Pages

Search This Blog

Tuesday, March 1, 2011

WAHAI DIRI..MENANGISLAH


Orang Johor cakap kememeh.  Orang Indonesia bilang Cengeng.  Orang Jawa sebut Gembeng. Orang Poteh say Cry Babies or highly sensitive. Apa pun sebutannya begitulah lah Ate..seorang yang sangat suka mudah menangis. Anehnya, kalau dah mula menangis bukan sahaja air mata yang mengalir, air liur hidung pun turut menjejes jejes macam leaking pipe. Ada orang bergurau, masa banjir bulan lepas, Ate tak boleh balik Johor, nanti 'bah' nya tak surut-surut pasal airmata Ate murah sangat. Tapi Ate bersyukur kerana banyak menangis itu tanda hati kita lembek lembut.  Menangis bukan bererti kita lemah (melainkan di hadapan Allah) tapi menangis adalah salah satu terapi mengurangkan depression (Ate akan ceritakan di post yang akan datang tentang 'kelebihan mengeluarkan airmata').  Jika anda tergolong dalam golongan orang yang tidak belum pandai menangis belajar-belajarlah menangis.

Menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah menangis itu ada 10 kategori:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana merasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana ikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
Bersama air mata yang mengalir dan derai tangis membasahi, terimalah taubat ku Ya Allah

Kalaulah kita lihat kategori di atas, pada kali terakhir kita menangis (bila tu??), agak-agaknya kategori yang mana kita ni ya? Alangkah indahnya jika kita dapat menangis kerana kasih, sayang, takut, cinta dan merasa hina di hadapan Allah.  Wahai Diri..Menangislah. Titiskanlah airmata kerana Allah agar kita termasuk dalam salah satu golongan orang yang mendapat naungan Allah di hari kiamat nanti.**
Wallahualam.
******


Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Tangis adalah basahan hidup, justeru:
Hidup dimulakan dengan tangisan
Dicela oleh tangisan dan
Diakhiri dengan tangisan.
Manusia sentiasa dalam dua tangisan
Sabda Rasulullah Salallahi ‘Alaihi Wassalam
“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,
pertama titisan darah para Syuhada
dan titisan air mata yang jatuh
kerana takutkan ALLAH.”
Nabi Muhammad Salallahi ‘Alaihi Wassalam bersabda
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu
banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Bukankah Nabi Salallahi ‘Alaihi Wassalam
pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat
syurga dipagari bala.”
Menangislah wahai diri
Agar senyumanmu banyak di kemudian hari
Kerana engkau belum tahu
Nasibmu dihisab kanan Atau kiri 
(Petikan Puisi dari ROY:UNTOLD STORY)
**Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya iaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitiskan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)

4 comments:

  1. part air hidung tu, nampaknya i terpaksa bersetuju dan sokong, hihi

    tak suka nangis depan orang, mak marah kata ngada², kalau nak nangis sila sorok² dalam grobok

    ReplyDelete
  2. Uiii..mak awak mmg garang.
    Nangis dalam grobok?? Kesiannya..(sampai sekarang ke??) Kita kalo nangis siap boleh kesat air hidung kat abah kita lagi...wuhahahaha.

    ReplyDelete
  3. mak kita kata, kita macam mak cik kita yang garang tu...banyak ciri-cirinya...kalau KOG rindu kat mak dia, dia boleh tengok kita...Sanggup?

    ReplyDelete
  4. Hahaha..Jgn menyanggup Meow. Mak meow dulu tak sebesor kak gerau ;)

    ReplyDelete