Ate letak gambo ni di Wallpaper hp Blurrcerry Ate.
"Astagfirullah hal adzim!" (Sambil kejam-kejam mata)
"Akakkkk..tak senohong senonoh jerr."
"Ishh...tak de gambo lain ke akak nak letak?"
"Eeiii..gambo sape ni, Ann? Nape lah letak gambo cam ni?"
Begitulah antara reaksi kebanyakan teman-teman Ate bila melihat SEKILAS gambar di atas.
Malah ada yang dengan cepat mengkritik Ate macam-macam tanpa mengetahui hal sebenar.
Sehingga menimbulkan rasa malu yang amat dewasa besar pada diri Ate.
Uhhh...Salah kah aku??
Ate sama sekali tak berniat untuk memaparkan gambar aksi porno tak senonoh kategori SX.
Sungguh Ate tidak berfikiran blue, yellow atau apa juga fikiran yang melencongkan kaler-kaler menjadi kurang bersih.
Kerana pemilik 'Kepunggungan itu'
Mengingatkan Ate kepada...
ROTI BUN
Ya..Ate terbayang Roti Bun kegemaran Ate, setiap kali melihatnya.
Dan pemilik 'Vunggung Roti Bun' di atas, sering membahagiakan Ate.
Seorang lelaki yang sentiasa membuat cinta Ate melimpah ruah.
(Fuhh..lebih hebat dari penangan Seth)
Ya..Dia seorang lelaki yang hebat.
Penawar hati. Penghibur luka lara.
Lucu, suci dan sangat polos.
Inilah lelaki hebat Pemilik Vunggung Roti Bun itu.
"Wahai puteraku ..
Jika engkau hendak mengkritik, biasakan untuk melihat dengan mata lebah .. dan jangan memandang orang lain dengan mata lalat, sebab engkau akan terjatuh kepada perkara yang busuk!" (Nasihat untuk Sang Putera oleh ustazah Yoyoh Yusroh buat anak-anaknya beberapa hari sebelum dia pulang menemui Illahi)
Ya...Wahai putera putriku, bila kau mula dewasa nanti, LIHATLAH DENGAN MATA LEBAH BUKAN DENGAN MATA LALAT. Usah cepat menilai sesuatu dengan fikiran yang negatif. Bukankah bersikap husnudzon (berbaik sangka) itu lebih baik dari su'udzon (berburuk sangka)?
pemilik rambut yang boleh memalukan berus sabut
ReplyDeletesaya pun hidup dikelilingi oleh ramai manusia yg melihat dengan mata lalat. tengok ja terus nak kutuks padahal belum tau kisah sepenuhnya lagi.
ReplyDeletesabor jalah.
suka entri ni :)
skekshi! haha~~
ReplyDeleteterkezut gak mula2..hehe.
ReplyDeleteItulah umat Islam zaman sekarang..
ReplyDeleteTerlalu cepat nak melatah, nak menuduh tanpa usul periksa..
Biasalah Ate manusia sekarang suka sangat jatuhkan hukum.otak orang yang bertanya tu yang kuning sangat. cik ina suka ramas vontot budak kecik yang tembam cam tu. Firdaus selalu jadi mangsa, cik ina cubit sebab terlamapu geram. nasib baiklah roti bun ko tak duk sebelah rumah.
ReplyDeletewow... time mandi tepuk vontot ni.. mesti best
ReplyDeleteWahahahahahaha.. Lepas ni saya akan amalkan mata lebah tu..
ReplyDeleteKita setuju dgan KOG...tukang gunting rambut mesti menangis meraung-raung kalau mintak dipotong rambut budak ni...ki kiki...
ReplyDeleteseksinye roti ban tu ate! hahaha!!!
ReplyDeletehehehehehehe...
ReplyDeletekat umah akak ada seorang pemilik 'roti bun' sebegitu... berusia 6 tahun sahaja...
memang boleh gerammm....
oooppppsssssss...
setuju,kene pandang dengan mata lebah...
ReplyDeletesangat setuju
tp tang mana sama punggung dengan roti ban?
huhu...
pandangan mata lebah atau mata lalat, dipengaruhi oleh pengalaman..ye dak?
ReplyDeleteowhh tidak memang sx.. lagi2x kalau budak comelnyer gambar... hihihi..
ReplyDelete@KOG: Awk jealouslah tu keturunan kucing tak de ghambut cam berus sabut ;).
ReplyDelete@Dinas Aldi: Lain kali kita jumpa org bermata lalat ni kita spray depa ngan Ridsect.
ReplyDelete@Bujal: Ya dia sgt syekshi.
ReplyDelete@Eera: Mujur tak sakit jantung terkezut ;)
ReplyDelete@Daddy Ziyyad: Yup, kita cepat benar melatah, mengkritik dan menghukum.
ReplyDelete@Cik Ina: 'Kesukaan' Cik Ina itu sama dg Ate. Bahkan bukan vontot sahaja tetapi juga pipi budak2 yang tembam.
ReplyDelete@Ratu Kebaya: Ya, itu yang sering Ate lakukan dan si vunggung Roti bun akan menjeling marah.
ReplyDelete@Pizli: Jom kita pasang 'mata lebah'.
ReplyDelete@Gerau Gebang: Ko kutuk ghambut budak kicik tu ehh..tak pe..Ghambut dia tu bawak tuah tau. Sape tau pas ni ada org nak amik dia jadi iklan berus sabut...kihkihkih.
ReplyDelete@GB: Setuju dengan GB. Seksi yang suci. Hehehe.
ReplyDelete@Ibu&abah: Kita tau kat umah akak pun ada budak vunggung roti bun yg syomel lagi lucu.
ReplyDelete@Puding Karamel: Hahaha..kena pandang dg mata lebah baru nampak vunggung itu ada kaitan dg roti bun. hehehe.
ReplyDelete@Norh: Hmm..lagi memikirkan soalan ini.
ReplyDelete@Dhuha: Budak comel lagi suci tiadanya SX kan, kan, kan.
ReplyDelete