Pages

Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

MENATA HATI DALAM MENDIDIK

Selasa 13 Jumadil Akhir. Jam 12.45 am. Suasana rumah Bijan masih meriah dengan hiruk pikuk bunyi pukulan gendang periuk belanga dan jerit pekik suara 2 Bujang Senang, Boim (adik) dan Semail (abang). Bijan (adik ipar Ate) yang baru pulang kerja jam 11 malam, sibuk memasak untuk sahur bagi sesiapa yang mau berpuasa Shaum Yaumul Bidh. Ate pula khusyuk mengadap komputer, menyinggah ke rumah teman-teman alam maya yang telah berminggu-minggu tidak di lawati, tetiba.... zooommmm, sepasang tangan kecil menampar key board sekuat hati. Hang! Computer freezes!!

"Adik!!" Tempik Tinggi suara Ate. 
Boim menyeringai buat muka tak bersalah. Semail lari lintang pukang ke mamanya di dapur. 
Ate tarik tangan Boim dan memegangnya kuat-kuat sambil membelalakkan mata. Dengan penuh kesal geram, Ate berkata, "Adik suka buat macam ni. Pukul-pukul keyboard. Tak boleh tau. Kalau Ate tengah buat kerja dan tak save lagi cam ne?" (Bodoh Cerdik benar soalan Ate pada anak yang baru berusia 2 tahun lebih tu.) 
"Ate nak buat keja?" Sambil mengerutkan dahi (mungkin menahan sakit akibat dari pegangan kuat Ate), Boim bertanya dengan polos.

Ate terus melepaskan tangan Boim. Tiba-tiba rasa bersalah. Bersalah yang amat sangat. Ada rasa nyilu di hati ini. Teringat kisah Ummu al Fadhl dengan Rasulullah Saw. Ketika melihat Ummu al Fadhl mendukung anaknya, Rasulullah Saw meminta untuk mendukung anak Ummu al Fadhl. Di dalam dakapan Rasulullah Saw, anak kecil itu 'terkencing' sehingga basah baju Rasulullah Saw. Melihat itu Ummu al Fadhl merasa malu dan dengan segera menarik bayinya secara kasar dari Rasulullah. Apa kata Rasulullah Saw? Rasulullah menegur dengan tegas. Katanya, "Pakaian yang kotor ini dapat di bersihkan dengan mudah oleh air. Tetapi apakah yang dapat menghilangkan kekeruhan jiwa anak ini akibat perbuatan mu yang kasar?" 
Huhuhu..Kalaulah Ate hidup pada zaman Rasulullah, dan baginda melihat perbuatan Ate ni, mesti terpengsan-pengsan Ate mendengar teguran Rasulullah. Seriously, Ate menyesal memperlakukan Boim begitu.

Menilai kembali diri, Ate menyedari alangkah banyaknya kesalahan dalam mendidik anak dan alangkah sedikitnya langkah yang Ate lakukan untuk memperbaikinya. Ilmu ada, tapi ilmu sahaja tidak mencukupi. Banyak yang perlu Ate belajar khususnya menata hati untuk lebih bersabar dan ikhlas. Harus ada kekuatan hati untuk menerima tumpahnya air, seleraknya mainan dan kelasakkan super energy mereka. Harus ada kesabaran dalam mendengar rengekan dan jerit pekik mereka. Harus ada keikhlasan hati atas segala celoteh, perhatian dan pertanyaan yang tak henti mengalir di saat Ate sibuk, keletihan atau tak ingin diganggu. Tanpa kekuatan hati, ilmu yang dimiliki tak banyak memberi erti sedangkan kesalahan yang di lakukan di dalam mendidik mereka semakin menumpuk. Maafkan Ate nak, atas segala khilaf Ate terhadap kamu semua.
***********
"Kita menginginkan mereka mendengar setiap perkataan kita, 
tetapi kita lupa mendengar suara nurani mereka. Kita 
ingin anak-anak kita cerdas, cergas dan kreatif tetapi kitalah yang pertama kali membunuh bakat-bakat mereka, 
inisiatif-inisiatif mereka dan bahkan kebaikan-kebaikan mereka."
Mohammad Fauzil Adhim.

22 comments:

  1. Tulisan yang sangat menyenangkan...suka sangat...kita pun selalu buat begitu...lepas tu,,,menyesal tak sudah...menyesal dan buat lagi, dan lagi, dan lagi...

    ReplyDelete
  2. tu pic Boim ke? comel sgt....rasa nak peluk taknak lepas....

    ReplyDelete
  3. Ate...
    ini yang buat akak rindu tulisan Ate..
    sebabnya penuh dengan nasihat dan panduan...
    - terima kaseh ate....
    saling menunjuk ajar...
    pada akak menjadi 'parent' tidak didatangkan dengan manual... kadang2 nasihat dan panduan dari teman-teman yg memberikan tunjukajar pada kami untuk menjadi parent yang 'baik' pada anak-anak mereka....
    thank you Ate...

    ReplyDelete
  4. salam ziarah.singgah sebentar di teratak kamu sebagai kunjungan balas dan membaca blog kamu yang sarat dengan perkongsian ilmu yang menarik dan bermanfaat..


    menata hati itu perlukan kesabaran kerana hati itu lapisannya banyak serta rumit pula untuk pembersihan dari noda dan cela cemaran dunia,makhluk dan nafsu.

    berpegang teguhlah pada iktikad saat melafazkan kalimah tauhid dan kalimah rasul nescaya cerahlah hati itu andai selalu mengguna pakai aqidatul iman sebagai perisai.

    ReplyDelete
  5. situasi dlm entry ni macam saya dgn anak sedara..dah marah2 diorang, pastu kesian pulak rasanya..he he..tapi pastu buat balik benda yg sama..haishhh

    ReplyDelete
  6. tulakan.. nk mendidik anak ni .. kna ada cara kn.. xleh men marah2 jer.. psyco,nasihat dan kata2 yg baik utk membetolkan blk keadaan dan kesalahan yg anak tu buat.. hehee.. :)

    boim chumel ^_^

    ReplyDelete
  7. muslim yang kuat adalah yang mampu menguasai diri ketike marah.
    senang nk cakap, tapi aplikasi...FAIL!
    manusia mmg pelupa,makanya hidup ini suatu mujahadah...endless process of mujahadah.
    Adapun kata2 tu ditujukan kepada batang hidung sendiri...

    ReplyDelete
  8. Ate....dah lama menyepi baru munculkan diri. sihat ke? cik ina merajuk dah tukar blog. cik ina pun kadang-kadang tak boleh mengawal marah bila anak wat nakal. bila dah berumur ni , barulah banyakan sabar.

    ReplyDelete
  9. teringat kisah sorg anak kecil yg kehilangan tangannya akibat kemarahan ayahnya..ayat yg paling sedih "ayah mana tangan adik..bagila tangan adik balik..adik janji tak conteng lagi kereta ayah..kerana sayangkan kereta tangan anak tergadai..huhu moga kita menjadi insan yg lebih sabar..chaiyoooooKKK!!!!

    ReplyDelete
  10. sgt tersentuh masuk LUBUK hati -_- lagi2 part hadis tu
    "Pakaian yang kotor ini dapat di bersihkan dengan mudah oleh air. Tetapi apakah yang dapat menghilangkan kekeruhan jiwa anak ini akibat perbuatan mu yang kasar?"

    ReplyDelete
  11. @Gerau Gebang: Kita pun heran, nape benda yg salah tu mcm makanan yg sedap ek? Suka jerr nak lagi, nak lagi dan lagi dan lagi...pas tu nyesal..:(

    ReplyDelete
  12. @GB: Boim tu suka org peluk dia, asal jgn lama2 dan kuat2. Badan dia mantoppp. Kalau Ate peluk dia mesti beserta dg rasa gerammm dan nak cubit2. Nanti dia marah "Ate niii..."

    ReplyDelete
  13. @Ibu & Abah: Betul tu kak. Jd parent tak ada manual disertakan. Malah setiap ank berbeza pendekatan walau 'dtg' dan dibesarkan oleh mak, abah dan suasana keluarga yg sama.

    Kita sama-sama saling belajar kak. Terima kasih juga buat akak yg selalu sudi sharing.

    ReplyDelete
  14. @Pena Marhaen: Sekali lagi Ate terpaku dg coretan kata dari Pena Marhean. Komen anda melengkapkan lagi N3 Menata Hati dalam Mendidik ini.

    ReplyDelete
  15. @Norh: Insap nye kita ni kejab aja ek? Mcm ahkak Gerau ckp pas tu kita buat lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  16. @Zacky: Tol tu, tp bebudak skrg cerdik, kita nk psycho dia, dia dah psycho kita dulu...hehehe.

    Ya..Terima kasih. Ate Boim mmg chumel..ehh..salah Boim mmg chumel ^_^.

    ReplyDelete
  17. @Puding Karamel:..endless process of mujahadah.

    Tang marah Ate slalu dpt high score ;).
    Tang menguasai rasa marah/sabar Ate bukan aja fail tapi kdg tu dpt 'telor'.

    ReplyDelete
  18. @Cik Ina: Tu lah, Ate dah follow blog baru tp blum masukkan lagi 'kat tepi' spy senang nak menjengah bila cik Ina update N3 baru. Jab lg Ate wat lah.

    ReplyDelete
  19. @Gumiho: Fighting, fighting. Aja,aja. Hehehe.

    Ya ke ada citer cam tu? Kat mana tu? Siannyer budak tu...

    ReplyDelete
  20. @Hazira: Tu lah...ngilu rasa hati bila ingat teguran Rasulullah tu. Tah berapa kali hati 'ank-ank' kita keruh akibat kekasaran dan kesalahan yg kita lakukan. Astaghfirullah hal Azim.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum sdri..

    terima kasih kerana mengingatkan kami..Meng betul tu, ibubapa selalu membunuh bakat anak mereka dengan selalu berkata "jangan" tanpa sebab yang kukuh...

    ReplyDelete
  22. Salam ATE.
    Kak Azie masuk menyapa. (tidak tahu siapa lebih tua ni..)

    Benar, kita tidak pernah berhenti mengharap yang terbaik dari anak-anak kita, tapi ada kala kita lupa, kita pun belum cukup menjadi contoh terbaik.

    ReplyDelete