Pages

Search This Blog

Thursday, July 14, 2011

IFTAR JAMAEI

Aisyah berkata: "Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada Syaaban.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
*******
Iftar Jamaei (Bukak puasa ramai-ramai)...
Masing-masing bawak pot luck.
Yang dari tempat kerja bawa nasi bungkus. 
Ada nasi padang. Ada nasi kandar. Ada nasi goreng Mantoya. Ada nasi ayam.
Nasi kandar lauk ayam goreng Mak Enon punyer.
Yang dari rumah bawa bekal
Sayur lemak kobis + Fish Ball + Tempe + Tauhu 
& Ikan Cencaru masak sambal.
Tuan Rumah 4 beradik
Sambal Tumis Bilis, Telur Dadar Garing 
& Ikan kembung Goreng berbawang.
Yang beli nasi ayam, awal-awal dah cakap. "Boleh tak saya makan orang laing punya bekal?" Akhirnya kami makan satu talam, semua berkongsi, menikmati bersama-sama setiap makanan yang dibawa. Macam zaman kecik-kecik dulu, makan nasi minyak di majlis maulid nabi di Masjid. Indahnya Ukhuwah...Bulatan gembira.
*******
Tips Ustazah Kak Bayu: Kalau rasa berat nak puasa sunat sendirian (seperti Yaumul Bidh, Puasa Arafah dsb) ajaklah suami, anak-anak atau sahabat untuk berpuasa dan berbuka bersama-sama. Insyallah pasti meriah dan bersemangat.

12 comments:

  1. bulatan gembira tu pada dulang, pada mulut yang disuap dan pada perut yang jadi bentuk tu lepas-lepas makan nanti, hihi

    selamat berbuka

    ReplyDelete
  2. @KOG: Hahaha...perut-perut yang membentuk menjadi bulatan itu tidaklah menggembirakan sama sekali...

    ReplyDelete
  3. Seronok buka pose reramai...
    Pastu baca yassin sesama...
    Yun x pose arini..
    Isnin depan start smula kot..Insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  4. ndak sabar mo pigi bulatan gembira esok...hehehe lama sudah ndak pigi..

    ReplyDelete
  5. Ate...
    kebetulan akak puasa hari ni...
    berbuka dengan juadah yang dibekalkan teman mengaji... sedap sungguh...
    nikmat orang berpuasa ialah ketika berbuka...
    dengan doanya yang ALLAH makbulkan...

    ReplyDelete
  6. makanan....makanan....tak kisah lah dlm talam ke apa...den lapo ni......atas surat kobar pun den leh makan....

    ReplyDelete
  7. syukur , rezeki, nampak simple tapi menyelarakan.Teringat plak makan kenduri rumah jawa kat kawasan rumah cik ina dulu makan dalam talam. ada ikan masin bulu ayam menambat selera.

    ReplyDelete
  8. @Cik Shinju: Yup Yun..apa pun bila reramai jadi bersemangat dan seronok. Pahala solat berjamaah pun lebih banyak berganda2 berbanding solat sorang2 kan.

    ReplyDelete
  9. @Gumiho: Bergembiralah dengan segala yang berbentuk bulat :)

    ReplyDelete
  10. @Ibu & Abah: Ya..Itu lah 2 kenikmatan bagi orang yang berpuasa.

    ReplyDelete
  11. @jebateja: Bior betul bole makan atas sokabor jer.

    ReplyDelete
  12. @Cik Ina: A'ah kalo org jawa pun suka makan pakai talam. Makan nasi ambang. Ikan masin bulu ayam tu tak masin kan?

    ReplyDelete