"Sungguh, air mata yang menitis kerana takut kepada Allah adalah ubat dan kesembuhan bagi jiwa. Menangis adalah ungkapan hati yang bersih. Dia adalah bahasa yang tidak di kenali kecuali bagi orang-orang yang memiliki hati bercahaya. Dia adalah keberkahan yang di miliki seorang yang beriman dan keselamatan bagi orang-orang yang punya rasa takut akan kebesaran Rabbnya." TARBAWI: Kapan Terakhir Kali Kita Menitikkan Air Mata
Membaca 'Tarbawi' ada suatu perasaan yang sukar digambarkan. Sangat menyentuh dan menggugah hati nurani..Iya..Indah sekali untaian kata-kata yang di tulis, sarat dengan makna. Suatu majalah kecil dan tipis tapi isi kandungannya...MANTAPP. Seperti Ate, ramai teman Ate yang suka membaca dan melanggan tarbawi. Tapi yang hairannya mereka (mereka ya...bukan Ate..hehehe tak nak ngaku) tidak pernah ternanti-nanti akan kehadiran tarbawi. Aneh kan? Suka, tapi tak terindu-rindu. Tak ternanti-nanti tuk 'berjumpa lagi'. Bagaimana mau merindu rinduan kalau belum habis baca dah datang lagi edisi seterusnya. Belum sempat membelek edisi baru, datang lagi edisi terbaru...ahhh.. lama-lama rasa suka bertukar jadi bosan. Bila kebosanan mula menguasai diri, timbul pula rasa malas dan benci. Membenci Tarbawi siapa yang rugi? Siapa lagi kalau tak diri sendiri? Ewah...berpantun pulak Ate.
"Bukan tak nak baca. Tapi tak ada masa."
"Buat rugi aja melanggan dan beli. Bacanya tak juga. Edisi lama tak sempat baca lagi dah keluar yang baru."
"Penatlah membaca."
Duh..Juling mata Geleng kepala Ate mendengarnya. Kalo membaca majalah Tarbawi yang kecil tipis tu tak ada masa nak membacanya bagaimanalah pulak nasib buku-buku lain ya? Bak kata Long Ate, kalaulah kita yang membaca ini merasa penat, bayangkan tak betapa penat dan susahnya orang yang menulis. Inilah sikap masyarakat kita yang tidak menjadikan membaca itu suatu budaya.
Majalah Tarbawi kecil (15x21cm sahaja) dan tipis (80 mukasurat sahaja)
Ramai orang yang tidak suka membaca memberikan alasan TIDAK ADA MASA. Sebenarnya kita tak sempat membaca kerana kita tidak mencari masa tuk membaca dan tidak membiasakan diri dengan membaca. Memanglah memupuk minat membaca itu tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Tapi kalau dah besar panjang masih tak suka membaca tak kan nak salahkan ibubapa lagi.
Asal berkemahuan, membaca itu bukan suatu perkara yang susah. Harus ada motivasi. Kalau awal-awal lagi dah rasa membaca itu membosankan, menghantukkan mengantukkan dan segala macam alasan memanglah sampai bila-bila pun kita tidak akan mencari waktu untuk membaca. Buang jauh-jauh fikiran begitu sayang...;). Harus positive..Yakinlah Anda Boleh Fikirkan menafaat atau kebaikan membaca, motivate diri..Membaca itu sesuatu yang menyeronokkan (Seru Lho), menggembirakan, menenangkan, mendamaikan, menghiburkan, menambahkan wawasan dan ilmu, membaca itu jendela dunia, membaca itu .. errr...apa-apalah yang baik dan semua yang baik-baik aja.
Setelah anda termotivasi, buat jadual waktu untuk membaca..berapa jam (atau minit) sehari. Buat target berapa buku seminggu atau sebulan (atau setahun??). Mulakan dengan membaca majalah (bukan majalah hiburan ya sayang) seperti Tarbawi, Dewan Masyarakat dan sebagainya. Terus tingkatkan lagi dengan membaca buku yang nipis dulu. Membaca Harus Dijadikan Kebiasaan kerana itu penting ada jadual dan target. Seperti kebiasaan yang lain, membaca juga perlu dilakukan secara rutin dan terus menerus. Untuk menjadi rutin dan terus menerus, displin diperlukan. Mendisplinkan diri untuk membaca, diperlukan jadual.
Bagi yang benar-benar sibuk dan tak punya banyak masa untuk membaca belajarlah mencuri-curimakan masa. Bawalah buku ke mana sahaja, ada masa luang..baca. Dalam kereta masa traffic jam? Dalam commuter atau LRT? Menanti giliran semasa bayar bill di pejabat pos? Menjemput anak balik sekolah? Menunggu 'bhai' roti lalu depan rumah? Insyallah kalau kita bersungguh, kita akan dapati ada sahaja masa luang yang boleh kita menafaatkan dengan membaca. Ayuh apa di tunggu lagi? Bacalah Sayang.. SELAMAT MEMBACA.
Bagi yang benar-benar sibuk dan tak punya banyak masa untuk membaca belajarlah mencuri-curi
No comments:
Post a Comment