"Ate, Wak Jon (bukan nama sebenar) nak jadi hafiz."
"Hah? Mana awak tau?" Terkejut Ate mendengar kata-kata Rien. Ate yang pernah mendidik dan melihat Wak Jon membesar macam tak percaya. Anak yang dari kecik sampai remaja 'kemaruk' anime dan manga tu, boleh bercita-cita nak jadi hafiz? Dulu kata nak pergi Jepun.
"Siapa cerita ngan awak, Wak nak jadi hafiz?"
"Dia sendiri cakap. Pas exam tahun depan dia nak duduk NF lagi, sampai jadi hafiz. Kawan-kawan dia kata mana sempat, setahun setengah lagi dah nak masuk U. Dia kata tak pe. Yg penting ilmu bekal akhirat di dulukan. Masuk U tu bila-bila bole. Lagi pun dia kata kalau dah hafal Al Quran, Allah akan mudahkan kita untuk belajar ilmu lain."
"Brapa juzuk dia dah hafal?"
"Entah. Dia baru nak masuk juz 26 ke 27 tak ingat lah. Aaaa...dia cakap, dia kagum bila baca anak-anak di Palestine kecik-kecik dah jadi hafiz. Walau Wak baru nak mula, tapi dia harap Allah akan bantu dia dan terangkan hati dia, boleh cepat-cepat habis hafal 30 juzuk. Ini salah satu tanda dia nak berbakti pada umi ngan abah dia."
Tiba-tiba mata Ate terasa panas. Entah kenapa sebak sungguh dada ini. Teringat akan arwah Abah. Ketika melihat cucu sulungnya yang ketika itu berusia 9 tahun menunjukkan minat untuk menghafal Quran, abah berpesan; "Rajin-rajin hafal, Mamad (Bukan nama sebenar). Nanti kalau dah jadi hafiz, kat akhirat jangan lupa pimpin tangan atok masuk syurga*. Yang penting bukan hafal aja, mesti amalkan tau. Pas tu Mamad jadi imam, atok jadi makmum." Alhamdulillah 4 tahun setelah itu Mamad jadi hafiz, namun abah tak sempat solat berimamkan Mamad. Abah, hari ini seorang lagi cucu abah punya cita-cita yang sama dan abah tiada di sini untuk berpesan kepada dia. Moga abah tenang di alam sana.
Buat orangtua Mamad dan Wak Jon, Allah tahu apa 'tugas' yang awak telah laksanakan selama ini. Yakinlah janji Allah itu benar. Wak Jon, gapailah cita-cita mu dengan bersungguh-sungguh, nak. Ate akan mendoakan dari jauh. Ubb, peliharalah iman mu, Ate tahu kamu juga anak yang soleh dan taat pada orangtua. Buat Mamad, jagalah hafalan mu dan teruslah mengamalkannya dalam kehidupan setiap hari.
***********
* "Terdapat banyak riwayat shahih mengenai syafaat Al-Quran di hari Kiamat kepada sahabat dan pengamalnya, sebagaimana sahnya hadith-hadith syafaat orang-orang saleh dan hafiz Al-Quran jika ia mengamalkannya dan berhenti ketika hadnya, tidak sekali-kali di haramkan - DENGAN IZIN ALLAH - dari mendapat Syafaat ini. Akan tetapi mengkhususkan bilangan yang dikhususkan untuk mendapat syafaatnya, kesemua keinginan tersebut perlu ditsabitkan dari Nabi saw, kerana sesungguhnya tidak ada cara dari ilmu apa-apa sekalipun mengenai perkara ghaib melainkan wahyu." Dr Ahmad Taha Rayyan. Pensyarah Fiqh Muqaran (perbandingan) Universiti Al Azhar.
* "Terdapat banyak riwayat shahih mengenai syafaat Al-Quran di hari Kiamat kepada sahabat dan pengamalnya, sebagaimana sahnya hadith-hadith syafaat orang-orang saleh dan hafiz Al-Quran jika ia mengamalkannya dan berhenti ketika hadnya, tidak sekali-kali di haramkan - DENGAN IZIN ALLAH - dari mendapat Syafaat ini. Akan tetapi mengkhususkan bilangan yang dikhususkan untuk mendapat syafaatnya, kesemua keinginan tersebut perlu ditsabitkan dari Nabi saw, kerana sesungguhnya tidak ada cara dari ilmu apa-apa sekalipun mengenai perkara ghaib melainkan wahyu." Dr Ahmad Taha Rayyan. Pensyarah Fiqh Muqaran (perbandingan) Universiti Al Azhar.
wak jon? yang telah mengentutkan leelin berkali² masa kecik dulu? uhuk², terharu... semoga cepat cita² tercapai :)
ReplyDeleteassalamualaikum..salam ziarah dan folo blog ini
ReplyDeletesemoga tuan belog senantiasa dirahmati Allah SWT..
Ann..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Sangat terharu bila baca bahagian..
" Ilmu bekalan Akhirat di dahulukan..."
Alhamdulillah.... kerana bila ilmu Al-Quran telah sebati dalam jiwa seseorang... maka ilmu yang lain lebih mudah untuk dikuasai..Insya'Allah.
@kucingorengemuk:A'ah wak jon yg banyak angin tu. Hahaha.
ReplyDelete@sahromnasrudin: Waalaikumussalam wr wb. Terima kasih. Amin.
ReplyDelete@Ibu n Abah:Betul tu kak. Tapi 'wak jon' ni mak dia susah hati skit, psl semua benda dia nak buat. Tk menumpu pd sesuatu. Takut tak terkejar.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAtuk sdang menunggu Mamad di pintu syurga, insyaAllah.
mamad & wak jon jangan lupa leelin & abang deris sekali ye nanti... tumpang :)
ReplyDeleteya Allah....sejuk mata saya baca entri ni. nak jugak anak yg boleh jadi hafiz dan cemerlang dalam segala hal. semoga Allah kurniakan kite semua zuriat yg macam tu. amin~
ReplyDelete@Ahmad Humairi: Waalaikumussalam wr wb cikgu.
ReplyDeleteAmin.
@KOG: Aahhh..baru kita tahu siapa tu abg Deris. Slama ni kita ingat opis mate Meow. Slow lah kita ni.
ReplyDelete@GB: Amin. Insyallah, mdh2an Cik Munge cepat2 bertemu jodoh dan dikurniakan zuriat yang hafiz, soleh lagi cemerlang dunia akhirat.
ReplyDeleteAlhamdulillah... tringinnya nak anak bgitu ;)
ReplyDelete