Pages

Search This Blog

Tuesday, March 15, 2011

STRESS ADALAH KEHIDUPAN


Stress! Stress dengan jalan jem, stress dengan kerja, stress dengan boss, stress tak ada duit, stress tak ada kerja, stress tak menikah lagi (usia dah melampaui dead line), stress suami jatuh cinta kat pompuan lain di fesbok, stress anak-anak buat perangai, stress dengan kerenah masyarakat, stress umah berserak, stress dengan itu, stress dengan ini. Berbagai ragam stress dalam hidup... STRESS ADALAH KEHIDUPAN, kerana itu, orang yang tidak beriman suka-suka hati aja, membunuh hidup diri sebagai jalan menamatkan stress (Dia tak tau kat dalam kubur lagi stress. Mana tak nya, mati bunuh diri.. gerenti lah kena belit ngan ular dan dipukul dipalu oleh malaikat). 


Setiap orang punya 'stress tersendiri'. Maka belajarlah menanggani stress yang sesuai dengan diri kita sendiri, lakukanlah apa yang kita suka dan boleh mendatangkan kegembiraan asal jangan melakukan hal yang Allah murka. 



Kenal pasti apa yang boleh buat kita 'release tension dan stress'. Menyanyi kat bilik air, menjerit sekuat suara kat atas bukit atau kat laut (macam citer2 korea), nak berlari keliling meja opis, nak makan ice cream Haagen Dazs satu balang, nak makan banyakkkk banyak atau pergi berurut kat orang buta..tak pun nak berendam kat kolam umah Ate dalam tempayan atau aquarium..suka hati lah. Buatlah, asal tak memudaratkan diri sendiri atau orang lain.


Nikmati Hidup. Jangan pening-peningkan kepala. Tarik nafas, regangkan kedua-dua tangan ke hadapan dan teriak lah sekuat hati...SUPERMAN. Cubalah berlapang dada... Alihkan stress kita, jangan terlalu difikirkan. Contohnya kalo stress kena marah ngan boss, pandang aja muka dia, sambil membayangkan benda2 yang lucu, spt muka dia ada tahi lalat sebesar Phua Chu Kang atau waktu dia bersemangat teriak sana teriak sini gigi pelesu dia tercabut ke.. Eppi-eppi.

Be positive dan optimis.  Miliki prinsip Happy is my choice.  


Bersyukur selalu. Hitung berapa banyak nikmat yang telah kita dapat, bandingkan dengan jutaan manusia yang tidak bernasib sebaik kita.  


Setiap malam sebelum tidur bersihkan hati dan maafkanlah siapa juga yang menyakiti hati atau membuatkan kita stress. Ketenangan dan kebahagiaan adalah milik orang yang ikhlas dan bersyukur.


Apa pun yang paling utama dalam menghadapi masalah atau stress perbanyakkanlah membaca Al Quran kerana ia adalah penawar dan rahmat bagi kita. "Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman .." (Al Israa': 82)

Berkeluh kesah dan mengadulah kepada Allah swt  dengan perbanyakkan berdoa, berzikir dan solat malam (Qiamulail). Allah SWT berfirman "..ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenang" (QS. Ar-Ra’d [13]: 28) 
*******
Buat seorang sahabat Ate yang selalu stress pergi kerja, kerana menengok slides yang melambak-lambak dari pagi ke malam, alihkan stress ukhti dengan belajar-belajarlah 'enjoy' dengan 'kerja-kerja utama' kita.  Kalau urat tengkok tegang datanglah umah, akak dah jumpa buku 'MASSAGE FOR STRESS RELIEF'. 


10 comments:

  1. Kita jarang Stress,dalam setahun 2, 3 kali jer stress dan kalau kita stress kita akan masak...MaknanYa?
    Uwwwwwwwww kita sangat jarang masak...he he he

    ReplyDelete
  2. stress, stress juga, tapi bila baca kartun2 kat entri ni terus hilang stress sebab kelakar. hahahaha!!

    ReplyDelete
  3. @Geraugebang: Bila stress jer awak masak supaya awak boleh makan banyak, tol kan? Tapi kalau tengok post awk semenjak dua menjak ni mmg jarang yg awk masak, asik citer eksersize ngan makan kat luar jer. Bocor pocket bang badang awk nanti.

    ReplyDelete
  4. @GB: Akak pun suka kartun tu especially yg no 2 (seghupa akak bila naik angin)

    ReplyDelete
  5. Ya..Islam dah lama ajar cara menangani stress...tapi kita yg lalai..cari pelbagai cara kononnya nak hilangkan stress..karaoke lah..menjerit lah...baling pinggan lah

    ReplyDelete
  6. Ann...
    akak pernah stress sangat2..
    menangis-nangis... rasa pilu sangat...
    lepas tu.. esoknya dah lupa...
    Aiyooo.... penat jer menangis2 semalamnya....
    citernya/pengajarannya...
    stress tu hanya sifat sementara....

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..

    ehhehe..pk positif kak..kalo nak kate stress..memang xbleh lari..

    ape2 pon kite kene ceriakan ati kite..jom kak kite ketawa..heheheh

    ReplyDelete
  8. @Ibu n Abah: Tul tu kak. Stress hanya sifat sementara.

    ReplyDelete
  9. @Daddy Ziyyad: Part baling2 pinggan tu slalu org pompuan kat cerekarama.

    ReplyDelete
  10. @Cik Ceria: Sebab tu akak suka cik ceria, ari2 ceria (tapi akak stress tgk post cik ceria 'ajak-ajak ayam'...Ayam penyet) Hehehe.

    ReplyDelete