RAKAMAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH
Kepada Adinda:
Haji Mohd Fahmi Bin Haji Mohd Yusof
&
Hajah Rosidah Binti Ahmad
Di atas
Segala Pengorbanan, Perihatin, Kasih Sayang,
Khidmat Bakti Dan Jariah Yang Tercurah
Selama 24 Tahun.
Memelihara Dan Menjaga Kebajikan Untuk
Almarhumah Emak Tersayang Semasa Hayatnya.
"JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA"
(Semuga Allah Membalas Kebajikan Yang Sebanyak-banyaknya Kepada Adinda Berdua. Amin)
Dengan Ingatan Kasih Mesra
Setulus Rasa daripada Kekanda:
Muhammad & Siti Sekeluarga
Johor Bahru15 MAC 1999
Mac 1999..12 Tahun yang lalu. Abah mengirimkan surat penghargaan ini kepada adik bongsunya yang telah mencurahkan kasih dan khidmat baktinya menjaga bunda mereka, nenek Ate. Abah selalu begitu..suka memberi penghargaan, bukan dengan wang ringgit kerana abah bukan seorang yang berada tetapi sering dizahirkan melalui untaian kata yang ditulis.
Selepas pemergian nenek, abah selalu mengadu dengan Kak Long, hampir setiap malam dia mimpikan nenek. "Mungkin nenek 'perlukan bantuan abah'. Abah banyakkanlah lagi solat malam dan doa untuk nenek." Kata Kak Long. Sejak dari itu, abah banyak berubah. Sebelum nenek meninggal dunia, setiap kali kami anak cucunya balik, Abah pasti meraikan kami dengan bersembang dan sibuk membelikan makanan kegemaran kami di gerai-gerai tertentu. Untuk sarapan sahaja, tidak hairan kalau abah menyinggah sehingga 5 gerai di kawasan yang berbeza, semata-mata untuk mendapatkan makanan yang paling sedap mengikut kegemaran setiap satu anak cucunya.
Setelah pemergian nenek abah kurang bersembang dan meraikan kami pun hanya seadanya kerana masa abah lebih banyak di habiskan dengan tilawah Al Quran. Tapi ketika aqiqah 2 cucunya, dia 'bersesoh' beria-ia nak memasak sendiri nasi beriani.
Beberapa minggu kemudian dia mengadu sering sakit dada. Ah Wong kata bagus kalau dapat check di KL, kerana Ah Wong ada teman Cardiologist. Lagi pun dengan 'pas sebagai Medical Lecturer' mudah bagi Ah Wong nak keluar masuk hospital tengok abah.
Sampai KL, Sabtu tengahari itu, abah kata dia nak makan 'berjemaah' dengan anak-anak. Petangnya abah ke hospital dengan Ah Wong. Ahad di ward, abah meminta Kak Bayu masakkan cekodok ikan bilis beserta sosnya. Dia juga meminta Ate membelikan dia akhbar 'H'. Abah tak biasa menyuruh-nyuruh. Abah juga tak suka menyusahkan orang walau anak isterinya. Dia di susahkan tak apa. Tapi hari Ahad itu, abah buat banyak permintaan. Bila Ate lupa membelikan akhbar yang diminta secara berseloroh dia berkata "Konyok awak..Selalu lupa."
Isnin abah buat stress test. Ketika stress test tiba-tiba abah jatuh, kena stroke. Abah yang terkenal 'riuh' berusaha berkomunikasi, tapi bahasanya tidak kami fahami. Jururawat yang jaga ward abah pada masa itu, sedih melihatkan keadaan abah. Mereka kata "Pak cik ni baik, ramah dan suka bergurau. Masa hantar dia buat stress test tadi dia sibuk berbual dan gembira aja. Tak sangka dia macam ni sekarang."
Selasa, abah hanya diam, tidak cuba berkomunikasi seperti hari sebelumnya. Dia hanya memejamkan matanya, sesekali airmatanya mengalir. Petang itu Kak Long berbisik di telinga abah.."Abah, abah jangan susah hati. Sasa akan jaga adik-adik dan ibu." Airmata abah mengalir lebih laju dari deraian airmata Kak Long. Saudara mara dan sahabat handai mula datang tanpa henti.
Malam, Ate membawa Kak Long dan Kak Ngah (kedua-duanya baru habis pantang) pulang bersama anak-anak. Di hospital, Kak Bayu menemani ibu dan Ah Wong pula tanpa henti mengaji disisi abah. Jam 4.50 pagi Kak Long terjaga. "Ate, bangun bukak pintu. Ah Wong dah balik tu." Terpisat-pisat Ate menjengah ke luar.
"Mana ada orang?"
"Ada, saya dengar orang beri salam dan ketuk pintu tadi."
"Awak mimpi kot?"
"Tidak, saya dengar, jelas."
Tiba-tiba telefon berdering, terdengar sedu sedan Kak Bayu, "Abah dah tak ada." Innalillahiwainnailaihirojiun.
7 April 1999, jam 4.50 pagi...Abah pergi menemui Pemiliknya. Pergi yang tidak kan kembali lagi. Meninggalkan station kenangan yang tak terlupakan.
Abah, sungguh aku rindu kepadamu.
Ingin sekali aku ungkapkan,
"Abah, anakmu ini sangat menyayangimu."
Tapi sayang semuanya telah terlambat.
Hanya doa yang bisa ku titipkan. Moga rohmu aman disisiNya.
"SUNGGUH, AKAN AKU TAMBAHKAN SOLATKU KERANAMU, AGAR AKU SELALU DIJAGA (ALLAH) UNTUKMU."
Kata-kata Said bin Musayyid kepada anaknya.
Abah...dari dulu...jauh dari saya...tapi senantiasa dekat di hati saya.
ReplyDeleteSemoga..Allah merahmati arwah sentiasa.. :)
ReplyDeleteadohh..ate ni hobi betul buat tulisan yang buat limah berderai air mata..hayo..ni tak dpt berhenti nangis te..huhuhuhu
ReplyDeletehikshikshiks..
hanya atuk satu2nya org yang dari dulu sampai skrg, setiap perbuatannya limah ingat jelass sangat.. waktu baca ini, tiba2 mcm ada flash back2 tentang atuk dan terasa rindu sangat...
"semoga beliau ditempatkan disisiNya..amin"
Sayu..
ReplyDeletesmoga Ate tabah n smoga rohNya dtmpatkn bsama org2 yg b iman. amin
alfatihah..sayu..
ReplyDeletemoga..Allah merahmati arwah jua..setuju ngan mimi dan kwn2 lain..
saya tak suka ate... ate suka buat saya nyorok diam-diam dalam grobok :p
ReplyDeletesayang arwah, solat-solatkan.
ReplyDeletesaya suka entri ni.
Ate...
ReplyDeletebanyak yang akak dapat dari entry ini...
1.hidup ini singkat...
2.menghargai adik beradik dan kedua ibu bapa...
3.solat dan membaca al-quran buat hadiah pada orang yang tersayang...
Al-Fatihah buat arwah abah Ate. Walaupun akak tak pernah mengenali arwah tapi peribadinya memang terpuji... Syukur Alhamdulillah Ate dikurniakan abah begitu dan amalannya boleh Ate sambung...
Terima kaseh berkongsi dan secara tak lansung mengingatkan akak untuk mengucapkan ribuan terima kaseh pada adik, kakak ipar dan abang yang bergilir-gilir menjaga emak kami.
@Geraugebang: Abah juga selalu ingat kat seorang anaknya yang jauh. Setiap tahun pada hari lahir anaknya itu dia selalu mengenang "Hari ni hari lahir 'Sayang'. Nak ucap hari lahir kat dia abah takut, nanti ada orang kecik hati. Bila abah ingat dia abah doa aja."
ReplyDeleteAte ingat lagi, masa anak dia lulus STPM dg cemerlang pas tu amik Mass Comm, Abah suka sangat. Dia cakap "Abah dah kata dia mmg pandai. Ko org semua tak de yg ikut jejak abah. Ni hah..anak yg jauh ni aja 'anak abah'." Dia bangga dg anak tu, tapi dia slalu 'sedar diri', tak mahu melukakan hati nenek dan abang dia. Bila jumpa anak itu, abah mcm malu-malu dan rasa janggal. Tapi bila di rumah di depan kami adik bradik abah slalu 'eksen' dg anaknya yang satu tu. Masa anak tu tulis surat kat abah sebelum dia nikah. Abah nangis tapi abah bangga. "Dah besar dia. Pandai menulis mcm abah jugak." Abah slalu pujuk hati dia.."Ko org ingat, abah tak sedih? Arwah mak ko lagilah. Tapi benda dah jadi. Adalah hikmahnya Allah susun mcm tu. Kalo dia hidup ngan kita, belum tentu dia berjaya mcm hari ini. Lagilah dlm keadaan mak yg sakit." Ya, Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita semua.
@Mimi: Amin. Terimakasih mimi.
ReplyDelete@Hal: Awak pandai nangis ke? Hahaha. Kita semua merindui kebaikan dan kasih sayang dia.
ReplyDelete@So Shy Lady: Terimakasih. Amin.
ReplyDelete@Cik Ceria: Amin. Terimakasih. Hargai dan bahagiakanlah ibu dan ayah cik ceria sementara mereka masih ada.
ReplyDelete@KOG: Hahaha..kan best nyorok dalam grobok, baru lah Deris sebuk mencari..Ch,ch,ch,ch,Meow,meow.
ReplyDelete@GB: Ya, buktikan Ate sayang arwah dengan banyakkan solat. Terima kasih.
ReplyDelete@Ibu&Abah: Ate suka komen akak.
ReplyDeleteHidup ini singkat: Tul tu kak. Abah Ate ada 7 adik bradik dia anak yang ke 5. Dia meninggal masa usia awal 60 an lebih kurang sebulan selepas nenek meninggal. Beberapa tahun pas tu adik dia yang bungsu meninggal dalam usia lewat 50an. Adik bradik yg lain yang lebih tua masih ada. Tu yang kakak2 dia sedih "Kalau Allah nak ambil tak kira siapa lebih tua atau muda." Semasa kita masih ada hayat dikandung badan ni,hargailah org-org sekeliling kita.
salam akak..ni email org..
ReplyDeleteatique81_bahror@yahoo.com
@Cikceria: Ok thanks. Nanti akak discuss dg kakak akak apa concept yg dia nak. Pas tu akak contact awk.
ReplyDeleteAtie, bila baca N3 ni akak menangis..teringat arwah ayah. kita semua ada kenangan bersama orang yg bergelar bapa ni..Alfatihah buat semua bapa2 di sana..semoga kau tenang bersama Nya..
ReplyDelete@Hani@debumelukut: Ya Cikgu, ayah punya caranya yang tersendiri dalam mencintai kita tapi tetap meninggalkan kenangan yang tak terlupakan oleh kita, anak-anak mereka.
ReplyDeleteAmin.