Satu di Masjid Al Muttaqin, Wangsa Melawati
anjuran Pertubuhan Ikram Cawangan Setiawangsa.
Satu lagi di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Pantai Dalam
anjuran Pertubuhan Ikram Cawangan Lembah Pantai.
Sementara ibubapa dan atok nenek sibuk mendengar ceramah kesihatan dan membuat pemeriksaan kesihatan percuma, anak-anak akan di sediakan dengan pelbagai aktiviti menarik. Ada acara Pertandingan Bercerita (Masjid Al Muttaqin). Ada acara Mewarna, Membuat Collage Syukur Saya Sihat dan pertandingan Gigi Sihat (Masjid Al Ikhlasiah). Dan yang paling best...Untuk peserta kanak-kanak di Masjid Ikhlasiah, Pertubuhan Ikram cawangan Lembah Pantai telah menyediakan Goody Bag iaitu Ikram Junior Woven shopping bag yang di dalamnya terdapat Set Bucket 'Menguli' Plasticine (Lebih kurang macam gambar di bawah ni) serta stationery set + air sihat (air mineral, untuk menggalakkan anak-anak agar kurangkan minum air kotak dan berkarbonate)
Kabarnya di Masjid Ikhlasiah juga, DBKL telah sponsor satu ekor lembu untuk makan tengahari sebagai menggalakkan lagi program-program Mengimarahkan Masjid.
Semua ahli keluarga Ate dari usia 64 tahun sehingga 2 tahun (kecuali Ate), pagi-pagi lagi, dah beramai-ramai pergi ke Masjid Ikhlasiah. 2 Bujang Senang excited betul nak masuk pertandingan Bayi Sihat Gigi Sihat. Apa? Kenapa Ate tak pergi sama? Ate bukan tak mau pergi tapi serik dah Ate kena leter dengan doktor Ate kerja. Seyes, Ate memang keja hari Ahad, ingat Ate sengaja cari alasan ke? Ate kan tak pernah lulus peksa kesihatan baru aja peksa kesihatan akhir bulan March. Doktor masa tu cakap, cukup-cukup lah ko Makan, Ate 'Cukup Sihat' dan proses tumbesaran tubuh Ate sangat menakjubkan. So, buat apa lah Ate nak bazir masa pergi peksa doktor atau dengar ceramah kesihatan. Lagi pun kan.. jemu dah Ate tengok muka budak kecik doktor garang ni:
Apa tengok-tengok? Nanti saya cucuk ngan jarum besor.
(Siapa stress berat boleh jumpa doktor kurus kat belakang doktor garang tu.
Yang Perut berat pula boleh jumpa doktor yang Chubby chubby pejam mata tu)
Cabutttt....
***********
Kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Jagalah kesihatan tubuh badan kita kerana Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Photo 1,2,3,4: Ehsan Pokcik Gugle
betul tu Ate kesihatan tubuh badan amat penting, kalau dah tak sihat harta begunung pun dah tak berguna.
ReplyDeleteAte keje hari Ahad? kesian Ate..dlm gambar doktor yg bertiga tu salah satu adalah Ate ke bukan?
ReplyDeleteahakz....den pun keja ahad....tapi malam kang.....ahakz....
ReplyDeletebagus lah masjid2 tu.....aktiviti mcm tu mmg bagus bangat....
Semoga Allah berikan kita kesihatan yang baik untuk membolehkan kita beribadat kepadaNYA di bulan2 yang mulia ini.
ReplyDeleterinduuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDeletenk join gak kem kesihatan.huhuhu...
baru trase diri ini diperlukan...
(sbb bakat lain tak brapa nk ada...)
kesihatan paling utama..setuju tu :)
ReplyDeletesalam akak...
ReplyDeletemoga akak sihat selalu..ceria selalu akak..hehehe
bagus betul kan klo ada aktiviti mcm tuh..makin akrab silaturrahim antara penduduk..
ReplyDeletehehehe..suka kakNo tengok cerita dalam gambo tuh hihihi
Ate..
ReplyDeletekejapnyer dah masuk hari isnin semula...
Assalamualaikum Ate,
ReplyDeletebaru pagini dapat balas kunjungan Ate..
baru minggu lepas timbang berat..rasa nak pitam baca result yg kuar..grrrrr
mesti penimbang tu dah rosak..
assalamualaikum...
ReplyDeletenikmat kesihatan adalah nikmat terbesar yang kita ada..kita wajib mensyukurinya
hehehe..ala...org sihat pun boleh juga dgr ceramah.. :)
ReplyDeleteSehat jasmani dan ruhani sangatlah penting... kalo aku lagi coba fitness, cari keringet dan menggemukkan badan.
ReplyDeletesalam ate,
ReplyDeletewah ate ngn kengkawan sumenya doktor belaka ye..heee
Ate ni...
ReplyDeleteMai sini check dgn saya...saya ambik darah guna jarum saiz kepala gajah...ekekeke
takotttttttt..mmg takut sgt2 dgn jarum..kalau kat sekolah murid nak kena injection, akak tak campur, duk jauh2..shyyy! jgn gitau misi pulak yg cikgu ngalahkan murid takut kena inject nih.
ReplyDelete