Pages

Search This Blog

Wednesday, April 27, 2011

SEBUAH PELAJARAN MENGENAI KESALAHAN TANPA KEKERASAN

Pertama kali membaca kisah ini Ate rasa, ya Allah banyaknya dosa yang aku dah buat pada 'anak-anakku'. Rasa bersalah yang amat sangat, kerana selama ini banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam mendidik anak. Jom kita layan kisah inspirasi yang seharusnya menjadi teladan buat kita semua khususnya para ibubapa dan pendidik...
Dr Arun Gandhi (cucu kepada Mahatma Gandhi) bercerita:
"Ketika berusia 16 tahun, saya dan dua adik perempuan saya tinggal bersama kedua orang tua saya di sebuah yayasan yang didirikan oleh datuk saya di tengah-tangah kebun tebu, 18 KM di luar kota Durban, Afrika Selatan. Kami tinggal jauh di pendalaman dan tidak mempunyai jiran tetangga. Oleh kerana itu, setiap kali ada kesempatan pergi ke bandar, pasti kami tidak akan melepaskan peluang dengan mengunjungi teman atau menonton wayang di pawagam.
             Suatu hari ayah meminta saya menghantarnya ke satu conference. Pada waktu yang sama ayah juga meminta saya melakukan beberapa perkara termasuk menghantar kereta untuk di service di bengkel. Ketika sampai di tempat conference ayah berpesan; "Ayah akan tunggu kamu di sini jam 5 nanti." Setelah itu saya pun menghantar kereta ke bengkel dan cepat-cepat menyelesaikan semua tugas yang di minta oleh ayah agar saya dapat mencuri waktu untuk menonton wayang. Seronok dan leka menonton 2 tayangan cerita lakonan John Wayne, tanpa saya sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. 
Saya pun apa lagi..terburu-buru mengambil kereta di bengkel dan terus menjemput ayah. Dari jauh telah kelihatan ayah begitu sabar menunggu. Apabila masuk sahaja dalam kereta dengan tenang ayah bertanya. "Apa yang menyebabkan kamu terlambat, nak?"
Aduhh..malu saya nak mengaku yang saya lambat kerana tengok wayang. Spontan saya berbohong; "Lama di bengkel. Kereta lambat siap." Padahal, ternyata tanpa pengetahuan saya, rupa-rupanya ayah telah menelefon bengkel tersebut. Dan kini..ayah tahu saya telah berbohong. (Kalau Ate dah bertempik dah...Biasa dia berbohong heh!! Ingat Ate tak tau, bla,bla,bla...tak berenti berleter dengan suara yang high pitch macam beri ceramah tanpa microphone kat 100 peserta).
           Ayah berkata; "Ada sesuatu yang salah dalam membesarkan kamu sehingga kamu tidak memiliki keberanian untuk menceritakan kebenaran kepada ayah. Untuk menghukum kesalahan ayah ini, ayah akan pulang ke rumah dengan berjalan kaki sepanjang 18 KM dan memikirkannya baik-baik." Lalu dengan tenang ayah turun dan mula berjalan kaki pulang ke rumah, sedangkan waktu itu hari sudah mula gelap. Tak sanggup meninggalkan ayah, saya 'menemani'nya dengan membawa kereta perlahan-lahan di belakang ayah selama 5 jam setangah. Melihat penderitaan yang dialami oleh ayah hanya kerana kebohongan bodoh yang saya lakukan, sejak itu saya bertekad tidak akan lagi pernah berbohong.



Dr Arun melanjutkan, "Seringkali saya berfikir mengenai peristiwa ini dan merasa hairan. Seandainya Ayah menghukum saya sebagaimana kita menghukum anak-anak kita, maka apakah saya akan mendapatkan SEBUAH PELAJARAN MENGENAI KESALAHAN TANPA KEKERASAN? Saya kira tidak, saya akan menderita atas hukuman itu dan akan mengulangi melakukan hal yang sama lagi. Tetapi, hanya dengan satu tindakan tanpa kekerasan yang sangat luar biasa, dapat menyedarkan saya dan memberi kesan yang sungguh mendalam sehingga saya merasa kejadian itu baru saja terjadi kemarin. Itulah KEKUATAN TANPA KEKERASAN."

                Huhuhu...Sedih. Sedih sungguh Ate baca kisah ini. Terfikir Ate tah berapa kali Ketidak Sengajaan Kekerasaan Yang Telah Ate Lakukan kepada 'anak-anak'. Waaa....Tak terhitung...(Maafkan Ate anak-anakku) Ketika Ate ceritakan kisah ini kepada adik ipar Ate, Bomoh Bijan, lama dia terdiam. "Ate tanya nape awak diam?" Bomoh Bijan jawab; "Saya sedang fikir dan kira. Agak-agaknya berapa kilometer saya kena jalan. Dari KL sampai Kampung di Perak pun belum tentu saya habis fikir kesalahan saya dalam mendidik 2 Bujang Senang tu". Betul tu. Tapi perkara yang dah berlalu jangan dikesalkan, minta maaf pada anak dan keampunan dari Allah. Pas ni Ate kena fikir banyak kali sebelum 'teriak-teriak' hilang sabar kat anak. Takut jenuh nak kena jalan kaki berkilo-kilo meter memikirkan di mana silapnya Ate ketika mendidik anak. (Sure boleh kurus macam Rozita Che Wan)
Ate cari photo Rozita Che Wan kurus kat Pak Cik Google dan dia beri Ate gambo ni ;)
(Sumber Cerita:Tarbawi)

13 comments:

  1. Assalamualaikum Ate,

    Sebenarnya kebanyakan sebab anak kita berbohong kerana ibubapa gak.Bila dorang cakap benar dan minta izin sesuatu kita duk marah.dorang nak dapat keizinan , dorang tipu.Berfikiran terbuka sikit pada anak-anak.Anggap anak cam kawan kita sendiri.Jadi dorang tak segan-segan nak beritahu apa saja walaupun pahit.Insyaalah semuanya okey.

    ReplyDelete
  2. Ate...
    anak akak 4 orang semua...
    jika akak guna pakai kaedah ni, maunya jauh dah akak berjalan kaki.. mau dari JB hingga Bukit Kayu Hitam...
    tapi Alhamdulillah...
    anak perempuan ni.. mudah sikit membentuknya dari anak lelaki.... syukurlah...
    namun begitu, info kisah teladan yg Ate ceritakan ini sangat baik jadi panduan bersama.... terima kaseh.. memang baik dikongsi...

    ReplyDelete
  3. Thanks Ate sebab berkongsi cerita ni..

    Boleh saya jadikan panduan dalam mendidik anak saya...

    ReplyDelete
  4. Thanks Ate...
    Kisah yg betul2 memberi kesedaran dan boleh dijadikan teladan...

    ReplyDelete
  5. nak buat macam tu jugaklah..tapi xde anak lg..camne nih? hehehe..:p

    ReplyDelete
  6. kurus takpem tapi jgn seksi. heheh~

    hmm..itu org bukan islam tu kan. tapi org islam kat malaysia ni?

    ReplyDelete
  7. @Cik Ina: Yup, mendidik anak bagai bermain layang-layang. Ada ketikanya kita biarkan dia lepas melayang tinggi tapi ada masanya kita harus menarik dia beberapa kali agar tidak terlepas terus atau jatuh tersungkur di tanah.

    ReplyDelete
  8. Ibu & Abah: Hahaha..Alhamdulillah 4 tu semua pompuan ek kak. Kalau tidak jauh sampai ke selatan Thai tu nak berjalan..;)

    ReplyDelete
  9. @Daddy Ziyyad: Ya..mana yang baik moga sama-sama kita jadikan teladan dan panduan buat kita.

    ReplyDelete
  10. @Cinta Cukelat: Insyallah bila sampai waktunya, ada rezeki, dah ada anak nanti wat lah cam tu..

    ReplyDelete
  11. @GB: Awak dah kurus??? Dengar kabar pulun mendiet dan mentoxsid..;)

    Seharusnya kita yang Muslim jauh lebih baik kan..

    ReplyDelete
  12. xyah beli produk banyak2 nak diet..jalan kaki jer leh kurus..hehe
    memang mantapla peringatan ni..nak print tampal kat dinding bilik..(^_^)

    ReplyDelete