Pages

Search This Blog

Thursday, May 19, 2011

'Puuttt'....SHHH! MAKA BERPURA-PURALAH TIDAK MENDENGAR.

Suatu waktu dulu...
Ada seorang tabi'in soleh bernama Hatim yang terkenal dengan gelaran Hatim Al Ashamm (Hatim si Pekak). Dia asalnya bukanlah seorang yang pekak, sehingga terjadi suatu peristiwa. 
Di kisahkan pada suatu hari, datanglah seorang wanita berjumpa dengan Hatim untuk bertanyakan suatu hal. Saat wanita itu baru membuka mulut bertanya soalan, tiba-tiba..."Puuuttttt". Upps..tanpa sengaja wanita tersebut telah terbuang angin (kentut) dengan mengeluarkan bunyi yang dapat didengar oleh Hatim. Malunya wanita itu bukan kepalang dan Hatim faham bagaimana perasaan wanita tetamunya itu, lalu dengan segera dia cuba menutupinya dengan berkata, "Kuatkan suara kamu". Hatim berkata demikian kerana dia berpura-pura kononnya dia mempunyai masalah pendengaran a.k.a pekak. Wanita itu merasa senang hati, lega dan tidak salah tingkah kerana menyangka Hatim ini seorang yang pekak, maka pastilah dia tidak mendengar bunyi letupan gas angin yang telah di buang oleh wanita tersebut.
           (Photo ihsan Pok Cik Google)

Sejak dari hari itu Hatim di kenali dengan panggilan Hatim Si Pekak dan Hatim terus 'berlakon' menjadi orang yang pekak selama wanita itu masih hidup. Setelah wanita itu meninggal dunia kira-kira 15 tahun kemudian, (15 tahun? Lamanya!)  Iya, selama 15 tahun Hatim di gelar Hatim si Pekak dan setelah wanita itu meninggal dunia barulah Hatim berhenti berpura-pura dan kembali normal. Tapi oleh kerana sudah terbiasa berkata "kuatkan suara kamu" maka Hatim selalu berkata begitu setiap kali ada orang ingin berbicara dengan nya. Begitulah kisahnya suatu pada waktu dahulu...

(Para ulama menyebutkan sikap Hatim itu sebagai 'aadaab taghaaful' iaitu etika berpura-pura tidak mengetahui ketergelinciran atau ketidak sengajaan yang dilakukan oleh orang lain.)

Hari ini....
Kalaulah peritiwa kentut pembuangan angin di atas berlaku pada kita bagaimanakah agaknya reaksi kita?

  • Kita pasti akan ketawa terbahak-bahak atau kalau tidak pun sekurang-kurangnya kita akan tersenyum sumbing simpul gelihati sehingga menimbulkan rasa malu yang amat sangat pada si pembuang angin.
  • Tidak mustahil juga kita terperanjat sambil terbeliak bijik mata kerana kita menganggap sungguh kurang sopan dia kentut di khalayak ramai di depan kita beserta dengan sound effect yang cukup menggegarkan.
  • Atau mungkin secara spontan kita terus menahan nafas menutup hidung kerana beranggapan selalunya bunyi seperti itu pasti diikuti dengan package lengkap 2 in 1 iaitu tebaran bau yang menyesakkan dada.
  • Kalau pun kita buat-buat tak tahu semasa mendengar bunyi letupan gas itu, tiada jaminan yang kita tidak akan bergossip bercerita dengan orang lain..."Awak tahu, masa dia tengah tanya kita, tiba-tiba puuttt...pot pet pot pet.." heboh One Malaysia kita bercerita.
Astaghfirullah hal azim. Astaghfirullah hal azim. Astaghfirullah hal azim.
Marilah muhasabah diri, bagaimana sikap kita selama ini?
Betapa berbezanya kita dengan Hatim, yang sanggup di gelar si pekak selama 15 tahun, semata-mata kerana menutupi aib 'kecil' seorang wanita. Bagaimana dengan kita? Bagaimana dengan kita?
Sebelum kita melelapkan mata pada malam ini, bertekadlah di dalam hati, mulai esok sama-samalah kita berusaha menghidupkan kembali, etika taghaaful dalam diri.

18 comments:

  1. buat² tak dengar boleh kot, buat² tak bau susah sikit... tapi biasanya yang boleh didengar tak mengeluarkan bau, hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh elakkan kentut kat depan orang ramai, kalau dah terlepas nak wat cam mana. tapi malu ahh nak cite ngan orang bila kita dengar orang lain kentut.macam kita tak pernah kentutkan ate.

    ReplyDelete
  3. ada yang buat2 tak dengar.. ada jugak yang terus melenting.. macam dia tak pernah kentutkan.. tapi biasa abaikan je...

    ReplyDelete
  4. penganyaman ketupat dah menjadi suatu fenomena biasa di kalangan kita, sampai tak de rasa apa2.
    walaupun sejuta org dh kata, spt makan bangkai saudaranya, tp still nk continue anyam ketupat berbakul-bakul, lebih enak secara berjemaah.
    di mana salahnya?
    *muhasabah diri*

    ReplyDelete
  5. jangan kentut dalam lif..tu menganiaya orang se lif namanya...:)

    ReplyDelete
  6. Yun besa wat2 x dgr jek..
    tp xde la buat2 pekak..heheh..
    Kang jatuh lak saham.. :P

    ReplyDelete
  7. Betul. Ada serba salah jika itu berlaku kepada kita.

    Tentu tidak sanggup kita untuk menjadi pekak selama itu...

    ReplyDelete
  8. @hani@debu menlukut: Ya..semua org kentut kalo tak, org tu tak normal ;).

    ReplyDelete
  9. @KOG: Tak semestinya jugak, kdg dua2 ada, bunyi dan bau. Teori sorang ank buah kita, tak kira ada bunyi atau tidak yang penting 'panas' kalo rasa panas pasti bau. LOL.

    ReplyDelete
  10. @Cik Ina: Kalau tak tahan kdg tepaksa gak terlepas depan org. Tak sengaja kan.

    ReplyDelete
  11. @Ratu kebaya: Abaikan tapi kepala ligat berpusing mikir.."sapelah yg membuang angin ni.."

    ReplyDelete
  12. @Puding Karamel: Siapa yg salah? Tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
  13. @Daddy Ziyyad: Tergantung situasi kalo senyap tapi berbau itu mmg menganiaya org, tapi kalo beserta sound effect itu aniaya diri sendiri (mau satu lif belasah dg pandangan mata penuh menyampah).

    ReplyDelete
  14. @Cik Shinju: Yun muda lagi setakat 'ter' tak de nye jatuh saham ;).

    ReplyDelete
  15. @azieazah: Tak tergambar berpura-pura pekak 15 tahun semata2 menjaga aib org sekecil itu. Takjub kan?

    ReplyDelete
  16. tetibe teringat lak jaman2 kecik dulu tgh2 main reramai tetibe kuar "tuuuuuutttt"..seme pakat gelak guling2..tp time kcik ada aku kesah..bila skrg aku memang kesahhhhh..(mood muhasabah diri kot2 penah terbuat kat org)..huhu

    ReplyDelete
  17. adik aku suka kentot merate2 tapi kmi anggap itu kesempurnaan dalam aktiviti bergurau senda d masa senggang! hahaha...

    ReplyDelete