Pages

Search This Blog

Monday, June 20, 2011

MANFAATKAN HARI KITA DENGAN...SAYA! SAYA! SAYA!

Di hari Sabtu yang lalu Ate berangkat dengan keluarga ke Johor Bahru (JB). Niat hati nak melawat Mak Ngah, ibu saudara Ate yang sudah semakin uzur. Sampai JB tengah malam.

Ahad pagi, Kak Kartini (sepupu) hidang nasi lemak ikan goreng, Mee Hoon Goreng Biji Sawi, Mee Hoon Kicap Bebudak Style Kak Kar, Karipap Sardin, Kopi O kaw dan Teh O Sedap. Maaf, gambo lupa nak ambil pasal excited tengok makanan yang terhidang especially nasi lemak Johor yang sambalnya mengancam ketenteraman saraf otak sehingga sempat hilang kewarasan sebentar. Sadar-sadar...ehh..Nasi Lemak 2 1/2 Bungkus, Bee Hoon 2 Piring, Karipap Sardin 3 keping, Kopi O Kaw 4 cawan, Teh O sedap 2 cawan telah selamat bergaul dalam perut Ate. Burpp..Alhamdulillah makanan enak, perut senak.
Tengahari: Ziarah Rumah Mak Ngah yang hanya terbaring dan kelihatan sanggat uzur. Bila salam sorang demi sorang perkenalkan diri..Ternyata dia masih boleh kenal, cuma sebutan dia kurang jelas. 
"Mak Ngah..Ni Nanip (adik lelaki Ate)" Tetiba Mak Ngah bertanya, "Mona mana Mona?" Kami meneka dia nak menyebut nama adik lelaki bongsu kami Nuor. Tapi yang keluar dari mulutnya adalah Mona (geli hati pun ada). Tapi yang mengharu birukan hati kami bila dia sebut "Lin? Fami?" Berulang kali. Lin adalah sepupu kami yang sempat tinggal beberapa bulan di rumahnya ketika bekerja di JB manakala Fami adalah abah kepada Lin iaitu adik ipar Mak Ngah. Sayu mendengar dia mencari-cari orang yang dekat di hati nya. Alhamdulillah petang itu dalam perjalanan pulang tetiba Ate dapat sms dari Lin mengatakan dia nak pergi jumpa Mak Ngah. Macam dia tahu-tahu sahaja Mak Ngah ingat dan rindu dia.
Terima kasih Mak Long.
Di usia menjangkau 90 tahun dalam keadaan tangan yang terketar-ketar masih bersusah payah memasak Asam Pedas, sebagai tanda cinta Mak Long kepada kami, anak-anak saudaranya.
Jam 3 petang Ahad: Kami makan nasi berlaukkan Kuah Asam Pedas Mak Long. Paginya dah makan terlalu banyak Ate mengingatkan diri sendiri "Tak leh jadi ni, hancur berderai diet Ate, kena kurangkan makan." Maka sesenduk nasi sahaja di ambil. Mmmm..Asam Pedas Mak Long memang tiada tandingan. Nasi di pinggan telah habis. Ahhh..Lazat sungguh Asam Pedas Mak Long...Alhamdulillah nikmat tak terkata tambah pulak ada Bebotok Ikan Tenggiri yang di beli di Restoren Ulam Raja Bandar Baru Uda. Huhhh..memang terangkat. Bila di tanya berapa banyak Ate makan di rumah Mak Long? Dengan bangganya Ate menjawab sesenduk sahaja. Dah habis, ditambah sesenduk. Habis. Tambah sesenduk lagi. Ya Ate hanya makan SESENDUK nasi + sesenduk + sesenduk. Nak buat cam mana, semua itu tindakan luar sadar.
Sebelum kena asthma Ate telah telan 4 benda ini.
On the way pulang ke Kay El, Ate kena 'semput' dada rasa sempit dan setiap kali tarik nafas ia mula ber whistle "ikkkk, ikkkk, ikkkk.. berdondang sayang. "Ate allergic apa ni? Suara macam org kena attack." Telinga Bijan adik ipar Ate cepat menangkap. Siapa ada Asthalin? Ate perlu inhaler. (Sebelum di 'attack' Ate sempat makan 4 biji telur pindang...allergic telur?? Tak mungkin).
Tak sampai 24 jam, 30 butir telur Pindang hanya tinggal 14 biji.
Agenda Utama balik JB untuk menziarahi orang sakit tapi aktiviti makan-makan lebih hebat dari agenda utama. Apa nak jadi ni?? Insaf-insaflah Ate. Contohilah Abu Bakr yang sentiasa berlumba-lumba mendahului para sahabat dalam berbuat amal kebaikan.  
Dalam Sahih Muslim daripada Abi Hurairah r.a. katanya:
“Baginda Rasulullah s.a.w. suatu hari pernah bertanya sahabatnya: ‘Siapakah di antara kamu yang berpuasa hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya lagi: ‘Siapakah di antara kamu mengiringi jenazah pada hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya lagi: ‘Siapakah di antara kamu yang bersedekah hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Rasulullah bertanya seterusnya: ‘Siapakah dalam kalangan kamu menziarahi orang sakit pada hari ini?’ Abu Bakar menjawab: ‘Saya wahai Rasulullah.’ Lantas Rasulullah bersabda: ‘Sesiapa yang terkumpul padanya sifat-sifat seperti yang disebutkan maka beliau akan memasuki syurga.’”
Di pagi Isnin bulan Rejab ini, jom kita warm up sebelum tibanya Marathon Ramadhan dalam melakukan amal kebaikan. Manfaatkan hari kita dengan SAYA, SAYA DAN SAYA dalam berlumba-lumba membuat amal kebaikan. Sesungguhnya setiap tarikan nafas kita adalah amanah untuk melanjutkan hidup yang penuh berkah. 

23 comments:

  1. wah!!! telur piandang...susah nk dpt telur cenggini zaman skrg..telor nie memang tahan lama kan

    ReplyDelete
  2. mana pulak beberapa bulan... satu tahun laaa

    virus bila nak buang?

    ReplyDelete
  3. Banyak juga Ate makan tu!

    Kakcik suka telur pindang - bak sini sebiji. :)

    ReplyDelete
  4. wah...kalo nak hitung jumlah porsi up until lunch dah menjangkau 7 1/2 pinggan ye?
    huebattt!
    tapi hati-hati, perut yang penuh ibu penyakit jugak -_-"
    bila la sy boleh dapat even half of the portion mentioned?huhu
    *craving 4 weight gain*

    ReplyDelete
  5. baru satu kali rasa telur pindang.kat sini mana ada dik..tgok gambar jer laaa

    ReplyDelete
  6. baca je pun dah terasa kenyangnya haha :p

    ReplyDelete
  7. cik ina terharu , betapa sayang dia pada anak saudara. kasih orang tua memang tulus.

    cik ina tak pernah lagi makan telur pindang. cam mana rasanya ate?

    ReplyDelete
  8. @Sahrom: Di Kuala Lumpur ada juga di jual di station Petronas tertentu tapi rasanya kadang 'kurang' skit.

    ReplyDelete
  9. @KOG: Ate dah buang dah virus. Time kasih pada KOG dan Dr Singa.

    ReplyDelete
  10. @Kak Cik: Mmg banyak KakCik sebab tu sampai semput.

    KakCik suka ke? Nanti bila adik Ate kenduri bulan 9, Ate nak pujuk Ibu suruh buat telur pindang, bole lah Kak Cik makan puas2 ;)

    ReplyDelete
  11. @Puding Karamel: Hahaha...keturunan kamu mmg semuanya perut kecik tak muatnya nk masuk 7 senduk nasi.

    Ya doktoi..saya faham. (Kamu ckp, sama jer mcm 'mokcik sa')

    ReplyDelete
  12. @Hani@Debu melukut: Org pantai timur pandai makan telur pindang ke kak? Slalu kawan2 kita yg dari pantai timur ckp telur pindang mcam 'telur busuk'.

    ReplyDelete
  13. @Cintacukelat: Baru baca ek. Blum mkn betol2. Mesti perut awk kecik jer...

    ReplyDelete
  14. @Cik Ina: Ate pun terharu melihat tangan dia terketar2 tapi beria-ia nak masak juga. Kami dah ckp tak payah masak, kat JB tu banyak jer restoren yg sedap2 tapi dia kata mana sama dg yg dia buat.

    Oh ya ke Cik Ina tak pernah rasa. Telur tak bole nak di pos. Kalau tidak bila2 balik Johor bole pos antar ke Kelang. Ibu Ate pandai juga buat tapi dia 'malas' psl susah nak cari daun2 spt senduduk, daun jambu batu dsbnya kat KL ni. Masa kenduri kakak2 Ate dulu telur pindang tu di rebus dekat seminggu. Pas tu masa kenduri adik, ibu dah malas. Leceh dia kata.

    ReplyDelete
  15. Ate...
    seronoknya masih punya nenek atau emak saudara yang meraikan kedatangan cucu/anak sedara mereka... walau jauh berjalan demi nak mengeratkan silaturrahim.. memang terasa berbaloi...
    dan yang paling berbaloi ialah.... masakan nenek/mak sedara kita... Air tangannya memang superb.....
    Salah satu Nikmat dari ALLAH snw jugak tu.....

    ReplyDelete
  16. Tak pernah cuba telur pindang tu.
    Memang femes di johor. kan ?


    Mak Ngah & Mak Long mesti suka bila tengok anak-saudara datang menjengok.

    Nasib baik Ate tak apa-apa.

    ReplyDelete
  17. itu asma sebab diet hancur berderai kot...hahah!

    *telur pindang itu faveret saya. jgn bagi saya nampak!

    ReplyDelete
  18. hehehe byknya ate mkn....boleh geng ssl! best kan org tua msk...nikmat smacam. esok kt puasa jom! ;D

    ReplyDelete
  19. @Ibu&Abah:Ya kak, terharu sungguh Ate. Tinggal dia satu2nya Mak Sedara (adik bradik abah) yg masih sihat dan bole masak. Yang lain dah terbaring uzur.

    ReplyDelete
  20. @Azrina: Telur Pindang sgt fames masa kenduri kawin di Johor tapi itu suatu ketika dulu. Skrg ni ramai dah gantikan dengan gula2 atau kek.

    ReplyDelete
  21. @GB: Hahaha..betul lah tu.

    GB pun suka telur pindang? Nanti Ate pujuk ibu buat masa kenduri adik Ate.

    ReplyDelete
  22. @SSL: Kamu mkn bnyk mana pun badan tetap maintain kecikkkkk, tak macam Ate. Tapi syukur lah at least masih ada badan walau mcm tong deram. Hehehe.

    Jom pose.

    ReplyDelete