Hari ini....

Ada sesuatu yang tak kena pada Ate. Bangun pagi-pagi dah tak ada mood, perut sakit berdenyut-denyut, tapi masih gagah ngadap laptop, buka blog, hanya Cik Ina fames yang dah post entry. Sekejab-sekejab Ate menyinggah umah Cik Ina di Hijau Itu Indah, pasal umah Cik Ina cantik lagi sejuk mata memandang. Sampai Cik Ina menegur dengan penuh kasih sayang, "Ate, Mak Cik tak kesah Ate datang pagi-pagi asyik minta kopi, tapi tolonglah cuci muka dan berus gigi. Pi lah balik umah dulu, urus diri. Esok-esok datang lagi." Baik Mak Cik. Terimakasih, iznkan Ate mengomel panjang di umah mak cik. Saaayang Mak Cik...
Ate terima sms dari seorang hamba Allah yang baik budi. "Assalamualaikum Kak Ann, apa kabar? Ada apa-apa hajat tak yang saya boleh bantu tunaikan.." Huh? Mimpikah Ate? Dapat sms dari 'Genie in the (Sebenarnya Ate terharu semasa mendapat sms dari sahabat Ate yang di kasihi ini. Pagi-pagi dapat gaji, tak lupa dia pada Ate.Uhibbufillah ya ukhti..Aku mencintaimu kerana Allah.)
Hari ini yang terpenting...
Hari GAJI bagi orang-orang yang bekerja dengan Gomen. Dua tiga hari lalu, POKET YANG KEMPES MULA BERISI KEMBALI. Selamat Berbelanja dengan Berhemah. Jangan lupa sisihkan sedikit gaji anda untuk di sedekahkan. BELAJARLAH MEMBERI MESKI TAK SEBERAPA. Ingatlah, JANGAN MINTA BANYAK HARTA AGAR DAPAT MEMBERI. MINTALAH KEPADA ALLAH AGAR KITA DAPAT BANYAK MEMBERI, ENTAH PUNYA HARTA ATAU TIDAK.

ate, meh sama-sama doa impian ate tercapai... eh apasal tetiba i rasa nak masuk grobok? lalalalala
ReplyDeletejom jom gi haji jom!
ReplyDeleteAte...
ReplyDeleteAkak doakan agar Ate dimakbulkan doanya untuk menunaikan haji/umrah...
Amin Ya Rabbal Alamin.....
dan psssttttt... thank you Ate... akak pun tak aware bila gaji gomen sebenornya... nampak gayanya malam esok takyahlah masak, boleh makan kat luar... iyerlah kan... hari gomen dapat gaji... - hehehehehehe...
Ate,semoga Allah SWT makbulkan hajat yang baik tu. Jangan lupa doakan yang sederhana je tuk makcik dan keluarga ye, kalau kat sana. Ate keja ngan gomen ye?
ReplyDeletesaya punya gaji lambat lagi. heheh~
ReplyDeletesaya punya gaji ada belen rm10 je~haih~~he~~
ReplyDeletekdg2 yg berisi tu cepat jugk kempisnya..hehe ya betul kt ate kena sisip utk sedekah (alamak tetibe teringat isytirakat lum bayo)hehe...
ReplyDelete@KOG: Kita pun rasa nak masuk grobok masa baca sms sorang lagi hamba Allah berhati mulia pas buat N3 ni..tapi kita kena marah. Org tu cakap... "Kuar,kuar, tak muat ramai2 nak masuk grobok." Huhuhu
ReplyDelete@Aimi: Awk tak kan nak gi haji lagi kot, baru gi tahun lepas.
ReplyDelete@Ibu&Abah: Amin..moga di makbulkan Allah doa akak tu buat Ate.
ReplyDeletePsstt jugak: Dah makan kat luar ke??
@Cik Ina: Mudah2an doa kita semua diterima Allah.
ReplyDeleteTak, Ate tak keja Gomen, Ate keja mengomen jer..;)
@GB: Awak dapat gaji awal bulan ek?
ReplyDelete@Bujal: Ok lah ada belen RM10 tu. Ate ada belen 2 hengget jerr..bayor duit parking, abis dah tak makan.
ReplyDelete@Gumiho: Tak kan baru beberapa hari dah kempes kot?
ReplyDeleteHahaha..Bayar, bayar..Tak bayar nanti teruk nak kena jawab dengan yang di atas.