TEMPOH HIBERNISASI TELAH BERAKHIR-ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG
Assalamualaikum wr wb.
Ate kembali lagi. Penuh Semangat di Isnin yang cerah. Menemui anda yang baik budi. Moga diberkahi setiap langkah.
Rencananya berhibernisasi untuk menyelesaikan suatu amanah membangunkan Malaysia. Ternyata penyusunan Allah berbeza dari perancangan kita. Baru 2 hari Ate berhibernisasi, tetiba dapat sms, "Sila berangkat ke Jakarta esok pagi, jaga Fatih dan urus bayaran hospital. Tiket dan perbelanjaan ditanggung beres." Ahhh...Bestnyer, sujud syukur tersungkur Ate kegembiraan. Alhamdulillah, pucuk di cita, durian mendatang. Excited tahap gaban. Mana tak nye, lebih dua tahun tak pegi 'obersee'. Apatah lagi ke Jakarta yang penuh dengan kenangan cinta...(Ceh wahhh).
Nak gi 'obersee' kenalah ada buku merah kecik tu...Uhhh! Pasport mana, pasport? Err..nak bawak beg apa ek? Mensesoh lah Ate mengemas baju, pergi money changer... Ya Allah, tang emergency ni lah baru perasan purse koyak, handbag buruk lusuh, baju syantik blum basuh...huhuhu. Tah kenapa tetiba Ate rasa simpati giler kat diri sendiri. Nak menemui 'Cintaku' tapi serba tak kena.
BEFORE: Pergi Ke Jakarta pinjam 'beg free susu' Kak Bayu.
AFTER: Plg, bawa handbag & purse baru. Ijau ngerlip2 lagi.
Begitu begini akhirnya sampai juga Ate di Bandara Soekarno Hatta (walau sebelum berangkat Ate sempat muntah-muntah dan mules-mules pasal stress nak travel obersee sorang-sorang). Di sana anakanda Mamad dah menanti, bersama Pak Misrin, supir yang tinggi budi pekerti. Langsung ke Rumah Sakit Medika Permata Hijau (milik KPJ). Fatih kelihatan kurus dan cengkung kerana sakit Tipes/Tifus (thypus abdominal or typhoid fever). Ate uruskan bayaran hospital...Fuhhh! 3 hari Fatih duduk di hotel di spital terbang dekat 4 juta (RP jerr bukan RM hehehe). Terima kasih tak terhingga buat Pak Hazarul Azly Hamzah, GM di RS Medika Permata Hijau atas segala bantuannya.
Hampir sepekan di Jakarta segala program Say No to Lemak di Badan Ate bertukar menjadi program Say Yes to Makan-makan Nasi Padang. Sarapan, makan siang dan malam itulah menu utama Ate di sana. Bukan Ate doyan banget (suka sangat) sama Nasi Padang tapi itu makanan yang boleh di telan oleh Fatih dan baik untuk perut dan kesihatan dia. "Ibu, Fatih ini gak usah konsumsi makanan jajanan ya. Ibu tahu apa itu makanan jajanan? Makanan jajanan itu makanan yang di jual oleh pedagang asongan seperti Bakso, Gorengan, Bubur Ayam dsb. Prosesnya kurang hiegenis dan bisa tercemar oleh bakteri. Jangan makan pedes dan asam. Bla, bla, bla..." Begitu pesanan (yang dituturkan dengan penuh kelembutan dan sabar) Dokter Muzal Kadim Sp.A (Konsulen Gastroenterohepatologi Anak). Anakanda Mamad pula mengingatkan, "Ate ngan Fatih, jangan beli makanan di kaki lima atau dekat station UI. Takut perut tak tahan. Auntie Ida hari tu datang makan, Allah izin berhari-hari diarrhea." Huhuhu...Ate sangat mencintai makanan jajanan di Jakarta, sayang sekali, cinta suci lagi halal (tapi tak hygienic) ini tidak direstui. Sedihnya perut hati bukan kepalang, Cinta Ate terhalang. Tapi apo nak dikato, demi Fatih, Ate korbankan Nafsu Cinta Makan ini. Takut hilang cerita Ate jaga Fatih, terbalik pulak Fatih jaga Ate.
Inilah namanya kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Dalam tempoh hibernisasi Ate rancang nak settle kan kerja-kerja Ate yang terbengkalai di Malaysia tapi Allah tentukan Ate kena settle kan Fatih di Indonesia. Ate rancang nak menjayakan program Melangsingkan Badan. Ternyata Ate berjaya dalam program Melangsungkan Lemak di Badan. Ate rancang, dah berpeluang ke Jakarta nak lah berNurkasih dengan makanan jajanan kecintaan Ate ternyata Allah izin Ate harus berkasih sayang dengan orang Padang Lauk Pauk Padang. Ya benar...Allah sebaik-baik perancang.
"Ya Allah...Engkau mengetahui keperluanku, lebih daripada aku mengetahui keperluanku. Penuhilah keperluanku sesuai pengetahuan-Mu. Sesugguhnya tiada yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ku selain dari Kau Yang Maha Mengetahui."
*******
Stasiun kereta UI. Perkara yg tak pernah Ate lakukan di Malaysia..melintas di station keretapi. Soekarno Hatta, Permata Hijau, Pondok Indah, Kebayoran, Cilandak, Mampang Prapatan, Tanjung Barat, Depok, Margo City, Stasiun Kereta UI, Pondok Salina.....BUBUR AYAM!!! Insyallah ketemu lagi...Jazakillah hu khairan kathira buat anakanda yang dikasihi Mamad dan Halle Cerry (yang cerewet dan bawel seperti tante nya juga).
Ate kembali lagi....
Assalamualaikum Ate...
ReplyDeleteselamat kembali....
Isnin lebih ceria membaca entry Ate... :]
Selamat kembali dari berhibernasi..
ReplyDeleteFatih tu anak ate ke?
Dia student kat sana?
wahhh pergi jakarta yer..Habislah barang kat Mangga dua tu..Akak kalau tak ke Mangga dua tak sah..
ReplyDelete@ Ibu & abah: Waalaikumussalam wr wb kak.
ReplyDeleteTerima kasih. Baru nak start engine. Blum panas lagi. Rupanya bila lama tak buat entry rasa mcm mula2 berblogging. Slowwwww.
@Daddy Ziyyad: Fatih tu salah seorang dari 6 anak sedara Ate yg belajar di private school di sana. Dulu Ate biasa nguruskan mereka, sejak dua tiga tahun ni aja orang tua dia orang urus sendiri pasal depa dah pandai bahasa Indonesia (banyak tengok sinetron agaknya...hehehe).
ReplyDelete@hani@debumelukut: Dekat 10 tahun Ate berulang ke sana, tak pernah sekali pun Ate sampai ke Mangga Dua, kak. Ngurus anak-anak buah dan beli buku jer. Sian kita...;)
ReplyDeleteokaeri...
ReplyDeleteallah sebaik2 perancang ^^
nanti nak kesana, nak ikut jalan2 ..he he
ReplyDelete@Puding Karamel: Tadaima!
ReplyDelete@Norh: Awk blum pernah ke sana ke?
ReplyDelete@Norh: Ke awk ngajak akak ikut awk jln2 ke sana?
ReplyDeletebila tah dapat g sana? tahun dpn pasport dah abis tempoh..rugi x g..hehehe
ReplyDelete