Pages

Search This Blog

Monday, June 13, 2011

CUKUPKAH SETAHUN SEKALI?

Seorang abah melayan anak-anak di Pantai Lido.
"Allah tak kurniakan semua orang pandai. Tak mengapa kalau kita tak sepandai orang lain yang penting kita usaha. Kalau orang lain melangkah 10 tapak telah sampai ke tempat tujuan, awak harus kuatkan semangat, terus menapak walau terpaksa melangkah 2 kali ganda malah 3 kali ganda berbanding orang lain." Itu nasihat abah pada Ate ketika dia menghantar Ate ke station keretapi sebelum pulang ke kampus berpuluh tahun lalu.

"Kita bawak kereta, jangan syok sendiri. Kena alert dan pandai menafsir, akan kemungkinan kereta depan tetiba nak belok ke, brake ke, dsbnya. Mata bukan kat depan jer, tepi, belakang semua kena jaga-jaga." Sambil duduk di sisi Ate yang sedang memandu, Abah berpesan ketika Ate mula dapat lesen.

"Ye lah, ye lah. Awak menang. Awak aja yang betol." Ini kata-kata abah bila Ate 'berdebat' dengan dia.
"Bapak Ann, memang tak sama ngan mak. Tapi kau orang mana faham isi hati abah." Abah cukup sensitive, mudah mengalirkan airmata. Apatah lagi bila tindakan dia tidak di fahami oleh anak-anak. (Ya, anak-anak sering kurang mengerti bahasa cinta seorang bapa berbanding bahasa cinta seorang ibu).
"Hidup kita ini jangan sampai di jadikan contoh yang tidak baik bagi orang lain."
"Biar aku di susahkan orang, jangan orang susah kerana aku."
"Jangan mengata anak orang hatta di dalam hati, nanti besok kau orang dapat anak, Allah akan uji."
"Aku besok-besok kalau mati, tak tinggalkan harta. Kau orang belajar lah hidup berdikari."


Berbakul prinsip, berkoyan pesanan dan nasihat abah dulu kurang diambil berat. Kini menjadi kenangan. Kenangan yang berubah menjadi rindu yang tak kan terubat, kerana abah telah pergi buat selamanya. Begitu abah telah tiada, baru di rasai. Betapa masih banyak yang belum di lakukan untuk abah tercinta. Betapa masih banyak yang belum di buat untuk membahagiakan dia, meski secuil pun dia tidak pernah meminta kami membahagiakan dia. Sesal? Itu sudah pasti. Maka kepada semua pembaca, jangan jadi seperti Ate. Setelah abah pergi buat selamanya, barulah Ate cuba belajar mengerti dan menyelami lebih jauh 'isi hati abah sebagai seorang abah'. Kini, yang mampu Ate lakukan hanyalah mengenang abah dalam bait doa setiap usai solat.

Teringat Ate kisah seorang lelaki di majalah Tarbawi. Saat ayahnya meninggal dia berusaha tegar dan tidak menangis. Dalam sakit ayahnya yang berbilang tahun, dia cuba merawat ayahnya dengan sabar. Ketika teman-temannya bertakziah, teman-teman itu pun berkata, "Sekurang-kurangnya kamu sudah puas berbakti kepadanya." Temannya melihat bahawa lelaki itu telah mencuba merawat ayahnya dengan baik sehingga akhir hayat. Begitu temannya mengatakan kalimah itu, lelaki itu lari ke kamar dan menangis panjang. Dia bisa tegar kerana kehilangan ayah tercinta, tapi dia tidak bisa merasa puas berbakti kepada ayahnya. "Seberapa pun yang telah kita lakukan, tidak akan ada kata puas untuk berbakti kepada orang tua."
Raikan Father's Day secara bulanan??
Minimal sekali dalam hidupnya, seorang abah pasti pernah menangis untuk kita anak mereka. Tapi pernahkah kita menitiskan air mata untuk semua kebaikan abah kepada kita yang tak dapat kita balas? Kepada yang masih punya abah, luangkan lah waktu bersamanya. Seharusnya sesekali, secara khusus duduk bersama abah untuk waktu yang lama, khusus untuk bercerita apa saja tentang diri kita. Atau bertanya tentang apa jua harapan-harapannya. Pasti kita akan dapati raut muka dan air wajahnya berbeza. Pasti kenangan kita akan ayah tercinta terasa berbeza. Kenanglah dia bukan sekadar pada minggu ke tiga setiap bulan Jun (seperti budaya 'mat salih'), tapi kenanglah dia senantiasa selagi dia masih bersama kita. Ate mengerti, dalam dunia serba moden yang memerlukan kita bergerak pantas, dalam kesibukan kita yang tenggelam dengan tugas yang pelbagai, kadang, tanpa sadar kita telah mengabaikan perhatian kita kepada orang tua kita, kerana itu kita memerlukan 'special day' untuk mengenang mereka. Mengapa tidak kita jadikan birthday mereka sebagai hari yang istimewa itu? Plus, minimum sebulan sekali pada minggu tertentu kita jadikan sebagai hari penghargaan buat mereka. Mengapa harus menunggu setahun sekali? Mengenang jasa bakti mereka setiap hari sahaja belum tentu mencukupi apatah lagi setahun sekali. Fikir-fikirkan lah.

30 comments:

  1. N3 ati pagi ni benar2 telah menyentuh perasaan..
    tak ramai anak yang serapat dan semesra dgn ayah berbeza dengan ibu..tapi tak bermakna kasih ayah dilupakan

    dan memang tak terbalas kasih/pengorbanan seorang ayah membesarkan anak2nya sebagaimana pengorbanan ibu yg melahirkan..tsk!

    ReplyDelete
  2. cik ina tak sanggup nak baca entry ni sampai habis, sebab cam terasa sendiri. Ada perselihan kecil antara cik ina ngan arwah ayah, sampai sekarang masih bersisa kekesalan.Semoga Allah SWT ampunkan dosa cik ina.

    ReplyDelete
  3. Ate...
    tak terkata...setuju semuanya...
    terima kaseh mengingatkan...

    ReplyDelete
  4. kakcik sudah tiada mak mahupun ayah. Setiap kali teringatkan ayah, hati kakcik menjadi hiba yang tidak terkata. :(

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ate,

    Tak terbalas jasa kedua2 orang yang amat berbudi kepada kita ini. Mereka bekorbah tanpa mengharap apa2 balasan selain semuanya untuk kebaikan kita anaknya.

    ReplyDelete
  6. Samada percaya atau tidak bapak kakak tidak menjentik anak-anak selama mendidik anak tidak seperti arwah emak. Kakak dulu masa kecik-kecik selalu main sama-sama dgn bapak kakak walau hidup kami miskin tapi kami kaya kasih-sayang....

    ReplyDelete
  7. Ayah punya cara tersendiri dalam mencintai kita..tapi kita xpunya cara untuk mencintai ayah kita..moga kita belum terlambat utk mengungkapkan rasa cinta kita pada insan yang bergelar ayah....

    ReplyDelete
  8. tersentuh sy baca entri ini...abah awak memang hebat..hebat dalam mendidik anak-anaknya...tahniah ya...

    ReplyDelete
  9. sy x berapa rapat dgn abah..cuma bila birthday sy belikan dia kek sbg tanda sy sayang pdnya cuma x tahu nk tunjuk bagaimana..

    ReplyDelete
  10. Kita dapat rasakan macam mana rupa 'abah' awak seewaktu menasihatkan awak...ada iras 'abah' kita...rasa rindu pada kedua-duanya...

    ReplyDelete
  11. jzkk atas peringatan.hmm..jumat ni balik kne manfaatkan masa ngan family.
    kononnye...
    tp list date peminat2 panjang betol.
    haish...

    ReplyDelete
  12. akak dah tak ada ayah..tetap sayang ayah.

    ReplyDelete
  13. hati saya tersentuh....

    saya terbayangkan pernah ke ayah menangis kerana saya? saya tak pernah perasan , tapi agak2 bila saya kawin nanti ayah nangis tak?

    ReplyDelete
  14. @Makdara Terdiva: Ya ramai anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah, tapi oleh kerana arwah mak Ate pergi sejak Ate kecil, maka kami semua menjadi sgt rapat dengan abah.

    ReplyDelete
  15. @Cik Ina:Terharu dengan pengalaman Cik Ina. Moga Allah perkenankan doa dan harapan Cik Ina. Siapa tau sebelum arwah ayah Cik Ina pergi, dia telah pun memaafkan anaknya di dalam hati. Mudah2an. Amin.

    ReplyDelete
  16. @KakCik: Ya, Ate ada baca ttg pemergian ayah kakcik baru-baru ini. Moga Rohnya aman di alam sana.

    ReplyDelete
  17. @Kunang-kunang: Yup benar kak, tak mungkin terbalas tuk selamanya.

    ReplyDelete
  18. @KakZakie: Untung kak Zakie, hidup kaya dengan kasih sayang..moga melimbah ruah jua buat anak-anak tercinta.

    Ate percaya, kerana abah Ate juga seperti ayah Kak Zakie tak pernah menjentik anak-anaknya, tapi yg mengherankan, Ate dan adik bradik semua garang bukan kepalang. Mungkin ikut sifat arwah mak (hahaha..sengaja cari alasan, yg kurang baik di ikut, yg elok ditinggalkan ;))

    ReplyDelete
  19. @Gumiho: Anda masih belum terlambat dik.

    ReplyDelete
  20. @Sahrom:Alhamdulillah kami bersyukur punya abah yg baik.

    Moga Sahrom juga dapat menjadi seorang ayah yang di banggakan oleh anak-anak Sahrom nanti.

    ReplyDelete
  21. @Rina: Ya, mmg ramai yg rasa kekok dg ayah dan tak tau bagaimana nak menunjukkan rasa kasih.

    ReplyDelete
  22. @GerauGebang: Bila rindu yg kat satu doakanlah dia. Bila rindu yg kat satu lagi tepon2 lah dia.

    ReplyDelete
  23. @Puding Karamel: Ohh..awak ramai peminat ghupanya. Ada fans club? Bole Ate join.

    Gue ngefans sama si Puding...kihkihkih Rock beb.

    ReplyDelete
  24. @Hani@Debu melukut: Masih ada kenangan manis bersama ayah yg tetap diingat ya cikgu?

    ReplyDelete
  25. @GB: Mungkin juga dia nangis diam2 dalam doa dia tuk anaknya. Mungkin juga dia menangis 30 tahun yang lalu masa kelahiran putri sulungnya. Mungkin, mungkin ya mungkin pada hari pernikahan putri sulungnya...Mg dipertemukan jodoh GB dlm waktu yg terdekat.

    ReplyDelete
  26. ate~ kita rapat ngan ayah..ayah kita dah xde masa kita darjah 6... dari derjah 6 sampai masuk U berdikari sendiri... huhuhu~ T_T

    ReplyDelete
  27. Biar aku di susahkan orang, jangan orang susah kerana aku."
    "Jangan mengata anak orang hatta di dalam hati, nanti besok kau orang dapat anak, Allah akan uji"

    hmmm....t.tau nk komen apa tp best sngt nasihat ni..sayang ate ;D

    ReplyDelete
  28. @GP: Pasti GP rindu ayah kan, mcm Ate.

    ReplyDelete
  29. @SSL: Terharunya Ate, di sayangi oleh SSL...:)

    ReplyDelete