Pages

Search This Blog

Tuesday, April 5, 2011

SAAT 'IA' TERKULAI (BELAJAR DARI ANAK)

"Ahhhhh! Tolongggg!" Keheningan pagi itu terganggu dek jeritan yang sangat menggelikan mengerikan. "Bagaimana semua ini boleh terjadi? Malam tadi elok aja. Kenapa pagi ini dia terkulai mati? Waa a'a'a" Raung seorang wanita gemok gempal menanggis tak berlagu.
Tucing yang tidur terkulai ini tiada kena mengena dengan entry.
"Dah lah beli aja yang baru." Seorang wanita lain cuba menenangkan. 
"Beli baru? Senangnyaa... Awk tau brapa harga dia? 2,000 hengget. Bukan murah." 
"Dah tau mahal nape letak sepah-sepah?" 
"Sepah-sepah? Saya letak elok-elok kat atas meja. Ni mesti kerja 2 bujang senang tu . Malam tadi dia orang dok panjat dan terjun dari atas meja. Bila saya marah dia orang memanjat, lompat sana, lompat sini, nanti patah kaki, ehh..dia sengeh-sengeh senang hati. Mesti masa tu dia orang dah pijak SPEK MATA ni sampai terkulai mati macam ni. Susahlah saya tak de 'mata'. Eeee..geramnya. Memang nak kena bujang berdua ni. Lasak semacam." Gerutu wanita gempal itu penuh kesal.
"Bujang Senang yg lasak sdg berpoya-poya"

Dan pagi yang dingin itu pun menjadi panas. Kulit sawo matang Ate wanita gempal itu mula BERTUKARR menjadi Power Rangers hijau keGREENnan. Kuasa Incredible Hulk mula menguasai diri. Kekuatan akibat marah menyebabkan dia boleh mengangkat menghempas pintu kereta sekuat hati. Muncung (Moyong) mulut panjang 20 centi (bak kata arwah abah muncung boleh gantung beg sekolah). Panas nya hati tak terperi. Nak marah siapa pun dia tak mengerti. Mungkin ini takdir Illahi atas kafarah dosa diri sendiri.                                                         
Boim:"Soyi Ate. Saaayang Ate"
Iya..Positive Thinking saja. Terimalah ini sebagai takdir. Nak marahkan 'anak-anak', ketika kita sedang 'panas'  dan beremosi hanya meninggalkan 'luka' di hati mereka. Tunggulah bila Ate dah tenang, Ate akan explain pada 2 bujang senang ini tentang akibat dari perbuatan mereka. Biasanya mereka lembut hati, bersimpati, meminta maaf dan buat lagi...huhuhu. Sabar jer le. Teringat seorang teman pernah berkata, "Saya ni kan kak, makin banyak anak bukan makin pandai sabar tapi makin hilang sabar."  

                
               Semail:"Maap Ate, tapi Aeil nak buat lagi"
Sedar atau tidak, anak memang menjadi sebahagian dari ujian Allah untuk kita meningkatkan kesabaran dalam banyak hal. Setiap hari ada sahaja pelajaran yang boleh kita dapat dari 'anak-anak'. Anak-anak, anugerah terindah dalam hidup, selalu memberikan pelajaran berharga dalam perjalanan kehidupan kita baik sebagai ibubapa mahupun pendidik. Mengasuh dan mendidik anak memerlukan kita sentiasa berdoa yang terbaik, berfikiran positif dan saling berbagi pengalaman supaya kita menjadi lebih berhikmah dalam menangani masalah anak-anak





8 comments:

  1. Ate..
    kalau akak pun.. jika cerminmata tu terkulai macam tu.. mau menangis jugak oooo... sebab nak tempah bukan murah... memang makan 2 ribu jugak.'
    memang siaplah budak2 tu jika depa yang meng'kulai'kan cerminmata tu... mau dibuat gulai juga budak2 tu....
    tapi...
    ada masa kita akan sejuk jugak... tapi akak doa agar anak akak tidak sesekali mengkulaikan cerminmata akak..

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak. Sebab tu saya tulis entry ni pasal nak sejukkan hati. Kalau tidak mau jugak saya buat gulai depa tu..hahaha. Aisyah anak akak tu dah cerdik. Insyallah tak de nya mengkulaikan spek akak. 2Bujang senang ni melasak semacam. Kalo naik keta lunyai badan kita. Sebab tu saya prefer jd driver dari duduk ngan depa.

    ReplyDelete
  3. saya pernah terduduk atas cermin mata. langsung patah dah tak boleh repair dah. pastu buang.
























    nasib baik cermin mata sendiri. heheh~

    ReplyDelete
  4. hhehehe..sabau aje la kan kak..heheh..

    sy paling takut terduduk atau terpijak spek..heheh..kdg2..kite terlupe..

    ReplyDelete
  5. Nak marahkan 'anak-anak', ketika kita sedang 'panas' dan beremosi hanya meninggalkan 'luka' di hati mereka.

    btul3x.. sy tgh didik diri sdiri...klau rs mrh, cpat2 kunci dr dlm toilet main air hahaha

    ReplyDelete
  6. @GB: Ohh..pakai spek rupanya Cik Munge ni.

    ReplyDelete
  7. @Cik Ceria:Membuat N3 ni salah satu cara akak nak besabau. Kalau tidak ada yang akak sangkut bebudak tu kat tepi pagau...;)

    ReplyDelete
  8. Bagus gak tips tu..kalau dh main air masih tak sejuk lagi, terus jer mandi. Baru2 ni Ate tgk di TV, ada doktor ckp kalau dia stress jer dia akn makan/gigit 'AIS'. Boleh try ni..:)

    ReplyDelete