Sehari sebelum 13 haribulan Hijriah setiap bulan, Ate sering menerima sms yang membuatkan hati haru biru. Setiap kali menerima sms tu rasa macam nak nanggis guling-guling. Kenapalah Mok Usrah Murabbi ate suka antar sms yang menggelikan mengerikan ni? SMS nya berbunyi: "Akhwat yang di kasihi, besok bermula Yaumul Bidh, moga diberi kekuatan untuk berpuasa." Huhuhu..Sampainya hati dia..teganya dikau dia..kejamnya dia..memaksa Ate secara halus tuk berpuasa. Dah dapat sms cam tu, nak tak nak, kenalah puasa juga. Terpaksa? Ya..memang terpaksa. Tapi nak buat camne, kalau kita mengaku sayang kat Rasulullah, kenalah juga puasa.
Puasa sunnah 3 hari straight memang terasa berat 10 ton. Mula-mula buat dulu (hehehe..bukan dulu tapi baru... malu nak cakap bila) rasa macam separuh nyawa (tapi mana ada orang mati pasal berpuasa kan,kan,kan?). Seksinya Seksanya lebih dasyat dari Puasa Bulan Ramadhan. Mana taknya, kita puasa, orang keliling kita dok relax makan minum. Pas complete 3 hari straight, gembira bukan main. Alhamdulillah berjaya juga melaksanakan pesanan Rasulullah.
Kita sering kata cinta Rasulullah tapi sedar atau tidak kita sering meremeh-remehkan sunnah baginda. Apakah ini tanda kecintaan dan kasih sayang kita kepada Rasulullah.. "Sayangkan anak tinggal-tingalkan" "Sayangkan Rasulullah tinggal-tinggalkan sunnahnya." (Menyindir mode: ON) (Dua-dua 'pepatah' tu tak leh di guna pakai kay, sila abaikan). Apa yang Rasulullah tak suruh buat, kita suka-suka nak buat jugak. Apa yang Rasulullah suruh kita buat, suka-suka kita tak nak buat. Contohnya Rasulullah tak suruh kita baca yasin setiap Khamis malam Jumaat.. ehhh, itu lah yang pulun kita buat. Rasulullah suruh kita puasa 3 hari setiap bulan... ehhh, itulah yang tak pernah kita buat.
Abu Hurairah berkata:"Kekasihku (Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam) mewasiatkan kepada ku agar tidak meninggalkan tiga hal sehingga aku mati; puasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan shalat dhuha dan shalat witir sebelum tidur." (HR.Al-Bukhari).
Bila kita mengatakan kita cinta pada Rasulullah maka seharusnya kita berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan apa yang baginda pesan. Nak memulakan sesuatu yang baik tu memang berat. Kadang memerlukan kita memaksa diri sendiri. Tapi bila dah terbiasa, Insyallah amalan yang tadi kita rasa berat 10 ton, lama-lama menjadi semakin ringan. Kalau rasa puasa sunnah sendirian tu berat, ajaklah ahli keluarga atau sahabat-sahabat kita bersahur, berpuasa dan berbuka bersama-sama (Iftar Jemaah Jamaei). Insyallah, marilah kita bersama-sama belajar menikmati amalan Sunnah sebagai sebahagian dari ketaatan kita kepada Allah.
Tetap Segar, Ceria dan Cergas walau berpuasa ;)
No comments:
Post a Comment