Pages

Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

MENCEGAH VIRUS DI KOMPUTER QALBU

Kemaren, sehari suntuk Ate dok sibuk membersihkan blog ini dari Malware dan segala macam virus dan cacing yang bersarang di blog. Bertanya sana sini pada teman-teman blogger (TQ KOG dan Dr Singa). Menyelusuri semua jalan-jalan yang di tunjukkan oleh Pok Cik Guggle. Sempat juga Ate menyinggah beberapa rumah maya yang memberi pelbagai tips dan triks. Satu demi satu di cuba dengan tersangatlah gigih. Doa pun tak putus-putus di panjatkan pada Illahi. "Ya Allah, 'sembuhkanlah' blog Ate." Seyes...begitu bersungguh-sungguh sekali. Alhamdulillah, menjelang maghrib akhirnya bersih juga 'Ketikan Ate' ini.
Malam tadi sebelum tidur tetiba aja Ate terfikir susah jugak nak membersihkan virus ni ek.  Itu baru di blog. Dulu masa lappy Ate di serang virus, Ate tak sedar pun yang virus tu dah lama bersembunyi dan bersarang di celah-celah file dan dokumen, tiba-tiba jer lappy coma dan harus masuk ICU. Alhamdulillah masih boleh di selamatkan lagi. 

Macam mana pulak kalau virus menyerang di hati ya? Akan begitu sungguh-sungguh ke Ate nak membersihkannya? Ishh..lama gak Ate tak scan hati nih. Entah-entah tanpa sedar virus telah pun menyerang dan bersarang dalam Komputer Qalbu sehingga mengoyakkan seluruh jaringan. Uhhh...Bahaya nih, takut tup-tup aja 'padam'. Jom kita jengah-jengah skit bagaimana nak mencegah virus yang bersarang di hati.
1. Harus pasang anti virus yang power dan menyeluruh: Contoh, Anti virus Sabar (untuk virus Marah),  Anti virus Ikhlas (untuk  virus Resah Gelisah), Anti virus Tawadhuk (untuk virus sombong), Anti virus Syukur (untuk virus dengki) dll.
2. Harus update sentiasa: Kalau tak update mudah bagi virus berkembang biak.
3. Harus Scan dengan Zikrullah, tilawah, tahajjud, puasa sunnat dan muhasabah. 
4. Jangan lupa kunjungi website antivirus untuk update: Majlis Ta'lim, kuliah agama, berkumpul bersama teman-teman yang soleh dan yang sewaktu dengannya.
5. Hindari website yang berpotensi menyebarkan virus seperti: Majlis Gosip, Majlis maksiat atau www.hasadengki.com.
6. Pasang aplikasi Istiqamah dan doa.
Sebenarnya tips and trik ni belum cukup power lagi ni...Ada sesiapa yang nak tambah? Biar Komputer Qalbu kita benar-benar bersih dari segala virus yang bersarang.



24 comments:

  1. Hehe, saya suka betul awak relatekan virus computer dengan virus hati hehe..

    ReplyDelete
  2. antivirus sedekah untuk virus tamak...?

    ReplyDelete
  3. Iman ada pasang dan surut sebab itu perlu diperingatkan selalu.

    Maaf nak betulkan sikit yer Ate, Ejakan Qalbu (hati)kalau kalbu dalam bahasa arahnya 'anjing'.

    ReplyDelete
  4. saya senang kene virus demam seleseme. hihi~

    tp harap2 takmaulah terjangkit virus2 hati ni...dah le pahala tak banyak. :D

    ReplyDelete
  5. Ate...
    Alhamdulillah...
    sama-sama kita ingat mengingat dan berpesan-pesan....
    Virus yang menganggu hati memang kena bersihkan dengan cara2 yg Ate sebutkan itu... terima kaseh Ate.... nampak remeh tapi manafaat untuk akak.... Jazakallahu....

    ReplyDelete
  6. @KOG: Betullah tu...pandainya tucing demok ni.

    ReplyDelete
  7. @Kunang-kunang: Ok kak. Time kasih kerana telah membetulkan kesilapan Ate.

    ReplyDelete
  8. @GB: Ohh syiannya..tgh tak sihat ek? Mdh2 cepat sembuh.

    Yup. Minta di jauhkan dari dijangkiti, kerana kita serupa..pahala dah lah tk bnyk, kalo kena virus hati ini, pahala yg dah kurang makin sikit plak simpanannya.

    ReplyDelete
  9. @Ibu@abah: Sama2 kak. Jom kita mencegah virus hati dg perbanyakkan mengingati Allah.

    ReplyDelete
  10. Sama la kita..
    baru2 ni lappy diserang virus..

    Tersentuh baca antivirus utk hati tu..
    Tima kasih kerana mengingatkan :)

    ReplyDelete
  11. Cik ina suka baca part yang anti virus menyerang hati. Betul tu kita kena bersihkan hati dari hasad dengki sesama manusia.

    ReplyDelete
  12. byk zikrullah...ingat mati sokmo - pesanan utk dr sndiri ;)

    ReplyDelete
  13. dah ok dah blog ate..

    ate nih kreatif betul..kejadian blog diserang malware jd entri simbolik mcm ni..suka sgt..

    ReplyDelete
  14. salammmm....

    saya kawan KOG..
    :)
    saya nak kawan dengan awak jugak boleh??

    ReplyDelete
  15. virus yg merasuk ke blog Ate itu real? ato hanya muqodimah saja?
    hehehe... mantap nian obat virusnya...

    aku nambah ya... always delete dosa dg perbanyak wudhu

    ReplyDelete
  16. @CikShinju: Kita serupa ;). Jom kita saling ingat mengigatkan dan berpesan ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  17. @Bigdaddy: Benar sabar dan tawakal

    ReplyDelete
  18. @Cik Ina: Penyakit hasad dengki tu lebih bahaya dari barah kan?

    ReplyDelete
  19. @SSL: Bnyk zikrullah pelembut hati.

    ReplyDelete
  20. @Rina: merana akak dik...baru di serang Malware dah susah hati manjang. Tu yg dpt idea ni.

    ReplyDelete
  21. @Dr Singa: Ate slalu dengar KOG menyebut nama doc. Time kasih...Ate pun dah lama nak berkawan dg Doktor Singa tapi tak jumpa2 button follow utk di click.

    ReplyDelete
  22. @Maryulisman: Benar2 terjadi. Sempat kesurupan blog Ate ;).

    Terima kasih ats masukan: "always delete dosa dg perbanyak wudhu".

    Jzkk.

    ReplyDelete