Pages

Search This Blog

Sunday, April 10, 2011

TEKNOLOGI TAK BERHATI AYAM. KES TELUR TAK ORI.

Malam tadi Ate BETE (Boring Total). Ibu dan beberapa keturunan Ate balik pergi melencong melancong ke Jakarta. 2 adik lelaki Ate, Warnuai dan Abang Pink pun tak de, katanya pergi ke IKEA beli barang nak buat hantaran. (Ko bior betul Warnuai, tak kan beli barang hantaran kat IKEA). 
          Tinggal Kak Bayu dan Ate sahaja di rumah. Kami pun nonton VCD Korea yang dah berabuk. Baru beberapa minit Kak Bayu dah layu. Sebenarnya Ate malas tengok TV, apa lagi citer Korea, kalau dah tengok mesti melekat dari satu CD ke satu siri. Tengok punya tengok eh, dah pukul 3 pagi? Astaghfirullah...belum solat lagi. Ajar anak, solat di awal waktu, diri sendiri leka depan Korea TV. Ini namanya mendidik tidak melalui tauladan, sebab tu tak berkesan. 
          Pas Solat tak berani tidur, takut terlajak pulak Subuh. Sementara menunggu Subuh, selak-selaklah suratkhabar. Hah kau! Datang dah...New Arrival. Import dari luar negara China. Telur Ayam tak Original. Hebat. Tak sangka betul email yang Ate terima beberapa tahun lalu tentang telur tiruan dari China, akhirnya sampai juga di Malaysia. Jom kita tengok macam mana nak buat Telur tak ori ni...
MANUFACTURING FAKE EGGS
In China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.
Step 1 modulation of raw materials
Using 7 kinds of chemical materials, see pic below
Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.
Step 2 egg production
Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced.
The ‘yolk’ is shaped in the round mould. ‘Magic water’ containing calcium chloride is used.
By adding a yellow pigment and become raw egg yolk.
Step 3 fake egg shape
In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.
Step 4
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You’re done.
Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.
—–
Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!!
Look so real
Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference. The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the statistic of food poisoning person.
Ha..Tu dia. Kabarnya telur ini dijual dengan harga di antara 35-38 sen sebiji. Kabarnya lagi telur tiruan ni bukan sahaja tidak berkhasiat tapi di percayai boleh membawa mudharat dan mengakibatkan food poisoning. Kabarnya lagi kandungan gelatin di telur tiruan ni di khuatiri tidak halal. Inilah dinamakan teknologi tak berhati ayam berhati perut. Fikirnya nak untung semata. Lebih dasyat lagi pada tahun 2007, di Korea dah heboh tentang ada Institut di China sedang melatih lebih dari 70 ribu pelajar untuk membuat teknologi “anggur tiruan,” daging ayam dan daging lembu tiruan". Tak lama lagi sampai lah segala 'makanan tipu-tipu' tu kat Malaysia. 
Terfikir plak Ate..Apalah agaknya yang dimakan oleh orang di China kalau semuanya dah tak original, pakai chemical tah pape. Ke...memang dia orang sengaja cipta segala jenis makanan tiruan supaya penduduk mereka yang ramai tu cepat-cepat meninggal dunia. So, bolehlah mengurangkan kepadatan penduduk.

*************
Cara-cara mengenal telur tiruan:
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
    S. M. MOHAMED IDRIS: President CAP


12 comments:

  1. ngerinyeeerrr...
    time papa tak de ni la menu utama kitorang anak beranak biasanya telur...mudah disediakn n fevret anak2..ngeri plak nak bli yg murah2 lepas ni..

    p/s : modul tahap 1 ape citer ek...? huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Doniya semakin moden, telur pun tiruan, ingat muka je boleh tiruan.takut , kena hati-hati sekarang kalau nak beli telur.

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Ate.Singgah dari blog LadySirna.


    Nak makan apa pun susah sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. @Ikrar Kasih: Ate pun sama gak mama. Suka sgt mkn telur. Kak Bayu kata pas ni cari telur yg ada kotor-kotor tanda 'buangan ayam'. Confirm kuar dari ayam. ;)
    Modul?? Huhuhu. Nak nangis gak. Nanti Ate siapkan bef meeting next week. Insyallah.

    ReplyDelete
  5. Cik Ina: Doniya penuh tipu tipu, pelesu dan tak ori. Tp muka DoDo Cheng original kan? Tiada unsur2 tiruan.

    ReplyDelete
  6. @Azrina: Salam kenal Reen. Ate dah membuat kunjung balas di umah Reen, takjub baca n3 pokok labu air menjalar di tiang letrik.

    ReplyDelete
  7. Ate...
    sangat tidak berhati perut bila mereka buat telor tiruan yg mana akan memudharatkan kesihatan org yg memakannya....
    patut diharamkan...
    kita bako jer... kita bako....

    ReplyDelete
  8. emm..sekarang ni macam2..kesian pengguna...teruk la mereka ni nak untung tapi tipu..

    xbest la mcm ni..

    ReplyDelete
  9. Negara China, semua benda mereka nak FAKE kan!!!

    ReplyDelete
  10. aduhaiiii....nasib baik yg kat malaysia ni disahkan tuken. tapi taktau la kan?

    alamatnya kene la kite pakat2 bela ayam sendiri lepas ni...

    ReplyDelete
  11. Terimakasih buat semua teman yang berkongsi komen tentang 'Kepalsuan Telur'. Moga siasatan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna terbukti tiada telur tiruan di negara kita. Kalau tidak jenuh kita 'berpuasa telur'.

    ReplyDelete