Scene 1
Tempat: Di sebuah tadika.
Sebelum pulang, anak-anak murid beratur menunggu giliran. Seorang demi seorang pelajar menundukkan dan menghulurkan kepala kepada guru untuk di rukyah didoa:
"Ya Allah, Ya Tuhanku. Jadikan Azzam anak yang soleh, lembut hatinya, cerdas akalnya dan cergaskanlah tubuh badannya. Amin ya rabbal 'alamin.” Fffuuhhhh.. Sang Guru menyembur menghembus di bahagian ubun-ubun anak murid. Usap kepala (sebenarnya nak sapu air liur yang tersembur) dan mencium dahi (uhh..bau! Tahan nafas). Hulur kaki tangan, untuk di salam. "Next!"
“Cikgu..doakan lagi. Hari ini saya nak banyak nie.” Tersengih-sengih Azzam (5 tahun waktu itu) mengangkat kedua tangannya sambil menunjukkan 10 jarinya.
Ternyata anak-anak suka mendengar mereka di doakan.
Scene 2
Tempat: Di rumah
“Ummi! Tengok Abang Azzam ni..dia amik buku adik.”
“Azzammm.. berapa kali dah ummi cakap. Jangan kacau adik. Kenapa Azzam tak nak dengar kata ummi.”
“Ummi tu..”
“Eh eh! Kenapa pulak dengan ummi?”
"Ya lah. Ummi tu yang tak mau doakan Azzam macam Cikgu, sebab tu Azzam ‘nakal’."
“Siapa kata Ummi tak doakan Azzam? Ummi selalu doakan Azzam dan semua anak-anak ummi.”
“Azzam tak pernah dengar pun.”
Ternyata anak-anak suka mendengar mereka di doakan.
*******
Kisah 2 scene di atas adalah kisah benar yang terjadi berbelas tahun lalu. Bukan Azzam sahaja, malah ramai pelajar lain turut bertanya kepada ibubapa, kenapa mereka tidak pernah mendengar umi/abah mendoakan mereka?
Ternyata anak-anak suka MENDENGAR mereka di doakan.
Doa sememangnya memainkan peranan penting dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Libatkanlah Allah selalu dalam setiap tahapan mendidik anak dengan memperbanyakkan doa sejak anak di dalam kandungan lagi. Memperbanyakkan berdoa, membaca dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan berbual-bual dengan anak adalah merupakan suatu bentuk ‘bonding communication’.
Doa buat kekasih anak boleh di lantunkan secara:
1. Mute atau dengan suara yang perlahan dan penuh berharap setiap selesai solat 5 waktu dan dalam solat tahajud. Cara ini lebih merupakan pengharapan dan permohonan kita kepada Allah buat anak-anak kita.* (Note)
2. Ber ‘volume’ bersama dengan anak. Khusus buat anak pra sekolah doa 'ber volume' ini penting agar anak tahu apa harapan ibubapa. Doa bervolume ini biasanya merupakan doa ‘pribadi’ (personal) dan di lakukan secara spontan. Tetapi doa pribadi bervolume ini boleh juga di lakukan secara routine seperti yang dilakukan oleh guru tadika di atas. Kalau di rumah mungkin waktu yang sesuai adalah ketika anak bangun atau sebelum tidur.
Doa 'ber volume' ini akan menjadi lebih berkesan:
a) Berdasarkan kesesuaian mood anak. Contohnya jika waktu itu anak asyik memukul atau berkelahi dengan adiknya, maka doakanlah "Ya Allah kurniakanlah rasa belas kasihan dan perasaan sayang pada Ismaeil terhadap adiknya Ibrahim."
b) Menggunakan bahasa yang mudah mengikut usia anak. Simple and direct. Contohnya kalau anak suka menangis. Berdoalah "Ya Allah, janganlah Kau jadikan Himmah anak yang suka menanggis. Gembirakanlah dia. Jadikanlah dia tersenyum selalu."
c) Menyebut nama anak sambil memberikan sentuhan, pelukan dan ciuman.
Ibubapa harus membiasakan anak-anak berdoa dalam setiap detik kehidupan mereka. Selain dari doa-doa ‘pribadi’ dan yang di lakukan secara spontan jangan sesekali melupakan doa harian yang di ajarkan di dalam Islam. Minimal ibubapa harus menghafal doa-doa harian yang basic seperti:
a) Doa sebelum dan selepas makan. (Sebelum mkn ni doa paling famous. Kalau ibubapa tak hafal juga tak taulah den nak kato apo)
b) Doa sebelum dan selepas bangun tidur.
c) Doa sebelum dan selepas keluar tandas. (Haa..yang ini selalu terlupa pasal biasanya terburu-buru masuk, tak sempat nak berdoa)
d) Doa memakai pakaian.
e) Doa ketika bercermin.
f) Doa sebelum keluar rumah.
g) Doa naik kenderaan.
h) Doa sebelum belajar.
i) Doa buat kedua ibubapa.
(Secara jujur dari 9 list doa di atas berapa agaknya yang kita sbg ibubapa dah hafal ek?)
Praktikkan doa-doa di atas bersama anak-anak. Membiasakan anak-anak berdoa, secara langsung kita telah mendidik anak kita bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan berkuasa melakukan apa sahaja. Dia dapat mendengar setiap doa dan kerana itu kita harus sentiasa berdoa kepada Allah. Dialah satu-satunya yang dapat memberi kita segala hal yang kita perlukan. Hanya Allah tempat meminta dan hanya Allah tempat kita memohon perlindungan.
*******
* Khusus buat anak yang mula membesar dan remaja, seboleh mungkin doakan setiap anak beserta dengan solat tahajud 2 rakaat. (Biar betul? Kalau 10 anak 20 rakaat?..Fuyoo..Solat tahajud sepanjang malamlah gamaknya). Iya, Ate pernah mendengar kisah benar, seorang Ibu 9 anak yang sering bersolat tahajud 2 rakaat bagi setiap anak kerana ingin mendoakan kesejahteraan dan keselamatan dunia akhirat buat anak-anaknya. Menurut Ibu tersebut, sebagai manusia kita punya kuasa yang terbatas. Kita tidak mampu mengawasi anak kita setiap detik. Kita juga tidak dapat tahu dan tidak dapat melihat apa yang anak kita lakukan di luar rumah. Tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Maka itu, kita perlu berdoa dan menitipkan anak kita kepada Allah dengan memohonkan keselamatan buat mereka. Kalau kita berdoa dengan penuh ikhlas tidak mungkin Allah akan menghampakan kita.
Alhamdulillah...
ReplyDeletesesuatu yang sangat baik untuk dikongsi bersama.. selalu akak terlepas pandang... terima kaseh...
Iya kak. Hidup ini adalah proses pembelajaran yang tidak pernah berhenti. Sebagai manusia biasa, kadang kita terlepas pandang. Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak tanpa kita sedari sebenarnya banyak yang kita belajar dari mereka.
ReplyDelete