Pages

Search This Blog

Tuesday, April 19, 2011

NAMA ADALAH DOA DAN HARAPAN

"Bila nak 'tambah' adik lagi ni? Adik kan dah besar." Tanya Ate kepada Bijan.
"Nanti lah Te, tunggu abang besar dulu. Bukan tunggu adik besar tapi abang. Pasal adik senang, tak cerewet, pandai bawak diri dan ok jer. Abang yang manja sangat-sangat dan banyak kerenah. Apa-apa, semua adik yang kena mengalah. Tu yang kena tunggu abang besar dulu." Panjang lebar Bijan, adik ipar Ate menjawab.
Tiba-tiba Kak Bayu menyampuk, "Semua tu salah awak, sape suruh bagi nama anak 'terbalik'. Memanglah perangai adik lebih matang dari abang. Dah adik tu 'ayah' dan abang  pulak 'anak'.  Abangnya Ismaeil, adiknya Ibrahim. Tu yang bila Ismaeil menanggis, Ibrahim yang memujuk."
       A'ah ek. Betul jugak. Tapi betul ke nama atau panggilan nama itu ada kaitannya dengan sikap dan minat anak-anak? Bak kata William Shakespeare "Apalah erti sebuah nama." Boleh di pakai ke kata-kata Shakespeare tu?
        Dalam pemerhatian Ate Professor yang tidak bertauliah, 'fakta' yang tak berapa tepat nama memang sedikit sebanyak ada pengaruhnya. Bukankah dalam Islam kita harus memberikan anak dengan nama dan panggilan yang mempunyai makna yang baik? Nama yang baik juga merupakan suatu doa. Kajian 1 tahun jam yang dilakukan Ate terhadap 6000 6 orang, menemui beberapa penemuan bukti DNA yang menyokong 0.1% kebenaran fakta tersebut. Di sini Ate tunjukkan hasil kejian kajian Ate:
       Muhammad Ahmad Alrashid: Nama diberi sempena tokoh penulis dari Mesir, Muhammad Ahmad Alrashid. Pernah cikgu dia orang menyebut "Wah, tamaknya, dua-dua diambil, dah ada Muhammad, ada pulak Ahmad, kan maksudnya sama aja iaitu 'yang terpuji'." Perwatakan Ahmad tidak keras, sangat sensitif dan peka pada suasana sekitarnya sangat sesuai dengan sifat-sifat yang biasa di miliki oleh seorang penulis. Ketika usia 3 tahun Ahmad sudah boleh membaca dan suka sekali menulis dan melukis. Sekitar usia 5 tahun dia telah membuat satu buku mini dan ketika itu kami fikir, bila besar nanti dia pasti akan menjadi seorang penulis seperti Muhammad Ahmad Alrashid. Ternyata kini, di usia 21 tahun Ahmad tidak belum lagi menjadi penulis... :). Dia mengambil jurusan Fizik di universiti tetapi pada waktu yang sama selalu membuat kerja-kerja sambilan 'men translate' melalui penulisan (dapat duit tu). 
       Abu Ubaidah: Diberi nama kerana cerita yang unik tentang patah gigi. Ketika perang Uhud, Rasulullah telah dipanah dan akibatnya dua mata rantai besi dari  penutup muka Rasulullah tertancap di pipi baginda. Sahabat Rasulullah, Abu Ubaidah Al Jarrah telah menggigit besi tersebut untuk mengeluarkannya dari pipi Rasulullah sehingga patah 2 batang gigi depan Abu Ubaidah Al Jarrah. Ketika mengandungkan Abu Ubaidah moden, gigi depan ummi dia patah, kerana itu dia diberi nama Abu Ubaidah. Kini Abu Ubaidah sedang sibuk belajar mematahkan gigi mengumpulkan gigi-gigi patah(Jurusan Kedokteran Gigi). (Pelajarilah kisah Abu Ubaidah Al Jarrah, moga kamu mempunyai peribadi sepertinya, itu harapan ummi abah kamu, ingatlah nak).
       Abdullah Azzam: Sempena nama pejuang Islam dari Palestine yang syahid di Afghanistan Dr Abdullah Azzam. Dr Abdullah Azzam, seorang yang berani, berpegang teguh dengan prinsip jihad berdasarkan hadis Rasulullah saw yang bersabda “Berdiri satu jam dalam pertempuran di Jalan Allah lebih baik daripada berdiri menunaikan shalat selama enam puluh tahun." (HR Imam Ahmad, Muslim). Membaca kisah Dr Abdullah Azzam anda akan kagum dengan pengorbanan dia dan ahli keluarganya, kegigihan serta kewibawaan dia sebagai pemimpin kafilah para syuhada. Seorang yang sangat cerdik tapi tidak pernah meninggi diri dikalangan sesama Muslim, sangat menghormati pandangan generasi yang lebih muda dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata kasar atau berbicara buruk tentang orang lain walau ketika dia difitnah. Ketika kecil Abdullah Azzam moden juga sangat berani dan sangat kuat azamnya sehingga ibunya sering menukar nama panggilannya daripada Azzam kepada Abdullah (hamba Allah) sahaja.

       Khadijah Husnayain: Dengan harapan agar Khadijah akan menjadi  seorang yang bijak, setia, sabar, dan solehah sebagaimana pribadi wanita yang sangat dicintai oleh Rasulullah, Khadijah binti Khuwailid. Khadijah moden suka skali berniaga sama seperti Khadijah Ummul Mukminin yang terkenal sebagai peniaga wanita yang berjaya. Kini di usia 12 tahun, Khadijah Husnayain sentiasa berusaha memperbaiki dirinya agar menjadi lebih di cintai dan disenangi oleh Allah, ahli keluarga dan teman-teman walau dalam keadaan dia masih bergelut dengan perubahan dirinya dalam 'proses peralihan usia early adolescence' dia tetap ingin meraih 'Husnayain' iaitu dua kebaikan di dunia dan akhirat.

       Himmah Tsabitah: Perwatakannya sangat sesuai dengan namanya Himmah (hasrat yang kuat atau bercita-cita tinggi) dan Tsabitah asal dari perkataan Tsabat (tetap teguh). Belum 5 tahun tapi sangat cerdik dan kalau berbicara mengalahkan mak nenek. Hah..dia ni memang kes berat. Kalau dia kata nak, nak juga. Dia tahu apa yang dia nak, dia sangat jelas dan faham apa yang dia mahu dan dia akan jadi sangat tidak faham dan tidak mahu faham tentang apa-apa yang dia tak mahu. Pandai manipulasi, pintar cywar sampai abah atau orang yang lemah semangat surrender dan cakap "BOLE BAH KALO KO". Ummi dia tak tahu nak panggil dia apa kalau dia dah buat bodo perangai 'HIMMAH TSABAT'. Hek Eleh...Kalau Ate panggil aja dia Cik Kak Poyo.
       Abdullah Fatih: Uminya nak beri nama Muhammad Al Fateh sempena nama tokoh terkenal yang membuka Costantinople tapi abahnya kata Al, Al ni macam nama Arab. Abah dia juaga nak letak nama Abdullah tak mau Muhammad. Maka jadilah nama dia Abdullah Fatih. Masa kecik sibuklah dia menjadi 'Hamba Allah yang suka Membuka' (Fateh = Pembuka). Habis semua lemari, beg dan apa juga yang boleh dibuka, di buka oleh dia dan diselongkar dikeluarkan segala isi perut yang ada di dalamnya.

       Begitulah antara fakta kurang tepat yang Ate temui dalam kajian tak ilmiah Ate. Maka pada semua pembaca, berhati-hatilah dalam memilih nama anak. Apa pun Ate percaya nama itu adalah doa dan bukankah doa seharusnya di sertakan dengan usaha dan tindakan. Kerana itu Ate suka bertanya dan bercerita dengan anak-anak buah dan anak-anak bunga murid, kisah disebalik nama mereka. Apa makna nama mereka dan kalau nama itu ikut tokoh tertentu highlight kan kebaikan-kebaikan sifat tokoh tersebut agar menjadi contoh teladan. Sesungguhnya Di sebalik nama tersirat doa dan harapan dari ibubapa buat anak-anak

19 comments:

  1. saya yakin bahawa nama mmg boleh mempengaruhi peribadi. syukur sebab nama saya yang 1 perkataan ni bermaksud baik dan harap2 saya boleh jadi insan yang baik. amin~

    ReplyDelete
  2. Saya pun dalam proses nak cari nama utk baby yg bakal lahir 23May ini, Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. ismaeil tu ustazah bayu la yang memanjakannya...! (teka je, hehehe). ustazah jangan sebat saya ;)

    ReplyDelete
  4. Dalam Islam memang digalakkan memeberi nama anak yang elok -elok dan baik maknanya. Dari segi tu dah nampak nama memainkan peranan penting dalam hidup seseorang.

    ReplyDelete
  5. ate..tega dikau..
    nama daku dan rina tak ada story nya..hmm..kecewa awak(bhasa padang:saya)..huhuhu

    ReplyDelete
  6. nama anak2 sy pnah d ejek oleh sdara mara sbab tak de class! sabar je laaa...
    - Muhammad Lutfirrahman(kebesaran Allah)
    - Khadijah

    ReplyDelete
  7. Ate...
    akak tersangat setuju....
    nama anak2 yg baik mempengaruhi peribadi anak itu...
    Alhamdulillah.. ibubapa sekarang dah peka dgn memberi nama anak2 mereka dgn nama yg cantik, islamik dan baik maknanya....

    ReplyDelete
  8. @GB: Amin.

    Teringin plak nak tahu nama Cik Munge.

    ReplyDelete
  9. @Daddy Ziyyad: Jgn cari kat dalam buku nama-nama Islam jer doc. Tanya2 gak kat ustaz2 yang pandai bahasa Arab. Psl buku2 tu bukan semuanya betul. My sis ikut nama kat dalam buku, jumpa orang lecturer bahasa Arab dari Egypt dia kata nama tu tak ada nama salah dari segi nahu.

    ReplyDelete
  10. @KOG: Hahaha..Ate tutup mulut..takut kena sebat ;)

    ReplyDelete
  11. @Cik Ina: Betul tu. Mcm nama Firdaus kan :)

    ReplyDelete
  12. @Hal: Huhuhu...Sorry deh. Jgn sebel nanti cepat tua kayak nenek-nenek.

    ReplyDelete
  13. @So Shy: Sedap pe nama anak2 awak tu. Especially Khadijah ;).

    Nama bebudak kat atas tu pun ada jer sedara mara yg kutuk kata nama kampungan. Padahal dia org yg gelar jadi nama kampung contoh: Khadijah di sebut Kadijah. Himmah Tsabitah lagilah..dia org ckp nama mcm 'Keling'. Sabar jerr la.

    ReplyDelete
  14. @Ibu & abah: Betul tu kak. Masyarakat sekarang dah ada kesedaran nak yang Islamik.

    ReplyDelete
  15. Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  16. Tambahan: Abu Ubaidah Moden, ada kaitan dengan GIGI, sbb masa kecik lepas gigi² dia dah "ilang" semua, malam² dia slalu nanges... "Ommmiiiii...Ommmiiii atet gigi..ooommmiiii.." -mimpi ngeri dia skrg jd dentist..kan kan kan...

    ReplyDelete
  17. @Halawatul Islam: Trauma Ate bila mengingatkannya.

    ReplyDelete
  18. pasni ada yg nak buh nama anak dia "MAHER ZAIN" sbb nak encem mcm maher zain n sore sedap cam dia..jgn cam bai jual karpet udoh ler..wakakaka (^_^)

    ReplyDelete