“Sedap popia gemuk bersambal awak. Kita suka sangat. Awak buat sendiri?”
"A' ah, tapi sambalnya tokey yang buat”
“Ohh..awak kerja ngan orang? Gaji ikut hari ke? Kerja dari kul brapa sampai kul brapa? Satu hari brapa gaji? Cuti ari apa?" (Menyoal orang macam polis pencen Interrogation).
"Gaji..(tuutt). Dari pagi sampai petang. Tak ada cuti. Tokey kata bila dia mati baru saya boleh cuti. Hahaha” (Huh?? Dasatnya tokey bibik ni. Dia plak bole happy jer cerita).
"Sikit jer ek, awak dapat. Pas tu tak penat ke kerjaaa aja tak ada cuti?" (Haloo..sesedap mulut jer mengeluarkan kata2).
"Alhamdulillah..disini rejeki ;) saya. Sikit tak apa asal berkah. Penat? Mestilah penat. Nak cari rezeki buat anak-anak belajar...kena rajin kerja, tak bolehlah cuti-cuti Malaysia."
"Betul ke awak tak ada cuti? Habis kalau sakit, kerja jugak?" (Macam tak cayaaa jer)
"Alhamdulillah Allah beri saya sehat. Sakit sikit-sikit tu masih bolehlah kerja. Saya makan jamu dari muda, biar badan kuat."
"Brapa umur awak?" (Isshhh...tak puas hati lagi tu..masih nak soal siasat)
"46."
"Untung awak ya, di beri Allah kesehatan yang baik. Saya ni, umur muda sikit dari awak tapi selalu sakit2."
"Syukur Alhamdulillah, saya masih kuat dan sehat. Tapi...orang Malaysia memang macam tu..tak kuat macam kita orang Indonesia."
Duhh..Bibik ni macam nyindir aku jer.
*******
Pagi itu..dari seorang 'bibik yang bekerja sebagai penjual popia' Ate belajar tentang:
1. Konsep Syukur.
2. Rezeki sedikit tak mengapa yang penting berkah.
3. Harus rajin bekerja dan berusaha baru Allah beri rezeki, jangan asyik fikir nak berehat dan cuti aja macam Ate.
4. Penting kita menjaga kesehatan tubuh badan sedari muda kerana sebagai seorang Islam kita harus memiliki daya tahan tubuh yang kuat (Qawiyyun Jism) sehingga dapat bekerja dan melaksanakan amal ibadah dengan lebih produktif. Sehat tubuh badan itu kan suatu nikmat. Bahkan lebih dicintai oleh Rasulullah saw sebagaimana hadis riwayat Muslim: “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah”.
5. Dalam meniti hidup banyak Ibrah yang boleh kita perolehi. BELAJARLAH MENGAMBIL HIKMAH DARI SIAPA SAJA, walaupun orang itu lebih muda dari kita atau tidak punya pangkat kedudukan di mata masyarakat mahupun berpelajaran rendah...mungkin ada pengalaman hidup mereka menjadikan mereka lebih 'berfikiran' dari kita. Seperti pada pagi itu...Ate belajar dari seorang 'bibik penjual popia'.
1 lagi ibrah... blajar la buat popiah sedap..
ReplyDeleteBuat popia tak susah,cuma nak belajor buat popia sedap yang susah
ReplyDeleteDah berapa kali beli popia ni? kalau mad coool jumpa, tak merasalah...
ReplyDelete@Ummi Nisaa: 2 kali jer. Tak leh mkn benda berminyak slalu..on diet. Hehehe.
ReplyDelete