Allah kurniakan kita dengan dua mata di hadapan,
Agar kita jangan selalu melihat ke belakang.
Tapi pandang ke hadapan, pandang masa depan.
Allah kurniakan kita 2 telinga di kanan dan di kiri,
Agar kita dapat mendengar dari dua sisi.
Pujian dan kritikan
Memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Tapi Allah hanya kurniakan kita 1 mulut.
Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam,
lebih tajam dari pedang.
Mulut boleh melukakan dan menyakiti.
Kerana itu kita di nasihatkan agar banyak DIAM.
Apatah lagi dah dekat-dekat bulan puasa ni.
Praktis-praktislah 'Aktiviti DIAM'.
Berbicara hanya ketika perlu.
Menurut Ustaz Musyafa Ahmad Rahim
Ada 7 Manfaat diam:
- Pertama: Merupakan Ibadah tanpa harus berpenat lelah. (Uhhh...tapi Ate kalau di suruh diam boleh jadi lebih letih dari di suruh bercakap)
- Kedua: Merupakan hiasan diri tanpa perhiasan. (Baguih ni, tak perlu berbelanja beli benda kuning-kuning. Kuning-kuning BERSIH?? Bukan...bukan kuning-kuning Bersih tu. Kuning-kuning yg ada tulis 916 dan boleh menyebabkan poket kita bersih tak berbaki)
- Ketiga: Wibawa tanpa kekuasaan. (Ok, I need this)
- Keempat: Benteng tanpa dinding (Fuyooo...Magic Invisible wall)
- Kelima: Tidak perlu meminta maaf kepada siapapun (Tiada kata-kata, tiada yang tersakiti)
- Keenam: Malaikat pencatat amal boleh rehat (:D)
- Ketujuh: Penutup keburukan dan sisi-sisi kejahiliyahan diri. (Cover aib dan kelemahan diri?)
tetapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Diam telah menjadi guru yang baik,
agar kita belajar menjadi pendengar yang baik,
di mana banyak orang telah kehilangan sifat ini.
*******
Man Kaana yu’minu bil-laahi wa layau-mil-aakhiri fal-yaqul khairan au li-yaskut. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.
Keenakan Brownies dari Jakarta ini menyebabkan Ate diam
memang simpati abis dgn malaikat yg mencatat amal sy, yg sebelah kiri tu berkerja keras je.
ReplyDeleteAdakah ini entry menyikapi hari bersejarah?
@Puding Karamel: Ate pun 2 kali 5, yg kanan..
ReplyDeletebanyak rehat.
Shhh...Ate mengambil sikap DIAM bukan kerana lemah tapi berhikmah (sambil mulut terus disumbat dg Brownies)
Ate...
ReplyDeleteakak lagi penat kalau disuruh diam...
dalam otak tu yang buat akak jadi penat sangat...
dalam hati pun rasa penat juga...
akak memanglah species yg jangan suruh diam...
macamana tu?....
anyway... semua yg Ate katakan memang betul..
@Ibu & Abah: Tol lah kak..Ate pun cam tu. Kalau suruh diam sehari suntuk, mau meroyan ;). Mulut dah biasa pakai bateri energizer. Tapi tu yang banyak saham 'sebelah kiri'. Kanan ringan jerrr.
ReplyDelete:-) Sama-samalah kita..
ReplyDeleteBab kata orang, elakkan dari "buka mulut jer ada hati yang terluka
ReplyDeletesuka la entry ni..
ReplyDeletesemua tu betul2 belaka..
kalau diam sangat, saya rasa nak demam..hu hu
brownies tu nampak sangat enak...nak rasa..
Diam boleh membawa seribu satu kebaikan. peribahsa pun ada berkata kerana mulut badan binasa.cik ina tak boleh diamlah, nak cakap yang brownies tu sedap.
ReplyDeleteakak lagi hebat Ate oooiii...mulut pakai bateri rechargeable...
ReplyDeletecisss....den kalau dapat coklat pun leh diam gak......ahakz
ReplyDeleteTerimakasih Kak ATE, berpesan-pesan.
ReplyDeleteMujur saya kurang gemarkan kek, jadi kalau dapat sejuring pun dah syukur..:)
Sembilan Haribulan Julai: Rupanya Aku yang Terkulai...!
@Pizli: Sama apa? Tak reti diam?? Awk org lelaki, tak sesuai potpet2 cam org pompuan...hehehe
ReplyDelete@Kunang-kunang: Betol kak..sebelum buka mulut fikir2 dulu.
ReplyDelete@Norh: Ramai blogger yg species tu tak reti diam. Kalo diam cam nak demam...
ReplyDelete@Cik Ina: Diam membawa seribu satu kebaikan...suka quote cik ina ni.
ReplyDeleteHahaha...brownies tu mmg sedap.
@Geraugebang: Ok lah..Kak Gerau memang hebat... (mana mau kalah ko ek...hahaha).
ReplyDelete@jeBateja: Makan coklat mmg kena diam2 dan sembunyi2 nanti anak mintak...;)
ReplyDelete@AA: Sama2 kita berpesan.
ReplyDeleteBaguslah AA tak berapa suka kek, tak elok kan makan benda manis2 ni (kata Ate sambil menguyah lagi sejuring kek...Bila lah Ate nak bertobat dlm soal makan ni...hehehe)