Pada suatu ketika, Nasaruddin Hoja pergi menunaikan solat di masjid. Ketika selesai solat, dia mendengar suara orang riuh rendah di luar. Lalu dia pun keluar dan bertanya.
"Kenapa kecoh-kecoh ni?"
"Ada unta hilang! Terlepas dari tambatan." Jawab beberapa orang jemaah masjid itu.
Ketika di periksa, ternyata unta Nasaruddin yang hilang...
Jika anda adalah Nasaruddin apakah agaknya reaksi pertama anda? Anda diberi masa 3 saat dari sekarang. Cuba fikir-fikirkan. (Perlu diingatkan disini, unta merupakan salah satu kenderaan mewah pada zaman dahulu...mungkin sekarang kita boleh samakannya dengan Volvo C30...hehehe ini kereta impian pujaan Ate.)
Tut
*
Tut
*
Tut
*
Pretttttt!
Habis Masa.
Cuba nilai jawaban anda dengan apa yang dilakukan oleh Nasaruddin. Jom kita baca sambungan ceritanya:
Dengan terburu-buru Nasaruddin terus masuk semula ke dalam masjid dan melakukan sujud syukur. Semua jemaah yang melihat perbuatan Nasaruddin itu merasa hairan lalu bertanya, "Peliklah kamu ini. Unta hilang, merupakan satu musibah. Mengapa pulak kamu sujud syukur?" Dengan selambanya Nasaruddin berkata, "Aku bersyukur kerana mujur hanya unta aku sahaja yang hilang. Kalaulah aku ada di atas unta itu, pastilah dengan aku-aku sekali hilang bersama-sama unta tu."
Mungkin ada di antara anda merasakan betapa bodohnya Nasaruddin berfikir seperti itu. Nasaruddin Hoja memang terkenal sebagai seorang Mullah (guru, guru sufi) yang lucu dan lugu. Tapi dari kisah-kisahnya yang kadang berbau agak hangit kurang pintar, ada banyak hikmah yang dapat kita petik. Kalau kita lihat dari kisah di atas, kita akan dapati betapa positif nya cara pemikiran Nasaruddin. Perkara yang dianggap sebagai musibah tetapi bila di lihat dari sisi positif akan menjadikan kita hamba Allah yang bersyukur. Tahukah kamu apabila kita bersyukur maka kebahagiaan akan sentiasa bersama kita? (Apasal hari ni Entry Ate ada bunyi ala-ala Ustaz Zambri bercerita dengan adik-adik hah??).
***********
Anda mungkin tidak dapat mengendalikan keadaan,
tapi anda dapat mengendalikan fikiran anda.
Fikiran positif menghasilkan perbuatan dan hasil yang positif.
Photo Ehsan: Pokcik Google
kalo volvo 330 hilang,kalut repot ngan pak gad, pastu ngan mak ayah, pastu ngan polis, pastu ngan pak gad...
ReplyDeleteklo ade boipren yg halal maupon tak, mgkn beliau naik jadik nombo 1
bezenye dgn nasaruddin, dia repot dgn empunya agung kepada dirinya,unta dan jugak pencuri itu, sebelum dia repot kpd yg lain. (tu pon entah2 tade die crite kat sesiapa pon)
menjenguk ke sini utk dptkan yag positif2 saja.. :)
ReplyDeleteWalaupun macam ustaz zambri tapi saya sangat suka..
ReplyDeletecik ina setuju sangat ngan berfikiran positive, bukan setakat hasilnya positive, apa yang berlaku akan datang pun jadi positive.
ReplyDeletesebenarnya teramat mudah untuk fikir positif tapi disusahkan oleh si musuh, jadi dengan cepatnya akan ingat kebendaan lupa Yang Memberi
ReplyDeleteni sama situasi dgn stress kan..sbnrnya stress terjadi bila kita x blh kendalikan sst situasi..
ReplyDeletetakpe, ustad zamri tu comel... ate comel jugak la kan ;)
ReplyDeletesyabas ...entri yg sgt menarik..ia menyenangkan semua pembaca terutama saya :-)
ReplyDeletesaya pernah baca buku hikayat Goha.
ReplyDeletelawak-lawak sengal macam ni jugaklah. khalifah pun dia tibai. hahaha!!!
Singgah jap...
ReplyDeleteBagusnye Pakcik Nasaruddin Hoja nih...
ReplyDeleteSentiasa positif...hati pun tenang yer dak..
Kalau yun ilang volvo,maunye meraung kat situ gak...bukan sbb sygkan keta tp mikir loan bank yg nak kena bayor tu..hakhak...
ika mcm pernah baca la cte pasal nasarudin ni...rasanya dulu ika ade beli cerita lawak/teladan yg ditulis oleh norhayati ibrahim,novelis terkenal tu...tp xngat lak tajuk...kisah dlm buku 2 like wlupun kite lihat dia sebagai pak lawak(ske wat2 bodoh) tp dlm masa yg sama dia adalah sgt pintar...
ReplyDeletewallahhualam...=)
Ate...
ReplyDeletekalau akaklah Volvo C30 akak yang hilang...
1. menangis sedih...
2. buat laporan polis...
3. pikir cara jawapan yang nak akak bagitau suami biar akak tidak dipersalahkan....
kalau C30 lah...
kalau unta...
akak pun sujud syukur...
sebab mana nak letak kat umah tu kalau bela sekor unta.....
-sorry komen sengal malam jemahat....
@Puding Karamel: Ate suka komen awak..berapa banyak nak repot arrr..;D.
ReplyDelete@Norh: Jenguk lah norh, tak di kenakan bayaran pun :).
ReplyDeletePizli: Time kasih kerana suka kat Ustaz Zambri..hehehe. Sengal Ate ni kan?
ReplyDelete@Cik Ina: Ate seruju (sambil angkat dua jari)
ReplyDelete@Anonymous: Terima kasih atas komennya.
ReplyDelete@Cik Betty: Yup..Bila kita tdk berfikiran positive maka kita akan jadi stress.
ReplyDelete@KOG: Time kacih Meow. I tau I mmg comel walau tak secomel Ustz Zamri.
ReplyDelete@Sahrom: Terimakasih Sahrom. Moga manfaat untuk semua termasuk diri saya sendiri.
ReplyDelete@GB: A'ah. Ate suka citer yang dia 'tibai' khalifah..kalau zaman sekarang mesti dah kena... bummm!
ReplyDelete@Pena Rozie: Terima kasih Rozie.
ReplyDelete@Cik Shinju: Hahaha...kelakor lah komen Yun.
ReplyDelete@Ieka: Betol tu Ieka. Sebenarnya dia orang tu pintar. Teguran dalam lawak sinis.
ReplyDelete@Ibu&Abah: Akkkaaakkk...Komen (sengal?) akak buat Ate ketawa geli hati. Kreatif akak..tak terpikir Ate.
ReplyDelete