Malam tadi angin tak baik
cepat aja nak naik angin (hebatnya...boleh 'menunggang angin')
over sensitive tak kena tempat
sudahnya tertidur duduk, dalam keadaan sebal.
Awal tanda penyakit hati.
Bangun pagi...ehhh tak hilang lagi
Penyakit hati mulai membengkak
Sepuluh patah di tanya
Haram sepatah tak di jawab
kononnya ngambek merajuk pada yang tak sudi
sampai kesudah tak ada yang nak pujuk
ahhh...lelahnya hati.
Ate,
Berdamailah dengan diri sendiri sebelum berdamai dengan orang lain.
(Merajuk itu melelahkan)
Budak kecik debab merajuk nampak comel.
Orang tuagemuk merajuk??? Uhhh...Ngeri
Budak kecik debab merajuk nampak comel.
Orang tua
Kalau kamu lelah, cubalah tilawah.
Kalau kamu resah, gelisah, susah dan gundah hilangkan dengan tilawah.
Kalau imanmu tergugah, lakukan tilawah.
Kalau jiwamu gerah dan hatimu patah teruslah tilawah.
Kalau kamu marah, redakan dengan tilawah.
Kalau tanganmu tengadah, mulailah tilawah.
Kalau kakimu melangkah, lantunkan tilawah.
Kalau ingin hidup penuh berkah, rutinkan tilawah.
Kalau kamu malas tilawah, paksalah untuk tilawah.
Kalau kamu rajin tilawah, lanjutkan terus tilawah.
selalu jugak merajuk.. tapi tak kene pujuk.. pujuk jelah diri sendiri.. uhuk..
ReplyDeleteperut sebal boleh sapu minyak halia, disamping mengeluarkan angin, boleh kempiskan perut
ReplyDeletehati sebal tak tau den nak nolong... ate merajuk dengan siapa ni?
Selalunya - orang tak perasan pun kalau kakcik merajuk. Duduk diam2 rawat hati sendiri. :(
ReplyDelete@ Ratu kebaya: Stress kan merajuk kena pujuk diri sendiri. Membazir jer...huhuhu.
ReplyDelete@KOG: Terima kasih atas petua yg sgt bermanfaat ttg perut sebal itu, Insyallah Ate akan praktik kan.
ReplyDeleteHati sebal...boleh gak sapu minyak halia tu tapi kat mata...biar meraung kuat-kuat, baru puas hati. Hahahaha. Merajuk ngan kekanda-kekanda yang buat derk aja....huhuhu.
@ Kakcik: Ohhh...rupanya ramai gak orang tak perasan kita merajuk ek? Cuba Kakcik nyorok dalam grobok dan mogok...ada yg perasan dan nak pujuk tak?
ReplyDeletesaya da lama tak mrajuk~haha~~
ReplyDelete- merajuk pada yang sayang...huhu
ReplyDeleteSedang dlm proses membaikpulih merajuk ni...
ReplyDeletebudak2 merajuk comel..
ReplyDeletetp kalau bapak budak merajuk..sigh!
merahnya muka budak ni...ni mesti sebab ikut bapaknya pi tengok raghbi...ki ki ki
ReplyDeleteSemasa remaja IM juga mudah merajuk. Tapi bila berjalan meniti dewasa dan belajar banyak perkara, IM kini tahu - RAJUK hanya akan menambah penyakit jasmani dan rohani yang ada. So, Belajar jangan rajuk..
ReplyDeletedak kecik tu nampak comel jer bila merajuk!
ReplyDeletekalo orang tua yg merajuk
err... nak kena pujuk gak ker???
ekekekeke
Ate...
ReplyDeleteakak pun jadi begitu sekali-sekali...
(Hmmmm bohong..) ekceli kadang2 hari-hari...
ianya jadi bila kurang mengaji...
masa mengaji... Aduh Syahdunya....
Hebatkan? Peranan mengaji Al Quran dikala hati gundah gulana...
selalu apa yg Ate utarakan dalam entry, beanr belaka... (Dalam liver) kenapa akak tak pernah terpikir nak buat entry pasal ni?...
kengkadang merajuk juga dgn hubby dan anak²..
ReplyDeleteAte cik ina tak boleh marajuk, sebab tak de orang nak pujuk, suami cik ina memang tak akan pujuklah dah memang perangai dia cam tu. kalau merajuk pun pujuk diri sendiri je.ate merajuk ke ? meh cik ina pujuk. comel je budak merajuk tu comel, ngan rambut dan mata yang marah. alo alo
ReplyDeletekadang-kadang saya gaduh jugak dengan diri sendiri. hihi~
ReplyDelete@Bujal: Baguih la. Tak de lah pening mama ainul nak pujuk.
ReplyDelete@Al: Tak de org sayang kat kita ke...huhuhu (jugak)
ReplyDelete@Eye Nee: Ate Suka penggunaan kata 'membaikpulih merajuk' :)
ReplyDelete@MDT: Mulut bapak budak muncung tak?? Hehehe
ReplyDelete@Gerau Gebng: Mana awk tahu bapak dia coach rugby?? Hehehe...bunyi mcm gempak jerrr.
ReplyDelete@IM: Org perempuan mmg sukar nak dipisahkan dari rajuk, org lelaki boleh lah kot...:)
ReplyDelete@Miloais: Org tua merajuk tak leh pujuk ke...huhuhu.
ReplyDelete@Ibu & abah: Hahaha...akakkkk. Mesti doctor rajin pujuk akak...Tapi betullah kak, tilawah ubat rajuk dan segala penyakit hati...so kena rajin2 ngaji kan kak. Saaaaayang akak.
ReplyDelete@Cik Betty: Anak-anak awk pandai pujuk? Inche Hebat awk mesti pandai.
ReplyDelete@Cik Ina: Dah puluhan tahun hidup bersama, dia pun dah kenal benar cik Ina dan Cik Ina pun kenal benar dg dia...kalo dah kes cam tu, mmg bazir tenaga jer kan merajuk :).
ReplyDeleteTime kasih cik Ina...kalau dekat mesti Ate minta cik Ina pujuk dengan kuih cheese tart...kihkihkih. Sayang cik Ina.
@GB: Penatkan gaduh..apatah lagi dengan diri sendiri.
ReplyDeleteApa pun, bila baca komen2 di entry ni, membuka mata ate bahawa ternyata kat dunia ni ramai jer org yg tak tahu, tak mahu, buat2 tak tahu atau malas nak pujuk org merajuk. Betul juga IM cakap, kena belajar kurang2kan merajuk, membazir tenaga, mental dan liver serta buat penat diri sendiri jer...huhuhu. Sebab tu kena belajar berdamai dengan diri sendiri. Terima kasih pada semua teman yg komen for the sharing. Ohhh...satu lagi, walau tak de org nak pujuk tapi ternyata masih ramai lagi org sayang kat kita (terharu...)