Pages

Search This Blog

Friday, April 8, 2011

SIAPAKAH NANTI CINTA UNTUK KU (BICARA JODOH)

Assalamualaikum wr wb.
Salam pagi Jumaat yang penuh berkah.
Pagi ini Ate Jiwang Skit (Sikit jer tak banyak). Gara-gara malam tadi membaca 
Entry Brani Cik Munge tentang Humaira' pipi yang merah-merah berdarah.
 Suatu pengakuan yang Ikhlas dan sungguh..
 Ate terkedu terharu membacanya.
Ate tahu ramai golongan Pra-ANDALUSIA* mahupun ANDALUSIA* Amateur 
(dari segi umur dan pengalaman) yang mempunyai rasa hati yang sama, 
tapi malu nak berbagi rasa. Pasal kerisauan
 menanti jodoh yang belum kunjung tiba ini, tidak semua orang 
benar-benar memahaminya (bukan langsung tak faham tapi
 kurang memahami bila tidak mengalami). Jodoh sememangnya di tangan Allah. 
Tak de siapa boleh nak pertikaikan. Tapi  jika tidak dijemput jodoh tu...
ianya tetap di tangan Allah. Maksudnya kita kena usahalah. Usaha yang macamana?
 Seharusnya yang Islami dan di redhai Allah agar barakah.
Macam mana cara-cara nak membuat adunan jodoh yang barakah tu?
Hah..yang ni Ate belum lagi dapat memberikan pandangan dan saranan pribadi 
kerana sibuk dengan tugas menanti cinta yang harus di selesaikan sebelum Ahad ini. Insyallah Ate akan citer di entry akan datang. Tapi sementara tu kalau nak tau serba sedikit clue bagaimana nak dapatkan jodoh yang barakah cuba lah selak-selak sikit langsir novel-novel Habiburrahman El Shirazy. 

1. Ayat-ayat Cinta.
2. Ketika Cinta Bertasbih.
3. Dalam Mihrab Cinta
Dibawah ini ada petikan film Novel Dalam Mihrab Cinta dan juga lagu Menanti Jodoh (OST Ketika Cinta Bertasbih). Hayati lah...
Matanya berkaca-kaca. Kalau tidak ada kekuatan iman di dada, dia mungkin telah memilih sirna dari dunia. Ujian yang dia derita sangat berbeza dengan orang-orang seusianya. Banyak yang memandangnya sukses. 
Hidup berkecukupan. Punya pekerjaan yang terhormat dan bisa di banggakan.
Bagaimana tidak, dia berjaya meraih gelar Master in Engineering dari sebuah Institut Teknologi paling terkenal di negeri ini. Dan kini dia bekerja sebagai tenaga pengajar tetap di universitas swasta terkemuka di ibukota. 
Bagi  perempuan seusianya, nyaris tidak ada yang kurang pada dirinya. Sudah beberapa kali dia mendengar pujian tentang kejayaannya. Hanya dia seorang yang tahu bahawa sebenarnya,  dia sangat menderita. Ada satu hal yang dia tangisi setiap malam. Setiap kali bermunajat kepada Sang Pencipta siang dan malam. Dia menangisi takdirnya sebagai perawan tua yang juga belum menemukan jodohnya. Dalam kehidupan sehariannya dia nampak biasa dan ceria. 
Dia menyembunyikan derita dan sedihnya dengan sikap tenang. Umurnya  sudah tidak  muda lagi. Tiga  puluh  empat tahun. Teman-teman seusia ada yang memiliki anak dua, tiga, empat, bahkan ada yang lima. Tiba-tiba  airmata Zahrana kembali keluar. "Bahagianya punya anak. Kau beruntung Lin. Punya suami baik. Anak lucu-lucu. Keluarga besar yang penuh kasih sayang. Sementara aku...  Jangankan anak. Suami saja tidak punya. Baru mau punya sudah di panggil pergi..." Kata Zahrana sambil menangis memandang langit-langit kamar rumah sakit. "Sudahlah Rana. Sudahlah. Hanya belum tiba saatnya saja. Nanti kalau tiba saatnya, Insyallah, kau akan memiliki yang lebih baik dari yang aku miliki."
"Entahlah Lin, harapanku sudah pupus. Aku merasa tidak berghairah hidup lagi."
"Tidak Rana. Kau tidak boleh pupus harapan. Ingatlah Allah Maha luas kasih sayang Nya. Percayalah ini cuma ujian kecil. Masih banyak hamba Allah di muka bumi ini yang diuji dengan ujian yang jauh lebih besar dari yang kau alami.  Ayuhlah Rana, kau harus terus maju! Kau tak boleh menyerah. Putus asa bererti kau menyerahkan dirimu dalam perangkap syaitan!"
"Ya...doakan aku ya Lin. Semoga aku kuat. Tapi bagiku ini sangat berat!"
"Aku tahu ini berat, tapi aku yakin kau mampu menghadapinya Rana. Kau mampu."
Petikan Novelet DALAM MIHRAB CINTA:TAKBIR CINTA ZAHRANA: Habiburrahman El Shirazy.
(Ate lagi doyan banget sama nih lagu)

Jodoh itu rezeki. Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Insya Allah, Allah akan memberinya jodoh dari arah yang tiada disangkanya. 
*Note: ANDALUSIA (Anak Dara Lanjut Usia) 


10 comments:

  1. mungkin kita kena anggap benda yang 'belum rezeki' tu sebagai 'rezeki'. contohnya, kalau dalam 5 beradik kita sorang belum kawin, bila 4 beradik lain sibuk uruskan keluarga masing², allah beri kita rezeki untuk lebih ada masa ambik berat pasal ibu bapa.

    soal zuriat pun macam tu, tapi i malas nak komen, hahaha ;)

    ReplyDelete
  2. Allah SWT takkan uji hambanya jika hambanya tak mampu hadapi ujian itu..percayalah bahawa kita insan bertuah yang menerima ujian itu

    ReplyDelete
  3. kucinggoreng, betul tu saya setuju. kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang, ttpi kita jgn lupa bahawa perancangan Allah untuk kita jauh lebih baik cuma kita je yg tak tahu. oleh itu terimalah ketentuan Allah dengan redha dan ikhlas krn dgn cara itu kita akan merasa bahagia disisi Allah. Allah akan menguji hambaNya dengan pelbagai ujian.dengan ujian Allah itu muhasabahlah dimanakah letaknya tahap keimanan kita kepada Allah..*peringatan untuk diri saya sendiri juga.

    ReplyDelete
  4. @KOG: Tul tu, apa juga yg di takdirkan pada kita, baik soal jodoh maupun zuriat, pandang dari sudut positive, itu yg terbaik Allah susun buat kita dan jalanilah aja dg berlapang dada.

    Thanks Meow..Sayang awak.

    ReplyDelete
  5. @Sahromnasrudin: Yup. Macam org menang cabutan bertuah ek? Kena gumbira psl tak semua org terpilih.

    ReplyDelete
  6. @Asyu: Thanks atas 'pencerahannya'. Peringatan buat kita semua yang mencerah kan hati secerah cahaya mentari.

    ReplyDelete
  7. Allah SWT beri pada hambanya semua yang trbaek dari trbaek. jodoh kita lambat atau cepat atau tak de jodoh itu semua ada hikmah tersendiri. Sebagai hambanya yang paling penting kita sering bersyukur apa yang dikurniakan.

    ReplyDelete
  8. @Cik Ina: Yup. Patah2 balik kena syukur baru kita menikmati apa pun yg terbaek Allah dah beri kat kita.

    ReplyDelete
  9. hohoho...bersabarlah duhai hati..

    ReplyDelete