Julai..Adalah hari ulangtahun kelahiran (ULTAH) Angah, anak bujang Kakcik, Yuyi, anak dara Cik Ina dan Ahmad, anak saudara sulung Ate. Dan dua hari lalu di bulan Julai tahun ini, Ate mendapat kabar tentang pulangnya ke Rahmatullah seorang anak muda, Abdul Hadi kenalan Ahmad zaman kanak-kanak.
3 masih di sini, disisi orang-orang yang dikasihi. 1 telah di panggil kembali. Tapi ada satu persamaan bagi keempat-empat mereka di atas. Mereka semua anak muda berusia 21 tahun. Mereka masih muda, harapan negara, di cintai ayah bunda, dikasihi sanak saudara dan disayangi teman-teman. Tapi, mereka semua bukan milik kita. Ya, bukan mereka sahaja tapi apa jua di dunia ini hanyalah pinjaman. Duit gaji, harta, anak, hatta nyawa kita sendiri hanya dipinjamkan. Pada bila-bila masa sahaja Sang Maha Pencipta berhak untuk mengambilnya semula dan kita harus redha memulangkannya. Sudah bersediakah kita?
Ayah kepada Almarhum Abdul Hadi (berbaju hijau) saat di ucap takziah.
*******
Ahmad yang masih belajar di Indonesia telah mengirimkan sms ini kepada Ate, mohon agar di sampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga Almarhum Hadi:
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sedih mendengar kabar duka yang mengejutkan ini. Dulu, Hadi 1 kelas dgn Ahmad, kami sama-sama suka lukis kartun, main lari-lari police n thief, hari ini, dia pergi dulu...Semoga Hadi di tempatkan dengan orang-orang Soleh. Tolong sampaikan ucapan takziah dan salam Ahmad buat family Hadi, mg tabah dan sabar. Ate...SEMOGA KITA DAPAT SAMPAI KE BULAN RAMADHAN DENGAN PERSIAPAN TERBAIK."
Amin. Moga kita semua SEMPAT SAMPAI ke BULAN RAMADHAN.
(Terimakasih nak, kerana telah mengingatkan Ate)
Photo kredit (Google)
Ate...
ReplyDeleteAlFatihah buat keluarga arwah Hadi...
Kehilangan anak adalah sesuatu yang meruntun perasaan ibu dan bapa mereka.
Walaupun dijanjikan tempatnya disyurga tapi ibu dan bapa tetap merasai kehilangan anak itu.
Entry Ate pagi ini buat akak insaf memikirkan semua yang ada bukan milik kita...
semuanya hanyalah pinjaman semata-mata.
Silap taip...
ReplyDelete**** AlFatihah buat arwah Hadi..
Takziah buat keluarga arwah...
Sendu kakcik membaca catatan ini. Iya, bila2 masa sahaja kita mungkin dijemput kembali. Semoga roh Allahyarham Hadi ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.
ReplyDelete@Ibu & Abah: Ya kak, yang paling merasa kehilangan anak pasti lah ibu yg selama lebih dari sembilan bulan membawa anak ke mana-mana dalam kandungan, kemudian merasakan kesakitan melahirkan, menyusukan dsbnya sehingga dewasa...pastilah meruntun perasaan sang ibu...tapi kita harus redha memulangkan dia kepada Sang Pemilik. Mg Allah kurniakan kesabaran kepada keluarga yg di tinggalkan. Waktu buat N3 ni Ate nanggis kak..Tak terbayang kalau itu terjadi pada keluarga kita.
ReplyDelete@Ibu & Abah: Tak pe kak, kita manusia pasti ada silap :)
ReplyDelete@Kakcik: Amin. Masa buat N3 ni, Ate pun sedih :(. Teringat arwah pernah bercita-cita nak masuk Cambridge University. Dia cerdik.
ReplyDeletesemoga ada kesempatan untuk kite meminta maaf dan menyelesaikan segala hutang sebelum kita dipanggil pulang...
ReplyDelete@GB: Amin.
ReplyDeleteDoakan Ate berkesempatan untuk ke pejabat pos menyelesaikan 'hutang' dg GB sebelum di panggil pulang :).
al-fatihah buat arwah..
ReplyDeletesy sendiri x tahu dan mgkin x bersedia andai keluarga kesayangan sy dipanggil oleh Allah..sedangkan kucing mati pon sy menangis makan tahun..
Alfatihah kepada arwah...
ReplyDeleteAl-fatihah....
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah Hadi...
ReplyDeletemoga keluarganya tabah dan sabar
Cik ina tak nak cakap takbur, oleh kerana Allah SWT telah sudi memimjamkan ke 4 orang adik beradik termasuk ibu dan ayah kemudian dah mengambil semua sekali, tinggal cik ina sorang sekarang ni , rasanya Insyaallah akan cuba tabah nak menghadapi segala kemungkinan yang akan mendatang. Semoga semua redha ngan ketentuannya.
ReplyDeleteSemoga roh arwah Hadi ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin.
al fatihah..
ReplyDeletetakziah..
Mati adalah pasti,
ReplyDeleteHidup insyaAllah.
Salam takziah jua.
Emmm..sampai masa nanti...kita akan ke sana....BLOG kita ini akan menjadi kenangan buat sedara mara kita...kan...kan
ReplyDelete@Cik Betty: Kamu pasti seorang yg sangat sensitif :).
ReplyDelete@ Ratu Kebaya, Pena Rozi & Miloais:
ReplyDeleteAmin. Moga dia di tempatkan di sisi orang yg beriman.
@Cik Ina: Ya Allah, sebesar itu ujian Cik Ina... Pasti Cik Ina seorg yg tabah dan moga terus tabah. Kalau Ate..tinggal sebatang kara, tiada adik beradik..tak boleh nak gambarkan.
ReplyDelete@Cik Ceria: Terima kasih dik.
ReplyDelete@AA: Ya benar...Mati itu pasti.
ReplyDelete@jeBateja: Yup, sebab tu kena tulis sesuatu yg boleh dijadikan station kenangan buat anak cucu kita...
ReplyDeleteBTW Ate tengok, awk ada blog masak2 puding? Terrer ek org lelaki minat masak2. Untung istri kamu.