Masuk 4 hari Ate tak update blog...sibuk berlatih dan buat persembahan menari dan menyanyi. Ehem...Jangan tak tahu...Hari Ahad yang lalu, Ate buat persembahan di konsert Sure Kecoh. Apa senyum-senyum...Tak percaya ke? Tak baik tau memandang kurus rendah akan kemampuan Ate. Ate tahulah suara Ate tak semerdu Sharifah Aini atau Adibah Noor (walau badan Ate ada iras-iras mereka). Ate juga tahu, Ate sangatlah tak pandai menari macam Justin Bibir Bieber (ohhh..sangatlah tidak relevan perbandingan ini). Betol, Ate tak tipu....Tapi, Ate bukanlah menari dan menyanyi solo, ala-ala Maher Zain tu. Ate buat persembahan berkumpulan bersama beberapa orang sahabat golongan ahkak-ahkak, ibu-ibu dan mokcik-mokcik (range umur dari 30-50an). Kami telah diminta untuk membuat persembahan tertutup khusus buat wanita sahaja sempena lawatan Jawatankuasa Wanita ke organisasi NGO yang Ate sertai.
Guru Tari Saman 'kami' (kiri) ketika membuat persembahan di Sekolah Nurul Fikri, Anyer.
Guru tarian, kami import dari Indonesia. Bukan kerana kami tak menghargai tarian dan budaya Malaysia tapi kerana kami tak mampu nak bayar guru tari Malaysia. Masa kami pun terhad, ada seminggu saja. Di waktu yang sama masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga. So kami grab aja siapa yang available dan khidmatnya free. Siapa lagi kalau bukan anak saudara Ate yang sedang liburan/bercuti. Susah juga nak buat Tari Saman dari Acheh tu...jenuh jugaklah kami belajar 'bertepuk', sampai lebam-lebam merah-merah tangan. Bak kata suami Doktor Yano "Apa kena lah dah tua-tua baru nak belajar menyanyi dan bertepuk-tepuk." Anak sedara Ate pun hampir putus asa mengajar 'anak-anak murid dewasa kelas pemulihan'. "Slow banget", dia bilang. Tapi Alhamdulillah, akhirnya berbekalkan dua tangan dan suara sumbang seadanya, maka kami pun bertepuk-tepuklah mempersembahkan Tari Saman dan menyanyi nasyid TEKAD serta di selakan dengan sajak 'JEJAK' dengan penuh kuss semangat. Nak tahu macam mana rupanya Tari Saman tu? Cuba lihat video di bawah ini.
Ini adalah antara gerakan Tari Saman. Tapi oleh kerana Ate and the gang dah masuk kategori usia Wanita Bertulang Kurang Kalsium, maka kami tak lah buat sampai tunduk-tunduk macam tu. Kami buat pergerakan basic aja. Kalau kami buat pergerakan macam video di atas, mau sebulan kami tak bangun sakit pinggang.
Sepanjang latihan persembahan, banyak yang 'kami' pelajari. Kesefahaman (nak synchonise gerakan tu tak mudah), kerjasama, sabar (sakit tau tangan...huhuhu), saling membantu (yang muda sabar membantu yang veteran dan yang veteran pula bersungguh-sungguh belajar tanpa jemu) dan yang paling indah, kami bertambah taaruf (mengenali) antara satu sama lain dan ini menguatkan lagi ukhuwah antara kami. Walau pada hari persembahan, nasyid kami sempat juga kedengaran sumbang sumbing di baris yang awal dan tangan kami menggeletar macam orang sakit parkinson, yang penting kami puas kerena kami tahu, kami telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Walau tidak mendengar apa-apa pujian (bukan ini matlamat utama) yang penting kami sendiri terhibur (syok sendiri ke?). Bak kata Anfal sahabat Ate, "Rasa tak, kita buat persembahan ni, untuk menghibur dan menggembirakan diri sendiri?" (kali terakhir latihan, kami sangat beriang ria, bergelak ketawa dan enjoyed ourself). Apa pun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan boss kami, Doktor Neikmah sempat berbisik pada Kak Bayu 'sang pengurus', "Next time kita sponsor baju." Hahaha...mesti dia kesian tengok kami pakai apa yang (lagi-lagi) available dan mudah: Jubah hitam (semua ada pasal senang dapat bila org balik Mekah), kerudung warna krim, selendang hitam putih Palestine dan 'Bulu-bulu' biru firus di ikat di tangan kanan kami (Gubahan 'Mak Buyung' Cikku Vita-Moga selamat melahir baby esok). Pakaian yang Simple and practical.
***********
Jika kita selalu bersyukur dan menggembirakan hati,
niscaya banyak nikmat Allah yang akan kita dapatkan.
"Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Illahi, Rabbi..."
*****
Malam ni atau esok subuh, Insyallah Ate nak bersilaturahmi ke rumah maya teman-teman. Rasa macam dah lama betul tak menyinggah. Jangan lupa hidangkan kopi o kaw ya...)
hihihih.. best laaa... tarian dari indonesia.. yang saya paling suka tarian tangan seribu(betulkah).. dari acheh... macam lebih kurang je dengan tarian saman. :D
ReplyDeleteTak tau kenapa tapi saya rasa kelakar betul entry ni.. Maybe sebab membayangkan orang²nya bersungguh2 kut.. hehe..
ReplyDeletewoah..
ReplyDeletebegitulah semangat syabab
err..syuyukh?
papela,yg penting semangat, yg x mengenal usia
well,D&T comes in complete package
ade time siriyes,ade time kene meregang2kan tulang-yang-cukup-insyaallah-kalsiumnya itu.
life is to be enjoyed,ibadah pon enjoy,keje pon enjoy,makan pon enjoy,enjoy pon enjoy
^^
wow...
ReplyDeletebest betul entry Ate setelah ber'hibernate' 4 hari...
sekali2 berhibur dan bertepuk2 tangan begitu memang menyeronokkan... :)
psssttt... ada kosong untuk sorang mokcik tak?...
Saya suka bila suasana yg nampak macam penat, sebenarnya memberikan pula keseronokan kerana lebih menjurus kepada hiburan buat diri sendiri.
ReplyDeleteEnjoy usaha sendiri, itu pun sudah satu kejayaan, Kak. Syabas!
Gambar Merapu Seorang Menantu...
hardcore betul joget dia~haha~~mahu tergeliat pinggang~~
ReplyDeleteAte Ann Huda, maafkan cik ina ye tersalah teka, susah sangat nak tengok wajah ko. jadi ko pun cam cik ina ye perempuan yang dah hampir kekurangan kalsium.
ReplyDeletehehe..misti seronok kan Ate dah dewasa (baca :tua keh keh keh -sori x tahu umur Ate berapa) masih ada peluang joget dan nyanyik-nyanyik gini..yerla salu time sekolah je buat gini..takda pujian takpe asalkan kita puas hati dan enjoy..ukhuwah yg terjalin tu lg penting..
ReplyDeletecaya lah ate. mnari mmng bagus utk kkuatan tulang!
ReplyDeleteMDT pernah tengok live tarian ni..persembahan di rumah orang kawin..memang best!!
ReplyDeletesuka la tengok tari saman tu, boleh release tension tu bertepuk hepi2 dengan kengkawan :)
ReplyDeletecayalah Ate!!
ReplyDeletesaya memang tak pandai, dan tak akan pandai menari..hehehe
saya menari macam kayu!
ReplyDeleterespek ate. multi berbakat! :D
Bagusnya Ate !!
ReplyDeletesalah satu dari exercise bagi kita yang tak sempat-sempat nak buat.
;o)
sonoknyerrr.....
ReplyDeletebukan gerak tari yg penting, kerjasama dan dapat berkumpul berlatih dgn kawan2 yg best nya..mesti ate seronok sgt tu..
ReplyDelete@Dhuha: Ha'ah samalah tu tarian seribu tangan dengan tari saman (yer,yer jer Ate mcmlah Ate org Acheh).
ReplyDeleteTentang bait2 syair nya yg mempunyai makna yang sgt mendalam dan mengandungi pelajaran tak dapat pulak Ate nak translate secara detail. Masa persembahan Ate ari tu pun kami minta tlg pada pesakit sorang akhawat asal Acheh.
@Pizli: Kamu rasa kelakor psl membayangkan 'org2 veteran' bersungguh2 bertepuk2 yer?
ReplyDelete@Puding Karamel: Hamasatus syabab fi hikmatis syuyukh-Semangat pemuda dalam bingkai kearifan orang tua....Cehh..Yer yer orr jer.
ReplyDelete@Ibu&Abah: Boleh kak..Mmg Ate ngan kakak ada hajat dan cita2 nak tubuh 'club' yg bole bergerak dalam semua bidang khususnya dlm kerja2 kebajikan. Sesekali buat persembahan khusus untuk wanita..apa aja yg manfaat.
ReplyDelete@Azieazah: Ate suka komen AA. Betul tu enjoy usaha sendiri satu kejayaan buat motivasi diri sendiri.
ReplyDelete@Bujal: Hahaha..Ada berani buat cam tu?
ReplyDelete@Cik Ina: Eh..tak pe Cik Ina, suka Ate org ingat Ate semuda anak sedara tu..sweet 17..;)
ReplyDelete@Rina@Cik Betty: Ate pun tak sangka bila usia dah sedewasaaaaaa ini masih berkesempatan nak menari2.. macam geli2 aja bunyi nya. Tapi betul ukhuwah kami makin kuat dan kami enjoyed.
ReplyDelete@SSL: Kalo tulang org muda tapi kalo dah mcm Ate ni mau patah riuk tulang.
ReplyDelete@MDT: Best kan especially bunyi tepukan tu..tak perlu music dah indah.
ReplyDelete@Dinas Aldi: Betul tu cikgu. Kita mmg di benarkan 'bergembira' asal tidak menyebabkan kemurkaan Allah.
ReplyDelete@Daddy Ziyyad: Alaa bukan menari apa pun Doc, cuma tepuk2 tangan jer.
ReplyDelete@GB: Ate membayangkan GB menari pakai kayu..macam kayu..ish,ish,ish..ni mesti pandai berkung fu.
ReplyDelete@Azrina: Hahaha..exercise gerakan tangan dan sedikit kepala/tengkuk jer Reen. Bukan nya gerakkan badan pun.
ReplyDelete@NM02: Mmg seronok.
ReplyDelete@Hani@debumelukut: Tol tu Cikgu..dapat berkumpul dan bekerjasama yang penting. Mcam lagu Wonder Pets. Apa yang penting? Kerjasama.
ReplyDelete