Pages

Search This Blog

Monday, February 28, 2011

BUKAN SEKADAR KISAH CINTANYA LAILA MAJNUN

Based on True Story…
Namanya Pak Suyatno. Usia 58 tahun.  Setiap hari masanya diisi merawat isteri yang sakit.  Isterinya juga sudah tua. Mereka telah berkahwin lebih dari 32 tahun.
Mereka dikurniakan 4 orang anak. Disinilah awal cobaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang, lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu ingin melihat isterinya tersenyum dan Pak Suyatno masih merasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia akan menemani isterinya menonton TV sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan response), Pak Suyatno merasa cukup bahagia bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno selama lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka.  Sekarang anak-anak mereka sudah dewasa, tinggal si bongsu yang masih kuliah. Pada suatu hari, ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata, “Ayah, kami ingin sekali merawat dan menjaga ibu. Semenjak kami kecil kami melihat ayah merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir ayah, bahkan ayah tidak mengizinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya…
“Kami mengizinkan ayah untuk menikah lagi, kami rasa ibu pun akan mengizinkannya dan mengerti. Sampai bila ayah mau menikmati masa tua ayah, dengan berkorban seperti ini… Kami sudah tidak sampai hati melihat ayah bersusah payah… Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
“Anak-anakku… Jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin ayah akan berkahwin lagi. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…” Sejenak kerongkongnya tersekat… “Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaan dirinya seperti ini?”
“Kalian menginginkan ayah bahagia… Apakah batin ayah dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?”
“Kalian menginginkan ayah yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain… Bagaimana dengan ibumu yang masih sakit?”
Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno… Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu station TV untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno.
“Kenapa Pak Suyatno mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?”
Ketika itu Pak Suyatno menangis… Tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah Pak Suyatno bercerita… “Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…”
“Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya… Sewaktu dia sihat, diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata… Dan dia memberi saya 4 orang anak yang baik-baik.”
“Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.”
“Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya… Apalagi dia sakit… Setiap malam saya bersujud dan menangis, saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.”
“Dan saya yakin hanya kepada Allah lah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya… kerana DIA maha Mendengar…”
Kisah Cinta ini dipetik dari Rumahku Syurgaku.
Mengharap Cinta Tulus Yang Membawa Ke Syurga
Suatu kisah cinta suci yang menyentuh hati.  Kesetiaan seorang suami terhadap isteri. Cinta yang bukan sekadar berlandaskan hawa nafsu..Bukan juga Cinta Buta dan Jahil seperti Cintanya Juliet dan Romeo atau Laila Majnun mahupun Uda dan Dara..tapi Cinta Tulus dengan ikatan pernikahan yang disertakan PENGORBANAN, EHSAN dan KESETIAAN
33 tahun lalu Ate menyaksikan sendiri akan kesetiaan dan kesabaran seorang lelaki yang Ate panggil Abah, dalam merawat dan menjaga Emak yang lumpuh separuh badan. Emak tak boleh berbicara selain mengeluarkan 3 perkataan: "Allah" ketika dia merasa sangat sakit dan  "Abah atau Lala (my 2nd Sister)" ketika dia memerlukan apa-apa.  Walau abah di uji hanya setahun kerana setelah itu Emak pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, tapi masih terbayang di ruang mata Ate bagaimana abah bergelut dalam tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang perlu mencari rezeki dan pada waktu yang sama harus menguruskan semua keperluan emak yang lemah tidak berdaya.. memandikannya, menyuapkan makanan, mendukung emak ke sana ke mari (waktu itu kami tidak punya wheel chair) dan kemudian bergegas pergi ke sekolah (abah seorang guru).  Setiap malam sambil memicit seluruh tubuh emak, abah tak lupa bertanya akan hal pelajaran kami anak-anaknya.  Setiap hujung minggu dan cuti sekolah abah sibuk menghantar emak berubat di merata negeri. Saudara mara khususnya dari kaum ibu-ibu yang melihat kesabaran abah menjaga emak sering terharu dan berbisik sesama mereka..."Kalaulah kita sakit seperti itu, apakah suami kita akan sabar dan setia menjaga kita?" Iya, apakah masih ramai lelaki di luar sana yang punya cinta yang tulus setia seperti Pak Suyatno dan Abah. Mungkin satu dalam seribu..atau mungkin juga Seratus dalam Seribu...Wallahualam..Kita tidak tahu..SEHINGGA CINTA ITU DI UJI.

No comments:

Post a Comment