Pages

Search This Blog

Tuesday, April 26, 2011

YANG KEMPES BERISI KEMBALI

Assalamualaikum wr wb.
Hari ini....

Ada sesuatu yang tak kena pada Ate. Bangun pagi-pagi dah tak ada mood, perut sakit berdenyut-denyut, tapi masih gagah ngadap laptop, buka blog, hanya Cik Ina fames yang dah post entry. Sekejab-sekejab Ate menyinggah umah Cik Ina di Hijau Itu Indah, pasal umah Cik Ina cantik lagi sejuk mata memandang. Sampai Cik Ina menegur dengan penuh kasih sayang, "Ate, Mak Cik tak kesah Ate datang pagi-pagi asyik minta kopi, tapi tolonglah cuci muka dan berus gigi. Pi lah balik umah dulu, urus diri. Esok-esok datang lagi." Baik Mak Cik. Terimakasih, iznkan Ate mengomel panjang di umah mak cik. Saaayang Mak Cik...
Hari ini juga...
   Ate terima sms dari seorang hamba Allah yang baik budi. "Assalamualaikum Kak Ann, apa kabar? Ada apa-apa hajat tak yang saya boleh bantu tunaikan.." Huh? Mimpikah Ate? Dapat sms dari 'Genie in the bottle phone' yang nak menunaikan wish hajat Ate. Aaaa..Best nyerrr. Otak Ate mula ligat berfikir, hajat apa yang tersimpan di hati...Ate nak Ferrari...Ehh tak jadi, tak jadi..Ate nak Lamborghini...Errr..tak jadi, tak jadi... mahal woiii nak maintain keta cam tu, Ate bukannya banyak duit tak nak membazir. Tak jadi Lamborghini atau Ferrari, Ate nak....Camry, Yesss...Camry. Dapat Camry pun tak pe Yano. Ciss..MOBILlistic kau Ate. Tamak tak bertempat..Cuba dalam hidup ini, belajar-belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Dikurniakan kenderaan mini walau sekadar Savvy, kamu tak perlu bersusah payah berjalan kaki. APA PUN YANG TERKADANG KITA ANGGAP KEKURANGAN, SESUNGGUHNYA ITU RAHMAT JIKA KITA MENSYUKURI. Ok lah, ok lah.. Sorry. Ate tak minta 'benda-benda dunia'. Ate dah tahu, Ate nak mintak apa. Ate pun membalas sms Dr Yano yang berhati mulia, "Yano, akak hajat nak pegi Haji, sanggup awak tolong tunaikan hajat akak yang suci lagi murni ni?" Hahaha..Ate boleh bayangkan wajah Dr Yano semasa menerima sms Ate ni. Pasti dia terkujat-kujat kena sawan. Jangan stress Yano, Jangan stress. Sampai petang ni, dia tak jawab-jawab lagi sms Ate. Mesti dia menyesal antar sms pagi tadi.
(Sebenarnya Ate terharu semasa mendapat sms dari sahabat Ate yang di kasihi ini. Pagi-pagi dapat gaji, tak lupa dia pada Ate.Uhibbufillah ya ukhti..Aku mencintaimu kerana Allah.)

Hari ini yang terpenting...
Hari GAJI bagi orang-orang yang bekerja dengan Gomen. Dua tiga hari lalu, POKET YANG KEMPES MULA BERISI KEMBALI. Selamat Berbelanja dengan Berhemah. Jangan lupa sisihkan sedikit gaji anda untuk di sedekahkan. BELAJARLAH MEMBERI MESKI TAK SEBERAPA. Ingatlah, JANGAN MINTA BANYAK HARTA AGAR DAPAT MEMBERI. MINTALAH KEPADA ALLAH AGAR KITA DAPAT BANYAK MEMBERI, ENTAH PUNYA HARTA ATAU TIDAK.

14 comments:

  1. ate, meh sama-sama doa impian ate tercapai... eh apasal tetiba i rasa nak masuk grobok? lalalalala

    ReplyDelete
  2. Ate...
    Akak doakan agar Ate dimakbulkan doanya untuk menunaikan haji/umrah...
    Amin Ya Rabbal Alamin.....
    dan psssttttt... thank you Ate... akak pun tak aware bila gaji gomen sebenornya... nampak gayanya malam esok takyahlah masak, boleh makan kat luar... iyerlah kan... hari gomen dapat gaji... - hehehehehehe...

    ReplyDelete
  3. Ate,semoga Allah SWT makbulkan hajat yang baik tu. Jangan lupa doakan yang sederhana je tuk makcik dan keluarga ye, kalau kat sana. Ate keja ngan gomen ye?

    ReplyDelete
  4. saya punya gaji lambat lagi. heheh~

    ReplyDelete
  5. saya punya gaji ada belen rm10 je~haih~~he~~

    ReplyDelete
  6. kdg2 yg berisi tu cepat jugk kempisnya..hehe ya betul kt ate kena sisip utk sedekah (alamak tetibe teringat isytirakat lum bayo)hehe...

    ReplyDelete
  7. @KOG: Kita pun rasa nak masuk grobok masa baca sms sorang lagi hamba Allah berhati mulia pas buat N3 ni..tapi kita kena marah. Org tu cakap... "Kuar,kuar, tak muat ramai2 nak masuk grobok." Huhuhu

    ReplyDelete
  8. @Aimi: Awk tak kan nak gi haji lagi kot, baru gi tahun lepas.

    ReplyDelete
  9. @Ibu&Abah: Amin..moga di makbulkan Allah doa akak tu buat Ate.

    Psstt jugak: Dah makan kat luar ke??

    ReplyDelete
  10. @Cik Ina: Mudah2an doa kita semua diterima Allah.

    Tak, Ate tak keja Gomen, Ate keja mengomen jer..;)

    ReplyDelete
  11. @GB: Awak dapat gaji awal bulan ek?

    ReplyDelete
  12. @Bujal: Ok lah ada belen RM10 tu. Ate ada belen 2 hengget jerr..bayor duit parking, abis dah tak makan.

    ReplyDelete
  13. @Gumiho: Tak kan baru beberapa hari dah kempes kot?
    Hahaha..Bayar, bayar..Tak bayar nanti teruk nak kena jawab dengan yang di atas.

    ReplyDelete