Pages

Search This Blog

Thursday, June 2, 2011

SENTUHAN PERTAMA SETELAH DI IJAB QABUL

Title macam ala-ala Romantis..tapi entry ini bukanlah entry yang Romantik bin Jiwang atau apa-apa juga yang sewaktu dengannya. Sebaliknya Entry ini hanyalah suatu entry 'lugu', tercetus dari soalan-soalan anak saudara Ate yang telah pun 'cukup umur', tapi excited dan curious nak tau bagaimana perasaan Acu, bapa saudara bongsu mereka sebaik sahaja selesai upacara akad nikah pada hari Sabtu 28 Mei lalu. 
Anak-anak saudara Ate memang sangat rapat dengan Acu mereka. Khususnya 5 orang yang sedang belajar di seberang. Tengahari sebelum akad nikah tu, Mamad salah seorang dari mereka menghantar sms ini, "Allahummaa yassir wa laa tu'assir (Ya Allah mudahkan urusan ini dan janganlah dipersulit) Semoga Acu lancar masa lafaz terima akad nikah, hehehe. Semoga Mamad pun nanti lancar...opps." Adik beradik Ate semua ketawa sambil bergurau "Ahh..anak bujang kita dah teringin dah...pas Acu ni, giliran anak-anak pulak." 
3 lagi anak saudara ucap tahniah di fesbuk (fb) "Congrats to our Poyo Uncle, Acu Abang Jambu.. Happy for you!"  Yang paling 'best' anak saudara sorang ni yang bertanya via YM (chatting), "Macamana perasaan Acu masa kali pertama menyentuh tangan Mak Su? Deg degan (berdebar) tak? Saat sentuhan pertama...ada rasa macam kejutan letrik...zusss gitu? Bila dia cium tangan Acu? Acu ada cium dahi dia tak macam yang selalu orang buat? Best tak dapat isteri?" Ehhh..punyalah banyak soalan. Belum sempat Acu nya menjawab tetiba si penanya berkata "Alaaa gatallah Acu ni." Maka pecahlah tawa kami sekeluarga kerana dia yang bertanya macam-macam, tetiba dia bilang Acu nya yang gatal (nak cover line lah tu). Begitulah soalan anak kami yang hampir berusia 12 21 tahun. Ya, soalan itu di tanya oleh seorang anak yang berusia menjangkau 21 tahun, ok, bukannya 12 tahun. 
Soalan ala ala gatal begitu lahir kerana setakat ini di dalam keluarga kami, pernikahan terjadi berdasarkan 'Prinsip Pacaran setelah Menikah' kerana itu, proses taaruf (perkenalan), pertunangan dan pernikahan biasanya mengambil masa tidak lebih dari 6 bulan. Jadi anak-anak kami sejak dari remaja telah terbiasa di ingatkan, kalau belum bersedia menikah jangan berani nak bercintan-cintan (berpacaran). Setakat ini Alhamdulillah, mereka masih 'bertahan' dengan prinsip tu. Pada masa mendatang wallahu a'lam, tapi mudah-mudahan Allah sentiasa memelihara 'hati dan diri' mereka. 
Pengantin bersama Mak Long kami yang berusia hampir 90 tahun (sila abaikan budak baju merah itu)
Mengenang kembali kisah pengantin baru bagi orang yang Pacaran Setelah Menikah ini memang lucu. Contohnya seperti cerita Kak A. "Pas nikah, satu minggu akak tak buka tudung dalam rumah. Berkelubung aja. Nak panggil abang pun tak terkeluar suara. Takut, malu...eiii tak tau nak kata." 
Nana juga bercerita, "5 hari kat kampung, saya tak pernah salin baju kat bilik pengantin. Keluar bilik air, dah sempurna pakai baju." 
Kata Vitti,  "Sukar nak gambarkan bagaimana perasaan saya saat pertama kali di sentuh oleh seorang 'lelaki asing'. Sentuhan itu adalah ketika saya bersalam dengannya setelah akad nikah. Menggigil dan sejuk kaki tangan saya. Bila sedara mara bising-bising suruh cium tangan suami, rasa kebas hidung, macam tak leh bernapas. 3 ke 4 hari pas tu, saya sentuh suami masa salam dia pas solat jemaah jer. Nak kejutkan dia bangun pagi pun saya pakai jari telunjuk, cucuk-cucuk tangan dia. "
Jijin pula bercerita, "Ingat-ingat balik..lucu bebenor rasanya. Sampai sekarang suami saya suka usik. Betapa terrer nya saya saat menukar tudung atau telekung. Macam magic, tub tub..ehh..dah berganti tudung dan tak pernah terlihat rambut saya. Malam, dah tutup lampu baru buka tudung. Selepas 3 hari, saya dapat sms dari kakak ipar mengingatkan... 'suami awak halal melihat rambut awak'. Pas tu malu-malu saya bukak tudung, merah padam muka. Hahaha."
Dah halal..pelukan mesra menjadi pahala (Photo ihsan pengantin lama)
Begitulah antara kisah lugu lagi lucu namun menjadi kenangan yang sangat indah bagi pasangan yang bercinta setelah menikah.  Bak kata Salim A Fillah dalam bukunya NIKMATNYA PACARAN SETELAH MENIKAH, Belajar dari ahli puasa, ada dua kebahagiaan baginya. Saat berbuka dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala. Inilah puasa panjang syahwatku. Kekuatannya ada pada menahan dan rasa nikmat itu terasa, di waktu berbuka yang penuh kejutan. Cuba saja, Kalau Allah yang menghalalkan. Setitis cicipan syurga, kan menjadi sodaqah berpahala. 


Ya, sesungguhnya kita tidak dilarang untuk  berpacaran. Tetapi kita dituntut untuk sabar dan melakukan pacaran itu sebagaimana yang di tuntut oleh islam iaitu Pacaran dalam Balutan Ikatan Suci Tali Pernikahan barulah kan terasa betapa indahnya Sentuhan Pertama Setelah di Ijab Qabul kan.

Wallahu a'lam.

23 comments:

  1. Ate...
    entry yang sungguh menarik n mencuit hati ^^
    macam2 ragam org yg bercinta lps kawin
    itu bagi mereka yang telah 'disapa'
    bagi yang belum 'disapa' a.k.a. kelab bujang bergaya...

    "I tell the boys and girls: Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time."

    SHEIKH MAMDOUH

    n tq tlg uplodkan gmbr lady sarry
    hilang kempunan nak tgk gambar kawen beliau ^^V
    minta kongsi ngan akhawat lain ye...

    ReplyDelete
  2. lalallallala... (dalam hati kah kah kah)

    ReplyDelete
  3. best nya nikah~~~~

    *macam la saya ni bujang~~haha~~

    ReplyDelete
  4. Ate,

    Hati cik ina tercuit baca entry ni. cam riang ria di hari raya je. Salin baju dalam bilik air tu cam cik ina je.sampai sekarang tau cik ina wat cam tu.

    ReplyDelete
  5. saya suka entri ni. patutnya ni entri happy tapi kenapa saya nangis masa membacanya?

    sayang ate. :)

    ReplyDelete
  6. tersenyum sendiri baca entry nih =)

    ReplyDelete
  7. konsep Pacaran Selepas Menikah tu makin sukar ditemui di akhir zaman ini..

    ReplyDelete
  8. @Puding Karamel: Doktor Puding nak jadi pengerusi kelab bujang bergaya ke?? Hehehe.

    Suka sgt2 kat petikan kata2 Sheikh Mamdouh tu. Sooooo correct.

    Gambo2 tu Ate dah minta Lady Sarry upload. Dia sdg busy training jadi adik ipar Mietali (baca betol2, bukan mithali yaaa ;))

    ReplyDelete
  9. @KOG:Lalallala..(dlm hati kahkahkah - Ate gumbira bukan kepalang krn tak kena saman published photo terlarang) Hep,hep..!

    ReplyDelete
  10. @bujal: Nikah mmg best tp cukup skali aja tau.. berbahagia dengan satu isteri.

    ReplyDelete
  11. @Cik Ina: Mesti Cik Ina teringat2 zaman dolu2 kan?? Tapi biar betol sampai sekarang masih salin baju dalam bilik air Cik Ina?? Tabik spring!

    ReplyDelete
  12. @GB: N3 ni mmg tuk eppi eppi tp bila awak nangis Ate pun terasa nak nangis gak..Kdg Ate rasa sedih bila tak dapat berbuat apa-apa utk 'yg belum disapa'(pinjam istilah Puding Karamel)tapi telah bersedia. Hanya doa yg dapat Ate panjatkan "Mg GB terus tabah dan sabar sehingga dipertemukan lelaki yg soleh lagi penyayang sebagai pendamping hidup."

    ReplyDelete
  13. @Cinta Cukulet: Tersenyum sendiri penuh bermakna??

    ReplyDelete
  14. @Daddy Ziyyad: Yup sukar tapi masih ada yg mengamalkannya.

    Bagi lelaki, tak susah. Jumpa yg berkenan..solat istikharah, kalo positif, masuk aja meminang. Pas menikah bercinta sakan aja lah. Tapi bagi wanita mungkin susah sikit kecuali ada yg berani spt Bunda Khadijah binti Khuwailid ;).

    ReplyDelete
  15. salam..sy dtg dr blog gadis bunga..tertarik juga nk baca entri yg buat GB menangis..

    ReplyDelete
  16. saya sama-sama merasa debarannya biala ate bercerita! syahdu! ^_^

    ReplyDelete
  17. Nape blurrr plak gambo pengantin lama tu????

    selamat pengantin lama yang baru.

    ReplyDelete
  18. @Rina Avail: Salam juga buat Rina. Terima kasih sudi menyinggah. Nanti Ate buat kunjung balas ke umah awak juga ya.

    ReplyDelete
  19. @GP:Insyallah sampai masa GP rasa juga debaran yg lebih hebat lagi..;)

    ReplyDelete
  20. @Ahmad Humairi: Sengaja di blurr kan Cikgu pasal tu blogger faymes yg misteri. Takut nanti saya kena saman.

    ReplyDelete