"Macamana persiapan nak tambah ahli keluarga?" Pertanyaan di sms yang Ate terima dari Cik Puan Leeliana BOM (Blogger Misteri Faymes) sempat membuat Ate PANIC SESAAT.
Dari kiri: Abang Jambu, Cik Puan Leeliana BOM dan Cikku BulPen di tahun 80an.
"Bu, kita memang tak perlu siap apa-apa ke?" Ate langsung bertanya pada Ibu yang sedang nyantai membaca buku. "Ha'ah lah. Nak siap apa? Siap bawak badan jer lah. Bukan kenduri kat rumah kita." Jawab Ibu acuh tak acuh. "Barang hantaran semua dah siap?" Ishh... Punya lah 'prihatinnya' Ate sebagai kakak. Tinggal 3 hari lagi pernikahan Abang Jambu (adik bongsu Ate) baru nak bertanya kabar. "Dah siap kot." Amboi, ibu pun sama jer. Relaxnya nak dapat menantu.
Abang Jambu yang dah tak Jambu
Tapi tak boleh salahkan kami bersikap begitu. Bukan kerana kami tak nak ambil tahu. Dah Abang Jambu yang nak macam tu. Tak mau kecoh, susahkan kakak-kakak dan ibu. Barang hantaran tak benarkan kami membantu. Kerana dia tahu kami tak faham apa yang dia mahu. Maka semuanya dia buat sendiri kerana dia punya idea tersendiri yang kami pun tak tahu. Bak kata Kak Bayu biarlah dia buat 'sesuka hati', inikan majlis dia, asal tak terkeluar dari batas syar'i.
Ya, benar kata Kak Bayu, buat lah apa pun asal bukan sesuatu yang dimurkai oleh Allah dan yang penting sekali majlis pernikahan tu nanti barakah. Ok lah Abang Jambu. Kami hormati keputusan kamu...(tapi suspense gak, cam ne lah rupanya hantaran gubahan Abang Jambu).
Apa pun menjelang hari pernikahan Abang Jambu dan Lady Sarry, sedikit pesanan dari Ate buat kedua adinda tercinta: Ketika telah menikah nanti dik, ingatlah akan prinsip “hunna libasullakum wa antum libasullahun (Mereka adalah pakaian bagi kamu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka: 2:187). Antara suami dan isteri harus selalu berpegang kepada prinsip ini ya dik, kerana suami dan isteri adalah satu penyatuan yang tidak boleh dipandang secara terpisah. Kebaikan apapun yang ada pada suami merupakan kebaikan bagi isteri, begitulah sebaliknya. Dan kekurangan/kelemahan apapun yang ada pada suami merupakan kekurangan/kelemahan bagi isteri, begitu juga sebaliknya. Maka prinsip ini penting buat kamu berdua dalam menjalani bahtera rumahtangga agar muncul rasa tanggung jawab bersama untuk memupuk kebaikan yang ada dan memperbaiki kelemahan bersama. Hidup, saling lengkap melengkapi barulah terbina keluarga SAMARA (SAkinah, MAwaddah, wa RAhmah).
Selamat Menempuh Alam Rumahtangga (walau rumah ko tak ada tangga). Tiada hadiah yang istimewa dari Ate, hanya bertruck truck doa buat kamu berdua. Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair.
*********
- Baju pengantin pompuan tersenteng..ambik Kat Kak Tah yg tolong 'oter'.
- Call/Sms Puan Leeliana BOM tanya pasal tempahan kek.
- Call Kak Eanon, tempah sambal sotong kembang buat bekal makan tengahari semua bala tentera sebelum ke rumah mempelai perempuan di Pahang.
- Cari 'UHU' nak gam sepatu pengantin
Ate pergi kenduri. ;)
dalam sungguh pesanan ni.. berguna untuk yang dah berkahwin dan bakal berkahwin
ReplyDeletehek eleee, tempah? ingat masak sendiri! haha... ;p
ReplyDeletejadi kita saling menutupi satu sama lain atas segala kekurangan kita
ReplyDeletehihihi...
ReplyDeletecool sungguh suasana yg patut hectic.
td ciksal cite psl bju panganten tersenteng.kesian lady sarry...
smg sume bende last minit ni settled n lancar la majlis hendaknya...amiin...
memang cool..jangan repot2..biarkan ia berlalu sesuai waktu..cewwah padahal dlm ati bergelodak..tp lady sarry mmg cuak bile baju pengantin senteng..huaaaaaa jazakillah ate atas peringatan yang sangat bermakna..(tetibe teringat plan "buli membuli" mengerikan..hehehhe)
ReplyDeleteyg penting berkat..(sambil fikir, bila GB nak kawin ni? heheh)
ReplyDeleteNasihat Ate untuk adik tepat pada masanya. Semoga adik ate selamat melayari hidup berumah tangga.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ate,
ReplyDeleteSemoga semua urusan perkahwinan adik bong Ate dipermudahkan segala urusannya oleh Allah.
Terima kasih singgah blog akak. Bila kelapangan jemputlah datang lagi.
Terima kasih buat semua teman blogger yang sudi menyinggah dan meninggalkan comment di sini. Maaf Ate tak dapat nak reply satu persatu kerana sibuk menerima adik baru. Insyallah selepas ini Ate akan cuba menyinggah ke rumah semua teman-teman pula.
ReplyDelete