Pages

Search This Blog

Wednesday, March 23, 2011

NOT AS EASY AS EATING ES TELER

"Muntahlah kak, kuarkan semua lomak-lomak kat perut tu." 
Ciss.. kejam sungguh bunyi sms bakal adik ipar Ate, bila Ate ngadu rasa macam nak muntah mengadap PC lama sangat. Ini semua pasal kes menyahut cabaran My Ustajah sister buat blog khusus untuk anak-anak 'adik-adik' dari usia 6 hingga 12 tahun. Semalam, dari pagi sampai malam Ate tak makan pasal diet. Pukul 10pm sampai umah, rasa macam nak muntah. 1.30 pagi sambung lagi sampai ke Subuh. Ck,ck,ck... sampai begitu dasat syekali nak buat blog? Huhuhu. Orang 'terlebih pandai' memang cam tu. Perlu lebih banyak masa nak bertaaruf dengan segala benda alah yang berkaitan dengan technical dan IT. 

Ate baru diperkenalkan dengan 'dunia blog' February lalu (belum pun 2 bulan). Pas ikut bengkel penulisan kreatif, rasa rugi lak tak hasilkan apa-apa. Nak menulis cerpen atau novel rasanya belum mampu lagi. Jadi, kawan Ate yang sama-sama ikut bengkel tu cadangkan buat blog. Tapi Ate ni nol @ zero tentang blog. Tak tau apa-apa, tapi bila dah mula, Alhamdulillah. Banyak yang Ate dapat belajar dan paling penting sekali, sejak berblog ini Ate menjadi lebih peka dengan perkara sekeliling kerana kalau tak sensitive tak de lah bahan yang nak di post.

Berbalik pada buat blog untuk kanak-kanak, Ate ingatkan, alaa.. ez jer macam makan ES TELER, tak sangka, rupa-rupanya susah tahap STPM (err..mcm tak der kaitan jer). Kena banyak perah otak dan berfikir bagaimana cara budak-budak berfikir. Selalu kita orang dewasa, suka paksa budak fikir apa yang kita fikir. Sampai akhirnya kita tak terfikir apa yang dalam fikiran dia orang. Akhirnya message tak sampai, kita geram, anak-anak stress.


Harus fikir apa yang boleh menarik perhatian mereka. 
Apa yang boleh memberikan pengetahuan dan mendidik mereka tanpa terlalu 'menggurui'
Santai tapi ada ibrah
Ceria dan colourful. 
Penggunaan bahasa harus bahasa baku standard, tak leh bahasa Indonesia pasar, sms atau slanga, tapi kalau terlalu mengikut bahasa buku, nanti boring plak, serba salah di buatnya. (Kucingorengemuk cakap Ate banyak guna bahasa Indonesia. Nak wat cam ne, Ate memang banyak membaca buku Indonesia dan slalu berkomunikasi dengan anak-anak buah dan teman-teman dari Indonesia. Dengar nasyid dan lagu-lagu pun dari Indonesia macam Cik Norh yg layan lagu Letto).  
Harus hati-hati dalam memilih cerita. Tak boleh ada unsur-unsur keganasan atau yang mencalarkan aqidah. 

Tah berapa kali Ate buat n3, tak jadi-jadi. Tengah-tengah buat rasa macam tak best lah, tak sesuailah, itu lah ini lah. Akhirnya Ate telpon anak kawan yang belajar kat SMAKL, mintak dia and the gang buat apa-apa yang sesuai, pas tu email kat Ate (tapi tah bila lah dia orang nak buat, tak tau le). Kalau harap Ate sorang pastinya berbulan blog tu bersawang.

Kalau ada teman-teman blogger di sini yang sudi memberi apa-apa cadangan atau nak menyumbang uang 'bahan' sangat di alu-alukan. (Ni Ate tengah berfikir nak melamar KOG buat n3 tentang resepi makanan yang sesuai untuk bebudak tu try sendiri).  

Sorry entri kali ni dan tajuk di atas merapu...kepala dah cenoneng, tak leh nak fikir dah.

8 comments:

  1. 1)oh dah lama takde orang melamar saya, last sekali 10 tahun dulu... lamar la! lamar la!

    2)budak kudik berbaju melayu memandang ke sebelah dan berkata, amende la dia ni pakai tudung ada puncak atas kepala ;)

    ReplyDelete
  2. eh, nama kite pun ada.. :))
    nanti kita layan lagu 'ketika cinta bertasbih' pulak eh.. :)

    ReplyDelete
  3. @KOG:
    1) Nak pakai tepak sirih ke sirih junjung?
    2) Hahaha. Dia tahulah tu namanya tudung tuan puteri.

    ReplyDelete
  4. @Norh: Nama glamour tu, ala ala Noh Ujan ;)

    ReplyDelete
  5. tulis je pape pun, nanti boleh improve dari situ. kadang2 yang merapu tu mahal harganya. hihi~

    ReplyDelete
  6. Ann...
    betul kata gadisBunga.. tulis jer apa-apa... lama-lama jadi terrer..........
    alah bisa.. tegal biasa...

    ReplyDelete
  7. @GB: Ohh pas ni kena slalu merapulah. Merapu bersama hikmah..;)

    ReplyDelete
  8. @Ibu n Abah: Ok kak. Nanti dah terrer kita bukak 'cawangan'.

    ReplyDelete