Pages

Search This Blog

Tuesday, July 12, 2011

UBUDDUNIYA

Miss Kaypoh: "Uoiiii...Motor baru. Besar giler. Berapa harga? Mesti mahal ek."
Pn Sabar: "Entah. Suami saya...malas nak cakap. Biaq pi lah. Yang tanggung hutang dia."
Miss Kaypoh: "Biar akak teka...RM7,000? 
Pn Sabar: Geleng-geleng kepala sambil kejam-kejam mata.
Miss Kaypoh: RM10,000?? Macam motor anak Mak Enon?
Pn Sabar: "Tak kak, tak...10 Ribu tu harga motor besar budak U. Ni harga motor besar orang dewasa. Boleh beli sebijik kereta import mewah, kak."
Miss Kaypoh: "Huh??? Semahal tu?" Terkejut penguin beruk Miss KaypohMy Photo.....
Ini bukanlah Motor Suami Puan Sabar.
(Photo Ehsan Uncle Google)
Rasulullah salallahu’alaihi wasalam bersabda : “Akan datang masanya dimana manusia akan terkena penyakit wahn, lalu seorang sahabat bertanya : Apa itu penyakit wahn ya Rasulullah, lalu Rasul pun menjawab : Penyakit wahn adalah penyakit cinta dunia (ubudduniya) dan takut mati.

"Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan dia di lubuk hati kami."

16 comments:

  1. kalau dia memang kaya dan mampu dan dah berzakat dan dah bersedekah, ada duit lebih lagi, takpe kot nak pakai motor besar... hmm, entah la kan?

    ReplyDelete
  2. Itu motor idaman saya dan saya akan beli bila saya dah mampu macam kucingorengemok cakap tu hehehe.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Ate....
    akak nak tumpang doa ni juga..
    "Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan dia di lubuk hati kami."
    terima kaseh Ate... akak juga masih punya kecintaan yang melampau pada sidia dan dunia....

    ReplyDelete
  4. motor tu pernah bawa... tersilap pulas.. terus tersasar naik atas pagola.. adoi

    ReplyDelete
  5. motor besar - harga pun besar
    iols tak mampu milik
    huk huk huk

    ReplyDelete
  6. takut juga kalau lebih cintakan dunia berbanding akhirat..ish..moga sy dijauhkan dr bersifat demikian..

    ReplyDelete
  7. Sependapat dgn KOG :)

    Masalahnya, ramai yg badan saiz S, nak pakai baju saiz XL. Ini betuk betul sakit wahn.

    ReplyDelete
  8. Wah, motor besar? sesuai dengan kak gerau dengan bang badang yang besar....tapi duitnya enggak besar dong...he he he..kalau dapat free syiok juga

    ReplyDelete
  9. @Pizli: Amin. Insyallah...usaha tangga kejayaan ;)

    ReplyDelete
  10. Ibu & Abah: Terharu baca komen akak. Itu doa Saidina Abu Bakr. Saidina Ali dan Umar juga ada menggunakan kata-kata yang sama.

    Mudah2an kita begitu. Benda yg ditangan boleh terlepas tapi di hati...kekal selama hayat di kandung badan. "Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan dia di lubuk hati kami."

    ReplyDelete
  11. @Ratu Kebaya: Huh? Biar betul Cik Puan ratu pernah bawak motor cam tu? Motor beso tu...Terrer lah awk ek. (Ate naik basikal pun tak pandai)

    ReplyDelete
  12. @miloais: Tak mampu pasal minum milo ais hari2..milo ais kan mahal. Hehehe..Gurau jer.

    ReplyDelete
  13. @Cik Betty: Amin..Tapi kita manusia yg lemah. Sering terlupa dan kadang confused. Marilah kita saling berpesan2 ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  14. @Daddy Ziyyad: Analog yg baik. Ate suka.

    ReplyDelete
  15. @Gerau gebang: Ya motor besar itu sangat sesuai untuk orang sebesar Kak Gerau tapi Bang Badang Kak Gerau dah kurus lah, nanti motor itu terjungkit.. tak balance...kihkihkih.

    ReplyDelete