Oh oh oh oh
Aku ini hanya anak singkong
Aku hanya anak singkong
Begitulah lebih kurang lirik suatu lagu lama dolu-dolu dari Indonesia yang sempat juga ngetop kat Malaysia, tapi entah siapa penyanyinya Ate tak ingat. Yang pasti dulu Ate ingat singkong tu adik beradik atau sedara maranya King Kong (serious, Ate tak pernah sangka singkong itu boleh dimakan). Dah tua-tua dewasa baru tahu rupa-rupanya singkong tu ubi kayu.


Satu lagi makanan kegemaran Ate, bakwan sayur juga sedap dimakan bersama cabe rawit. Sekali rasa macam cekodok atau cucur atau jemput-jemput tapi kalau kita biasa makan kita akan dapat bezakan bakwan itu lebih lembut dan lebih 'berasa' kerana tepung yang digunakan bukan tepung gandum biasa tapi tepung terigu. Macam mana rupa tepung terigu tu? Jangan tanya Ate kerana Ate memang tak tahu, dah tanya banyak kali tapi tetap tak tahu pasal..lagi-lagi masalah bahasa. Banyak terms bahan-bahan masakan di sana yang Ate tak faham.
Bubur Ayam. Murah, enak dan mengenyangkan untuk breakfast. Puas Ate makan bubur ayam di Malaysia rasanya tak sama dengan bubur ayam di Bogor Jakarta. Mereka ada bumbu istimewa yang mana rahsianya belum lagi dapat Ate gali. Hanya yang pernah merasa tahu akan keenakannya.
Martabak keju. Rasanya lebih kurang apam balik tapi tersangatlah sedappppp dan lemak berkrim. Keju dan susu kental yang meleleh uhhh... Punyalah Ate jatuh hati kat penjual Martabak Keju ni, masa mula-mula kenal setiap malam Ate tak boleh tidur, asyik teringat-ingat sambil mengecap-ngecap mulut, ilerrr. Martabak keju dijual pada malam hari jer itu yang setiap malam dok gila bayang. Balik aja Malaysia Ate pun mencarilah resepinya. Pertama kali buat...ahhh... sedap tak terkata walau bantat. Rupa ada sikit kurang, terlebih tebal 5 inch, tapi siapa peduli, tiada orang di rumah Ate yang pernah tengok bagaimana rupa Martabak Keju tu yang sebenar, kecuali Ate. So depa bedal aja.
Nak di jadikan cerita, masa Ate keluar bekerja datanglah seorang hamba Allah dari Padang bertamu di rumah kami. Kak Bayu yang baik hati telah menghidangkan Martabak Bantat buat tetamu. Kepada sang tamu Kak Bayu berkata, "jemputlah makan, ini kue dari Indonesia, di masak oleh Ate." Bertanyalah sang tetamu "Kue apakah ini, tidak pernah pula saya tahu, ada kue seperti ini." Dengan bangga kak Bayu menjawab "Katanya kue Martabak Keju." Sambil tersenyum sang tamu menjawab, "Ohh..makanan khas dari Jakarta kali." Huhuhu..Malunya Ate dengar cerita Kak Bayu, tentang martabak keju dan tetamu. "Ahhh...Benciii...Kenapa hidangkan? Itu Kue tak jadi. Martabak keju tebal 5 inch, muka Ate tebal 5 kaki." Kak Bayu ketawa geli-geli hati "Awat tak habaq awai-awai kue Ate tak jadi?"
teringinnnyyyyyaaa nak rasa martabak keju... versi malaysia yang sis buat pon xperrr! hahaha!
ReplyDeleteterliur2 dah ni dgn murtabak keju tu...
ReplyDelete@Gomokpendek: Ahh..malu Ate. Tapi kalau cikgu teringin kenalah Ate bukak balik buku resepi.
ReplyDelete@Norh: Mmg sedap norh..especially buat para peminat keju meju ni. Powerrr.
ReplyDeleteBoleh bagi resipi murtabak keju ni?
ReplyDeleteNak mintak resipi singkong goreng jugak.
ReplyDelete