Pages

Search This Blog

Sunday, February 13, 2011

Mendidik Anak Muslim Prasekolah

Semalam Ate bersama 'Ummu Aufa' (blog sifu Ate) telah di minta oleh teman-teman sepengajian (geng belajar mengaji dan kelas agama ;)) untuk berkongsi bersama tentang Bengkel Penulisan yang pernah kami hadiri sebelum ini. Sepanjang tempoh 4 jam program perkongsian tersebut Ate sempat SYOK SHOCK (terkezutt) dengan kebolehan para sahabat Ate khususnya beberapa orang yang bergelar 'DOKTOR'. Kenapa?? Errr...sekarang belum boleh bagitau dulu kerana ada masalah teknikal sikit ;) (alasan..hehehe).  Jadi kita tinggalkan dulu cerita Bengkel Penulisan yang syok dan shock tu. Insyallah bila masalah teknikal dah selesai Ate ketik di post akan datang.
Sebelum mula menggedik mengetik Ate membaca satu artikel tentang DIDIKAN YANG HARUS DI AJAR PADA ANAK MUSLIM USIA PRASEKOLAH. Apa yang ditulis oleh artikel itu bukan lah perkara baru bagi Ate kerana sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam bidang Taska dan Tadika selama lebih dari 10 tahun, Ate dah hadam dah (konon-kononnya) soal Pendidikan Anak-anak ni. Tapi bila dah terlalu lama meninggal dunia meninggalkan bidang ini kadang-kadang banyak juga yang telah terlupa. Apatah lagi zaman dah berubah. Pesan Rasulullah saw "Didiklah anak mu sesuai dengan zamannya." Maka dengan rendah kaki hati Ate bersedia untuk ulangkaji semula apa yang pernah di ajar dan apa yang perlu Ate belajar lagi tentang pendidikan anak-anak dan sama-samalah kita berkongsi di Ketikan Ate ini.


DIDIKAN YANG HARUS DI AJAR PADA ANAK PRASEKOLAH.
1. AKIDAH DAN KEIMANAN (Salimun Aqidah)
a. Membacakan kalimat tahlil (LA ILAHA ILLA ALLAH) kepada anak berulang-ulang kali setiap hari. 
b. Memperdalamkan muraqabah (kedekatan) Allah dalam hati anak: "Jagalah (perintah) Allah, maka Allah akan menjagamu," dengan senantiasa mengucapkan: "Sesungguhnya Allah melihatmu, Allah mendengarmu dan Allah senantiasa bersamamu". 
c. Memperdalamkan kecintaan anak kepada Allah dan Rasulullah dengan banyak berzikir dan selawat. 

d. Membiasakan anak untuk mendengar dan membaca Al-Qur'an.
e. Membiasakan anak dengan hadis-hadis dan doa-doa dalam kehidupan sehari-hari.

2. ILMU PENGETAHUAN (Mutsaqqoful Fikri)
a. Mengajar anak kandungan Al-qur'an dan Sunnah. 
b. Mengajarkan anak sirah nabi, akhlak, dan perilaku baginda.
c. Menghantar anak ke Tadika atau playgroup yang baik untuk belajar. (Baik tidak semestinya mahal dan mahal tidak semestinya baik.)

d. Membiasakan anak dengan buku dan memupuk kecintaan kepada buku. Bawa ke pameran-pameran buku. Jika berkemampuan, sediakan bilik atau ruangan khas sebagai perpustakaan di rumah.
e. Menjawab semua pertanyaan anak sesuai dengan usia dan 'kemampuan fikiran nya'. 
f. Mendongengkan kisah-kisah teladan yang mendidik (hindari kencenderungan mutlak terhadap dunia khayalan, dengan tetap mempertimbangkan pentingnya daya khayal).
g. Tidak memaksa anak menulis/membaca sebelum masanya (dengan tetap memberikan latihan membaca dan menulis secara bertahap dan perhatikan mood nya.)

3. AKHLAK, PERILAKU DAN SOPAN SANTUN ANAK (Matinul Khuluq)
a. Method paling efektif dalam membentuk akhlak dan mengajar anak tentang sopan santun adalah melalui teladan yang baik dari ibubapa. Sopan santun dipelajari melalui imitation atau peniruan dan kebiasaan anak-anak di rumah. Oleh itu ibubapa harus berhati-hati dalam berperilaku dan berikanlah teladan yang baik buat anak.
b. Menggunakan perkataan yang baik kepada anak, khususnya ketika kita sedang marah atau menasihatinya.
c. Membiasakan anak-anak dengan ucapan terima kasih, maaf dan sebagainya dalam interaksi seharian.
d. Menepati semua janji yang dibuat dengan anak.
e. Tidak berbohong dan sentiasa berkata benar atau jujur.


4. FIZIKAL DAN KESIHATAN TUBUH ANAK (Qowiyyul Jismi)
a. Membiasakan anak bersenam. Sebaik-baiknya di lakukan aktiviti bersama keluarga seperti berjogging, berbasikal, berenang dan sebagainya.
b. Menjaga pemakanan mereka dengan memberikan makanan berkhasiat. Jangan membiasakan mereka dengan makanan ringan yang mengandungi 'MSG'.
c. Melakukan check up secara berkala, terutama untuk gigi dan mata anak.

d. Membiasakan anak menjaga kebersihan diri seperti mandi, menggosok gigi, sentiasa mencuci tangan dan sebagainya. 
e. Membiasakan anak sebelum tidur dan ketika sakit membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.



5. EMOSI DAN PERASAAN ANAK
a. Mengenali emosi anak dan keperluannya pada setiap fasa.
b. Menjadi pendengar yang baik terhadap apa yang dibicarakan anak dan membuatnya merasa bahwa apa yang dibicarakannya adalah penting. Jangan melayani bicara anak dengan separuh hati.
c. Menghargai anak dan tidak merendah-rendahkannya, khususnya di hadapan teman-temannya atau teman-teman anda.
d. Memberi arahan kepada anak dengan jelas, mudah dan lemah lembut.
e. Menemani dan melayani anak ketika dia bermain.
f. Berusaha menggembirakan dan menyenangkan anak, khususnya sebelum tidur dan menjauhkannya dari kejadian-kejadian dan suara-suara menakutkan.
g. Menyedari keburukan memberikan hukuman fizikal seperti memukul, mencubit dan sebagainya
h. Menyadari keburukan memberikan ancaman yang mengakibatkan anak merasa tidak selamat dan tidak di sayangi.



6. KETERAMPILAN SOSIAL ANAK-ANAK
a. Membawa anak ke majlis-majlis (jangan lupa perkenalkan adab majlis) agar anak dapat bergaul dan menumbuhkan rasa percaya diri (keyakinan).
b. Membiasakan anak mengucapkan salam.
d. Membiasakan anak meminta izin dalam segala hal.
e. Mendidik anak untuk membantu melakukan pekerjaan di rumah.
f. Membiasakan anak untuk bermuamalah jual beli, biasakan untuk berani tapi tetap sopan.
g. Mengajar anak konsep silaturrahim dengan mengunjungi kaum keluarga, sahabat dsbnya.
h. Mengajaknya ke masjid untuk menumbuhkan keterikatan hatinya dengan masjid dan ajari mereka untuk tidak malu berinteraksi dengan orang-orang di masjid.

i. Memelihara haiwan peliharaan (ikan, kucing, hamster, labu-labi labi-labi dsb) yang  memungkinkan anak untuk berinteraksi, sayang menyayangi dan belajar bertanggungjawab.
j. Memilih teman yang baik buat anak.

Memelihara Haiwan memupuk perasaan kasih sayang, interaksi dan sifat bertanggungjawab.
7. MEMBENTUK KESENIAN, KEINDAHAN DAN KREATIVITI ANAK
a. Mengajak anak untuk memperindah dan menghiasi bilik tidur mereka.
b. Menyediakan buku mewarna/kertas lukisan (drawing block) dan pensil warna/crayon atau yang 'sewaktu dengannya' dan membiarkan anak melahirkan kreativiti mereka sendiri tetapi masih dibawah pengawasan.
c. Menyediakan permainan "bongkar pasang" seperti lego, puzzle dsbnya.
d. Membawa anak ke tempat-tempat rekreasi seperti pantai, air terjun, pergunungan dan sebagainya.
e. Menonton dokumentari tentang keindahan alam dan sebagainya.
f. Mendengarkan lagu-lagu yang sesuai dengan umur anak (sebaiknya lagu yang 'bermakna' dan memberi pengajaran atau nasehat)
g. Mempamerkan hasil karya seni anak-anak di ruangan khusus seperti di dinding, bilik tidur dan sebagainya sebagai tanda menghargai karya mereka.

Anak kreatif..'melekatkan' telefon di kepala.
Sebenarnya bila membicarakan soal PENDIDIKAN ANAK-ANAK memang tidak akan pernah ada nokhtahnya. Sedar atau tidak dalam proses kita mendidik anak-anak banyak 'keaiban' 'keajaiban' yang kita pelajari dari mereka. Walau lelah dan sangat meletihkan dalam melayani dan mendidik anak-anak, tidak dapat dinafikan ketulusan dan kesucian mereka banyak mewarnai kehidupan kita. 


Sudah terlalu panjang ketikan Ate pada post kali ini. Tangan dah ketar, mata mula berpinar..bukan karena letih mengetik dan memandang screen computer tapi kerana perut mula berdongdang sayang. Sampai bertemu lagi di Ketikan Ate seterusnya...

2 comments:

  1. askm
    well done ate...!!!
    dunia penulis sepi tanpa teman..
    ate dah mewarnai sebahagian dr dunia 'mama' @ ummu aufa..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wr wb.
    Thank you mama/sifu.
    Tapi blog ate masih blum cantik lagi. Nak cari masa berguru..

    ReplyDelete