Pages

Search This Blog

Sunday, July 3, 2011

BILA ANAK BERTANYA: IKUT SUKA ALLAH...??

Malam tadi, Ate dan keluarga pergi makan di satu Restoren di Taman Melati. Ramai sungguh orang. Maklumlah Malming (Malam Minggu) di awal bulan. Susah betul nak cari parking.
Masa makan tu kan, adalah seorang kanak-kanak lelaki usia 5 tahun yang tak reti duduk diam. Kejab-kejab dia mintak masuk satu bilik kecik yang tertulis "WASH ROOM'. Ate heran jugak, apesal lah budak ni, sakit perut ke? Sampai Ate tak boleh nak menumpukan perhatian terhadap makanan-makanan mahal sedap yang terhidang. Kesian Ate tengok mama budak tu, sibuk melayan anak sampai tak makan. Sang suami pula makan terburu-buru, mungkin nak bergilir-gilir menjaga anak. Rimas tengok budak tu ke hulu ke hilir, Ate dengan tersangatlah keypohnya bertanya: "Anak awak sakit perut ke?" Mama budak tu tertawa kecil sambil menjawab, "Tak lah, dia memang cam tu, suka masuk mana-mana bilik air yang cantik." Ohh...ada ke pulak pe'el cam tu ek..Suka masuk bilik air cantik. Teringin jugak Ate nak menjenguk kecantikan bilik air tu, tapi malas lah pulak, nak berebut dengan budak kecik tu. Ate pun teruslah makan.
Manakala budak tu pula, tak letih-letih 'meronda' restoren. Risau Ate, bukan apa, takut terlanggar orang hantar makanan/minuman panas. Kan melecur pulak, tak ke naya. Maka dengan membelalakkan mata lemah lembutnya Ate berkata kepada budak itu, "Abang, bahaya tau berjalan ke sana ke mari kat dalam restoren..." Belum habis bicara Ate, dengan beraninya budak tu menjawab "Suka hati abanglah." Mendengar itu mamanya cepat-cepat menegur: "Abang, tak baik cakap macam tu. Kita orang Muslim mana boleh buat sesuka hati kita. Kita mesti buat apa yang Allah suka. Bukan yang kita suka." 
"Habis tu nak cakap macam mana, ma? Suka hati Allah lah? Cam tu ke?" 
Mama budak itu terdiam sebentar, mungkin berfikir, kemudian menyambung, "Errr...kita kena buat apa yang Allah suka. Tadi, apa yang Abang buat, Allah tak suka." (Sah lah mama nya tak menjawab soalan)
"Ohh..jadi Allah tak suka ke Abang jalan-jalan dalam Restoren?"
Mata sang mama terkebil-kebil (mencari jawapan yang paling mudah dan tepat) dan Ate...ketawa geli-geli dalam hati. Mujur budak tu anak sedara Ate. Hehehe. Anak zaman sekarang memang pintar dan sering memeningkan kepala kita untuk menjawab seribu satu soalan mereka.
Restoren tu cahayanya suram. Ate tutup mulut 'abang' tu kerana geram.
*******
Terima kasih buat adinda Ate yang belanja makan malam tadi. Masa makan Ate selalu lupa. Tapi dah kenyang dan tengok orang keluar duit, bayar bil lebih dari seratus ringgit, Ate selalu ada satu perasaan..."Betapa banyaknya dan sangatlah bermewahnya kita berbelanja dalam urusan mengenyangkan perut. Sedangkan ramai lagi orang yang susah, malah berjuang untuk mendapatkan sebuku roti @ sesuap nasi. Ada rasa kesal di hati ini. Tapi kemudian lupa lagi. Wang.. di INFAQ kan untuk nafsu perut...ada kah ianya boleh membantu kita di kampung akhirat nanti?

20 comments:

  1. Ingtkan Ate sound anak sape la td..hehehe..
    Budak2 mmg byk bertanya ikut logik akal..kdg2 x terjawab dek kita.. :)

    ReplyDelete
  2. Ate..
    budak2 sekarang sangat jauh bezanya dengan budak dulu... maybe pendekatan ibubapa yang lebih rapat dengan anak2 membuatkan anak2 lebih 'ramah' dalam menjawap... kita dulu sekali kena jegil, dah lari....
    akak pun dah rasa kalau dulu macam ada 'benteng' antara akak dan emak akak, sekarang anak2 akak dah macam kawan jer dengan akak....

    ReplyDelete
  3. budak -budak sekarang tak cam dulu, masa dulu kita kalau nak bercakap ngan orang pun takut. Ate ko kena sentiasa bersiap sedia , banyak lagi soalan yang bermain difikiran dia tu.

    Alhamdulillah rezeki tu.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak ATE... ketika makan, selera dan nafsu memang buat kita lupa dan terlalai berapa jumlah kos yang perlu dibayar. Selagi mampu, kata orang.

    Pastu kadang2 kita akan tersedar balik, ramai lagi yang tidak langsung mampu. Itupun kadang2 jer kita terfikir. Aduhhh...

    ReplyDelete
  5. Budak-budak ni punya peel ,Kalau ikut hati nak cubit jer ek...pak kallah..sib baik akak dah lepas saat geram nak mencubit sebab anak dah besor...geram lain lak...melawan jer.

    ReplyDelete
  6. tarbiyah aulad ni x mudah kan
    ideally,kene ajar ikut ajaran agama, n x leh tipu2 derang.sbb impact dia besar dlm membentuk persepsi n pemikiran dia.

    klo kat hospital,lps cek pesakit budak,biasa kan derang menangis. n sesetengah parents pujuk,'x pe, dokte cek sikit je tu...'
    ade pulak yg pujuk cara x brapa nk cerdik,'sape buat dia...nanti mak pukul orang tu'
    brasap sy kat situ..its not about me,its about how they train their kids.pastu ble anak jadik samseng kat sekolah sibuk salahkan cikgu...padahal mmg tarbiyah awal mereka macam tu.sapa salah harus dikasari.
    terus sy sound mak die...
    dan mmg itu stail kebanyakan org melayu ajar ank...

    ReplyDelete
  7. anak buah ni sama perangai dgn anak buah saya.. pantang restoran tu tempatnya unik sikit.. sumanya nak dikaji..

    ReplyDelete
  8. Anak2 sekarang memang banyak tanya dan banyak jawab - sampai tak terlayan dibuatnya...

    ReplyDelete
  9. budak tu anak saudara ate ke bukan? budak zaman skang kalau nk jwb soklan dia kena bebetul..sbb diaorang skang suka betah..bkn mcm kita dulu..tp itu tanda mrk dah semakin bijak..

    org kt takpelah makan kang kalau dah sakit tak dpt makan sesedap lak..apa pon kena lah tahu bersyukur..x membazir dan jgn lupa bersedekah..

    ReplyDelete
  10. Abang boleh jadi interior designer bila besar nanti hehehe

    ReplyDelete
  11. Duit yg dibelanjakan utk makan dgn niat nak bagi saudara mara atau sahabat handai happy pun dapat pahala juga. Nabi Ibrahim selalu menjamu tetamu baginda utk merapatkan silaturahim.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  12. Saya pun pergi makan malam di kawasan tu pada petang Sabtu. Kalau tak boleh jumpa awak. hehehe

    ReplyDelete
  13. masa saya mkn kat sabak, mcm tu jugaklah peel sorang budak pompuan ni.. tapi mak paknye langsung tak amek tahu. biarkan aje ape anak dia buat. sampai anak dia amek sudu, colek eskim dari dalam fridge terus makan berulang kali. orang lain tgk pun geli...

    sebab ape... sebab hingus dia sampai nak masuk mulut... yekkk

    ReplyDelete
  14. salam akak...heheheh..anak2 sekarang makin bijak berbicara..hehhe

    rindu akak...heheheh

    ReplyDelete
  15. heheh budak2 kan...
    makan besar bukan selalu kan...takpe kita byr dgn puasa

    ReplyDelete
  16. budak2 sekarang jauh bezanya dengan zaman budak2 kita dulu :)

    ReplyDelete
  17. @CikShinju: Ank sedara sendirilah Yun. Ank org, ada yg akak kena sekeh.

    ReplyDelete
  18. @Ibu&Abah: Tol kak, kalau kita dulu mak jengil mata aja kita dah kecut.

    ReplyDelete
  19. @Cik Ina: Rezeki jgn di tolak ek..Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  20. @AA: Ya, masa makan tak berhengat, dah kenyang baru nyesal...barulah teringat org2 susah di 'Bersamamu', ANAK-ANAK PALESTINE...huhuhu.

    ReplyDelete