Pages

Search This Blog

Thursday, April 14, 2011

BERBAHAGIA DENGAN SATU ISTERI. MONOGAMI ITU SUNNAH NABI.

Kenapa mahu menikah lagi sedangkan sudah punya isteri? 
Ini antara beberapa jawapan para suami teraniaya:
"Untuk mencairkan kejenuhan berumahtangga."
"Saya sedang bermasalah dengan isteri pertama. Tidak nyaman hidup saya bersamanya." 
"Isteri saya sibuk sentiasa, tidak pernah ada di rumah. Fikirannya sangat ideologis dan tidak romantis. Saya ingin isteri yang lemah lembut dan manja."
"Jadi suami itu yang inovatif. Jangan monoton dengan satu isteri."
"Biar isteri ada saingan. Kalau tidak, melayani suami seadanya. Bila ada saingan pasti akan berlumba-lumba memperbaiki layanan kepada suami."
"Kerana saya telah bertemu bidadari. Perempuan baru ini luar biasa. Dia sangat memahami kemahuan saya. Tidak seperti isteri saya yang tidak pernah mengerti keinginan suami."
"Isteri saya jauh lebih tua, sekarang saatnya memilih yang muda."
"Isteri pertama saya janda, sekarang waktunya menikah dengan gadis."
"Isteri pertama saya perawan muda belia. Saya ingin menikah lagi dengan janda tua yang kaya."
"Tidak perlu ada alasan. Pokoknya poligami itu dibolehkan. Noktah."
"Saya ingin mengikut sunnah Nabi."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Begitu banyak sunnah Nabi, mengapa mendahulukan poligami? Monogami juga sunnah Nabi. Mengapa tidak ikut Sunnah Nabi, dengan melakukan monogami? Ishh..Biar betul monogami itu sunnah Nabi? Kan selalu orang lelaki berkata poligami tu Sunnah Nabi,  tak pernah pun dengar monogami tu Sunnah Nabi.
        Mari kita telusuri sirah Nabi saw. Beliau melakukan monogami selama hampir 25 tahun dengan Khadijah sebagai isteri. Sebagaimana disampaikan oleh Aisyah, "Nabi Saw tidak memadukan Khadijah hingga dia meninggal dunia." (HR.Muslim)
       Sewaktu menikah, Khadijah adalah seorang janda berusia 40 tahun, sedangkan Nabi Saw ketika itu berusia 25 tahun. Nabi Saw hidup bersama Khadijah selama 15 tahun, sebelum beliau diangkat menjadi Nabi + 10 tahun (setelah beliau menjadi Nabi). Khadijah r.a meninggal dunia 3 tahun sebelum hijrah. Setelah Khadijah wafat, Nabi Saw hidup menduda sekitar 3 tahun. Nabi Saw kemudian menikah Aisyah binti Abu Bakar dan Saudah binti Zum'ah dalam waktu yang lebih kurang sama. Seterusnya kehidupan poligami yang dipraktik kan oleh Nabi Saw adalah selama lebih kurang 10 tahun sehingga beliau wafat. Ertinya monogami adalah Sunnah Nabi Saw yang beliau telah contohkan selama hampir 25 tahun, manakala poligami juga adalah Sunnah Nabi Saw yang beliau contohkan selama 10 tahun.  
       Kedua-duanya Sunnah Nabi tapi manakah yang lebih lama dijalani oleh Rasulullah? 25 tahun monogami atau 10 tahun poligami? Pastilah jawapannya 25 tahun monogami. Tapi aneh ya..mengapa ramai orang lelaki hanya menyebut "Nak berpoligami kerana ikut sunnah nabi?" Tak pernah pula mendengar mereka berkata, "Saya monogami kerana ikut Sunnah Nabi." Adakah kerana mereka memang belum betul-betul mempelajari akan sirah Nabi (Ate juga belum khatam-khatam baca sirah Rasulullah) atau 'Poligami itu Sunnah Nabi' hanya digunapakai sebagai alasan? 
Membaca buku Pak Cah yang terkenal sebagai consultant keluarga iaitu buku Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri, Ate boleh faham mengapa ketika buku ini diterbitkan pada tahun 2007 Pak Cah menjadi 'musuh' bagi ramai kaum lelaki, bahkan dikalangan teman-temannya sendiri. Pak Cah cuba meluruskan persepsi yang salah tentang poligami. Pak Cah bukan penentang poligami. Pak Cah sangat jelas dengan hukum poligami dan keharusannya dalam Islam. Tapi bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan poligami. Poligami adalah jalan darurat, masih banyak pilihan kebaikan dapat dilakukan tanpa perlu mengamalkan poligami. Apa yang sangat dikesalkan adalah ramai yang berpoligami mengatasnamakan syariat tetapi pelaksanaannya jauh dari kebaikan. Jika banyak hak tidak dapat dipenuhi maka sebaiknya BELAJARLAH MEMBAHAGIAKAN DIRI DENGAN SATU ISTERI. 

10 comments:

  1. Dalam poligami wajib berlaku adil pada isteri yang dikahwini. Kalau rasa tak boleh , belajar membahagiakan diri satu isteri.

    ReplyDelete
  2. Ate...
    Hmmm.. bila bab nak tambah cawangan, pandai sangatlah para suami mengikut sunnah... tapi lain-lain sunnah tak pulak jadi ikutan...
    Nabi walaupun beristeri ramai, tapi beliau seorang Nabi dan beliau melakukannya dengan penuh adil. Sekarang para suami selalunya bila dah beristeri muda.... lebihkan pada yang muda sahaja... dan bila dah kena kikis dengan yang muda.. barulah pulang dengan sehelai sepinggang kerumah isteri tua... bila sakit... isteri tua juga yang sanggup jaga... (contoh depan mata sendiri...)
    Eloknya para suami ikut sunnah2 Nabi saw yang lain2 daripada mengikut sunnah yang satu ini... Jika nak hidup lebih diberkati.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, kalau lelaki dah memang nak buka cawangan, akan keluar 1001 alasan.

    Pasal monogami ni, lelaki yg memang nak sgt kawin 2 (atau lebih) tetap akan kata " tetapi poligami itu tetap sunnah baginda, kan?"

    Sunnah baginda yang lain amat payah nak dibuat...hehe

    ReplyDelete
  4. kita setuju...sambil angkat tangan cam ucop wilcha

    ReplyDelete
  5. alahai... guna agama bila ada kpntingn shj...
    perkara lain t. nak rujuk agama plak!

    tujuan nabi bpoligami utk mlindungi nasib balu2 yg khilangn suami d mdan prang...

    llaki skrg ada ke nk kawin ngan balu ank 7?
    ;P

    ReplyDelete
  6. @Cik Ina:Syarat poligami harus adil. Dari segi material mungkin boleh adil tapi yang melibatkan hati dan perasaan hanya Allah yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  7. @Ibu&Abah: Betul2 tu kak. Banyak contoh didepan mata. Masa susah baru ingat isteri pertama.

    ReplyDelete
  8. @Daddy Ziyyad: Mudah2an DZ tidak seperti yang dikata. Setia dan bahagia bersama Mummy Ziyyad selamanya.

    ReplyDelete
  9. @Garau: Kak Hajah setuju tang mana tu? Kalau Bang Badang ada simpan angan2 menambah cawangan.. kita bako, bako jer (bako angan2 dia, bkn bako dia nanti jadi kes mcm sosilawati lak)

    ReplyDelete
  10. @So Shy: Yup, ramai yang menggunakan agama untuk kepentingan diri.

    Salah seorang istri Nabi, Saudah seorg janda berusia lebih 70 tahun. Kalo lelaki sekarang mana nak kawin dg nenek2 melainkan ada tujuan nak harta.

    ReplyDelete