Pages

Search This Blog

Thursday, February 24, 2011

CALL CENTRE YANG TIDAK PERNAH ADA NADA 'BUSY'

Pernahkah Anda bayangkan pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
“Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.
Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”
Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
“Maaf, saat ini semua malaikat sedang sibuk membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan giliran.”
Atau..bisakah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat response seperti ini:
“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat”,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail.
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya. 
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar tilawah saat Anda menunggu. 
Tekan 4. “Untuk jawaban pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”
Atau bisa juga Anda mendengar ini :
“Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah menalifon satu kali hari ini. Silakan mencuba lagi hari esok.”
atau…
“Pejabat ini ditutup pada akhir minggu. Silakan menalifon lagi pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menalifon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila sahaja dan Dia mendengar Anda. Karena bila memanggil Allah, Anda tidak akan pernah mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih lengkapnya dan lebih banyak kemaslahatannya, gunakan
nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : Solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Ashar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Lail (tahajjud atau lainnya)
3 : Solat Witir
Info selengkapnya ada di Buku Panduan Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadist Rasul”
Boleh dihubungi secara direct line, tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa apa-apa biaya.
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah saluran hunting yang tak terbatas dan seluruhnya dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun !!!
Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, dia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut”.
7 Kalimah ALLAH tersebut:
1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap ” Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselit perkataan yang tidak sepatutnya.
4. Mengucap ” Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah ” sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat...mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Petikan dari blog Kisah Islami
(Dan Ate pun nyengir-nyengir tersengih-sengih sambil mengetik dan mengedit. This is what we called Creative Writing.)

No comments:

Post a Comment