Iklan Petronas Lamaaaa Dulu.. NO CHARGE
Iklan ni, tak pernah gagal membuat Ate menjejes air hidung menitis airmata.
*******
Kepada sesiapa yang masih punya ayah, abah, apok, abi, bapak, baba, daddy, papa atau apa juga panggilan buat seorang bapa hargailah mereka selagi mereka masih ada. Banyak sudah kisah kita dengar, orang-orang yang menyesali masa lalu. Menyesal, mengapa kita tidak pernah melakukan apa-apa yang selayaknya kita lakukan ketika seseorang yang kita kasihi masih ada di dunia ini. Menyesal, kerana setelah semuanya tinggal kenangan ternyata kita tidak sempat berbakti. Menyesal kerana kita tidak pernah memahami bahasa cintanya. Menyesal kerana setelah semuanya tinggal kenangan ternyata kita tidak pernah sekali pun melahirkan ungkapan cinta kita buat seorang lelaki yang bernama ayah.
"Memahami BAHASA CINTA seorang lelaki yang bernama AYAH tak selalu mudah. Tapi siapa pun ayah kita, yakinlah, ada kelembutan di hatinya. Seperti apa pun caranya, percayalah ada ketulusan si sebaliknya. Seorang lelaki yang bernama Ayah punya cara tersendiri dalam mencintai kita." (Tarbawi)
*******
( kucingorengemok jangan nak menyorok kat grobok eh)
terharu...sob sob~
ReplyDeleteayah tetap nak jaga dan rasa tanggungjawab terhadap anak dia walau anaknya dah besar panjang kan?
Ann...
ReplyDeleteakak tak pernah merasai kasih sayang bapa/ayah/daddy...
tapi Alhamdulillah... dikurniakan suami yang baik menjadi abah yang bertanggungjawap buat anak2...
Akan terapkan dalam diri anak-anak supaya menghormati dan menyayangi abah mereka.....
ate niii... tak suka tau, tahu je kita nak buat apa! (lap air hidung kat bahu)
ReplyDelete@GB: Tol laha tu. BTW Ate suka tengok gambo mak ayah GB, bahagia jerr.
ReplyDelete@Ibu n Abah: Alhamdulillah rezeki akak dapat suami yg baik dan abah yg penyayang buat anak-anak akak. Kena banyak syukur kan kak?
ReplyDelete@KOG: Kita cuba gak lap air hidung kat bahu tapi nape tak leh ek?? Leher kita pendek ke bahu ke pendek?
ReplyDeletehahhaa, bahu kontot?
ReplyDeleteKita ada 2 abah.
ReplyDeleteKak Gerau eksen ada 2 abah..;)
ReplyDeleteDik geraugebang.... masa baca doa, kena sebut nama 2 abah dan jgn lupa nama 2 emak juga.....kan, kan, kan....tak ketinggalan pada mak n abah mertua.
ReplyDelete