Pages

Search This Blog

Tuesday, July 26, 2011

PERSEDIAAN PRA RAMADHAN BUAT ANAK-ANAK KITA

 Strawberry Lolo
 Baim tak pandai nak tunjuk 'BEST'
 Macam ni lah dik..
 Senyum dik, Ate nak amik gambo tu.
Ate ni...Adik dah lapar.
Ate amik gamborr jer.
Adik nak makan junggak.
(Suka sangat merajuk, macam Ate dia)
Tahun ni, si Abang Bujang Senang dah usia 5 tahun. Kami rancang, nak mula latih dia berpuasa. Sebelum puasa ni, Ate ajaklah dia makan-makan benda yang Ate dia suka. Tapi dah memang dasar dia' tak pandai makan', yang dok perabiskan biasanya Baim, si adik Bujang Senang. 5 ketul dumpling dan 3 ketul wantan Baim sorang jer yang telan. Sebab tu perut dia boleh buncit macam ni...(ni kena belajor puasa gak ni, biar kempes skit perut)
Perut buncit macam ada bola.
Ghambut dia...Kak Gerau kata Berus Sabut pun kalah.
*******
Tips Pra Ramadhan untuk menggalakkan/melatih & mengajar anak-anak berpuasa.
1. Terangkan kepada anak dengan menggunakan bahasa yang mudah tentang hakikat puasa & keutamaan lainnya di bulan Ramadhan. Jangan lupa terangkan juga manfaat puasa di bulan Ramadhan, baik dari segi hikmah sunnah mahupun dari hikmah perubatan.

2. Tonton bersama anak video Upin Ipin tentang puasa (yang awal-awaaaal dulu) di situ ada penerangan dari 'Opah' tentang puasa. Tunjukkan juga video-video nasyid Ramadhan yang menggambarkan kemeriahan Ramadhan.

3. Ceritakan kisah-kisah menarik & penuh hikmah yang berhubungan dengan Ramadhan. Boleh juga di ceritakan tentang pengalaman-pengalaman ahli keluarga ketika mula belajar berpuasa.

4. Ajak anak-anak membantu bersama-sama menghias rumah untuk menyambut datangnya bulan yang agung itu. Buat poster pakai manila kad (Bunting kecil kalau nak lagi meriah dan ada budget lebih) dengan kalimat-kalimah yang menyemangati mereka menjalani ibadah puasa dan kalimat-kalimah yang membuat mereka semakin mencintai bulan mulia ini.

5. Untuk yang pertama kali berpuasa, bincangkan jam berapa mereka boleh berbuka. Jangan paksa, khususnya yang baru berlatih puasa antara  5-7 tahun. Tidak semestinya 'full day' tapi bertahap-tahap waktu berbukanya dan tergantung kesihatan mereka. 

6. Ajar/ingatkan semula kepada mereka doa berbuka puasa.

6. Bincang bersama menu berbuka dan sahur. Ini bukan berhubung dengan 'kemewahan' tetapi kita ingin anak-anak merasa bahawa Ramadhan adalah hari  yang berbeza dari hari-hari di bulan yang lain. So mesti ada perbincangan dalam perancangan. Sajian menu istimewa ini tidak semestinya sepanjang satu bulan tapi khususnya untuk 3 hari pertama.

7. Buat borang mutaba’ah yang boleh dihias oleh anak & ditampal di tempat yang dipersetujui bersama. Borang mutaba'ah ini adalah target-target amal sepanjang bulan Ramadhan seperti tilawah satu hari berapa, hafalan surah apa, infaq atau sedekah banyak mana, solat terawih, solat-solat sunat yang lain dan sebagainya.

Dan yang terakhir tapi yang terpenting sekali adalah: Tanamkan dalam diri kita bahawa kita melatih anak berpuasa bukanlah untuk menunjuk-nunjuk & riya’, tapi semata-mata untuk melatih mereka mencintai semua ibadah yang diperintahkan Allah SWT & dilakukan Rasulullah SAW.

Tips ketika berpuasa di bulan Ramadhan buat anak-anak...Insyallah Ate buat dilain Entri.


22 comments:

  1. ist ...syioknya tengok aiskrim
    2nd ...syiok tengok budak dumok rambut kembang tu

    ReplyDelete
  2. Muka baim tu buat cik ina gerama, sebab muka dia dah dekat sama ngan firdaus semenjak rambut firdaus panjang ni. rasa kalau kat depan baim nak gomol-gomol rambut dia dan cubit pipi .Ate sana-samalah kita menyambut bulan ramadhan yang mulia ye tak lama lagi.

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak gambo aiskerim pepagi hari...

    dan comel banget baim tuh!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sdri..

    trime kasih atas tips nie..mmg ia sgt bermanfaat untuk kami semua :-)

    ReplyDelete
  5. tak payah budak la, kita tengok kartun upin pun rasa seronok nak puasa tau!

    ReplyDelete
  6. sy pon nk latih anak sulung tu pose thn ni..susah skit dia tu apa yg kita suruh seme dia nk bangkang..kena teacher dia ckp br nk ikut..

    muncet betul adik ate tu ya..rs nk picit pewot dia..

    ReplyDelete
  7. - rambut baim...comey...tegak2 gitu...

    ReplyDelete
  8. kalau dapat icecream time2 mcm ni..best nya... :)

    mcm adik sy...dia sendiri nak ikut org berpuasa..so..tak susah nak ajar dia... skrg ni..dah 2 tahun dia boleh puasa penuh... :)

    ReplyDelete
  9. ate,
    sy tak dapat pun aiskrim macam ni dulu2 waktu nak puasa..
    lazatnya....

    ReplyDelete
  10. meh Baim kursus buat jari 'best' dgn GB meh~

    ReplyDelete
  11. rambut baim tu mmg lagenda...
    kala inche alleycat

    ReplyDelete
  12. @ Gerau gebang: Jawapan Ate cuma satu... I love you...kihkihkih... tak relevant lansung jawapan aku.

    ReplyDelete
  13. @ Cik Ina: A;ah lah agak-agaknya kalau dia org jln sama ada org pecaya Baim ngan Firdaus tu adik bradik.

    Selamat menyambut Ramadhan jua buat Cik Ina.

    ReplyDelete
  14. @Miloais: Makan eskrem bila2 pun sedapppp...:)

    ReplyDelete
  15. @ Sahrom: Waalaikumussalam wr wb.
    Moga manfaat buat semua.

    ReplyDelete
  16. @KOG: ayam goreng, ayam goreng 1 singgit...: bulan pose siapa yg jual tuuu...pizi ke mail ahhh... lupa plak. Awk kan penonton tegar upin ipin.

    ReplyDelete
  17. @ Cik Betty: Bebudak mmg mcm tu kan...dulu masa Ate jadi cikku Tadika, puas mak bapak dok pesan macam2 untuk anak mereka pasal diaorang cakap anak dia nak dengar kata cikgu jer, tak nak dengar kata mak ayah.

    Moga berjaya melatih sang sulung berpuasa..:)

    ReplyDelete
  18. @ Al : Rambut dia mahal tu...jadi bahan gelak org ramai. Kalau tak di potong jer rambut, bila bwk dia pegi shopping mesti ramai org dok pakat gelakkan rambut tegak cacak2 dia tu. Ada yg siap pegang2, usap2 kepala dia...hehehe.

    ReplyDelete
  19. @ Norh: Ala ciannya norh... Sekarang dah beso pegi beli sendiri sebanyak mana pun...:D

    ReplyDelete
  20. @GB: Hahaha...nak trick konon nak ajar buat tanda best padahal ada niat nak cubit2 pipi baim kan...? Ngaku?

    ReplyDelete
  21. @ Puding Karamel : Alleycat pun 'kenal' rambut Baim ek...fames lah si Baim ni ek.

    ReplyDelete
  22. @ Nabilah : Kalau semua budak cam adik awk kan senang...tak de lah jenuh memujuk pose :)

    ReplyDelete