tentang peringatan di sebut berulang ulang kali.

    ReplyDelete
  5. @ So Shy:Betul tu. Kita manusia yg lemah sering melakukan kesilapan. Yg penting kita sedar dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  6. @Cik Ina: Itu yg jadi kes bunuh kerana cemburu, dera dan road bully. Bila hilang sabar akal fikiran jadi tak waras. Ngerikan.

    ReplyDelete
  7. sy nak kena bersabar lagi banyak ni...

    ReplyDelete
  8. Akak pun acap kehilangan dia ni..Tapi bila kewarasan datang bertamu, kembali lah dia semula.

    ReplyDelete
  9. @norh:Jgn slalu hilang 'dia' nanti tak awet muda ;).

    ReplyDelete
  10. @hani@debumelukut: Alhamdulillah kewarasan sudi nak bertamu.
    Tapi akak slalu nampak cool aja. Tak mcm saya..:(

    ReplyDelete